Thursday, 19 December 2013

Sijil Halal Shaklee

Salam semua yang di hormati :) 


Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.

shaklee halal

ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI).
Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia)
Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.
Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2 yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.
Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM :)
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukan :)
Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.

Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!

anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my.


__ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _  _ _ _


Sebagai pengguna Islam, wajiblah kita mencari yang halal, bukan semberono saja nak ambil apa2 produk, termasuk vitamin. Namun, kurang pendedahan terhadap perkara ini kadangkala membawa kepada keraguan yang tak berasas. Misalnya menganggap semua produk luar negara tidak halal kerana tiada tanda/sijil halal JAKIM.
Haruslah kita ketahui bahwa JAKIM adalah salah satu badan yang mengeluarkan sijil halal/mengesahkan halal bagi produk keluaran Malaysia. Nama pun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Kebanyakan negara yang mempunyai penduduk Islam mempunyai badan2 tersendiri untuk membuat pengesahan halal. Manakala di pihak JAKIM ialah untuk memperakui kesahihan status halal yang dikeluarkan oleh badan tersebut.
Mungkin kita biasa dengar “Disahkan halal oleh badan2 yang diperakui oleh JAKIM”. Bermakna produk tersebut sudah lulus untuk status halal oleh badan Islam di negaranya, dan JAKIM mengesahkan bahawa status halal itu benar, bukan palsu. Dan sijil halal produk tersebut adalah dari badan yang meluluskannya, bukan JAKIM.
Shaklee merupakan produk keluaran luar negara, maka seringkali status halal-nya diragui.
Di sini saya ingin berkongsi maklumat yang saya dapat dari forum Melayu.Com perbincangan tahun 2004:

——-mula——-

Kes ni sebenarnya dah lama…emel ni pun emel lama.. thn 2001 kalau tak silap..
kes ni telah diterangkan oleh Persatuan Pengguna Islam M’sia (PPIM) Lembah Keramat
thn lepas PPIM telah mengadakan sessi taklimat kpd mereka yg ingin mendapatkan maklumat lanjut ttg kes ini..
Di sini saya cut & pastekan emel yg saya telah terangkan kpd kengkawan saya :
Shaklee telah melantik pembekal utk membekal kapsul berbentuk geletin
kpd sebuah syarikat di luar negara iaitu Syarikat Banner.
Banner telah diberi garis panduan utk membekalkan sumber soft geletin
kpd Shaklee dgn mengikut syarat Halal dan garis panduan Islamic.
Banner pula telah mendaptkan sumber dari BP Geletin UK (syarikat yg
membekalkan semua produk geletin)
Sebelum BP Geletin hendak membekalkan produk geletin yg halal, syarikat
ini telah terlebih dahulu meminta kelulusan dari The Islamic Food and
Nutrition Council of America (INFANCA) iaitu badan bebas (NGO) yg
menjaga kepentingan halal haram produk di dunia utk org Islam.
So INFANCA hanya memberikan sijil halal kpd BP Geletin utk kelima-lima
produk Shaklee yg dinyatakan tadi.
Sijil tersebut boleh didapati di Shaklee Office di Glenmarie Shah Alam
(dlm bahasa Jawi dan Inggeris).
Sijil tersebut tidak boleh difotostat atau dibawa keluar kerana sijil
tersebut adalah milik BP Geletin UK dan bukan milik Shaklee..
Shaklee hanya mendapat pengesahan halal sahaja.
Sebab itu lah bila saya emel kpd Infanca, mereka menjawab yg INFANCA
tidak pernah beri sijil kpd Shaklee…mmg betul le sebab sijil tu
diberikan kpd pembekal shaklee sahaja.
Shaklee product adalah global yg semua produknya dikilang dan dibungkus
terus dari US (pemilik nya adalah http://www.yamanouchi.com).
Hanya produk M’sia sahaja yg perlu tanda JAKIM..produk luar negara hanya
kelulusan INFANCA.
Ok, kes JAKIM pula, bayar RM900 ++, pihak JAKIM akan ke kilang anda dan sijil halal akan dikeluarkan jika cukup syarat.
Shaklee tidak pernah hantar permohonan kpd JAKIM, sebab itu lah JAKIM
mengatakan mereka tidak pernah bagi sijil kpd Shaklee..
sijil tersebut boleh dilihat di Shaklee Office Glenmarie
Di sini juga saya nyatakan kes yg telah shaklee menang di mahkamah shah alam :

Shah Alam High Court dismisses suit against Shaklee Malaysia

KUALA LUMPUR Nov 2 – The Shah Alam High Court has dismissed a suit filed by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) against Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.
In dismissing the case with costs, Judge Dato’ Zulkefli Makinudin ruled that IFANCA’s application for an injunction to stop the company from selling its products was not supported by facts as contained in its affidavits, and that there was “no real issue” between the parties, Shaklee Malaysia said in a statement recently.
Shaklee Malaysia, which has 100,000 distributors in the country, is a multi-level marketing company with more than 40 years of experience.
Julie Yeap, general manager of the company, said Shaklee Malaysia had realised strong double-digit sales growth last year and expected this positive trend to continue next year.
She said Shaklee Malaysia would launch hair-care products and indoor air purification systems next year.

5 produk yg dimaksudkan tadi adalah
1. Lecithin
2. Vita E
3. Beta Carotene [kini Carotmax]
4. GLA
5. Omega 3 (EPA) [kini Omega Guard]




Alhamdulillah ia Halal :) guna tanpa ragu :) 


Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat tentang produk Shaklee atau membuat pesanan, hubungi saya Noraizah  0173053031

0 comments:

Post a Comment