Tuesday, 20 May 2014

Menu Diet Dan Jadual Makanan Ketika Berpantang


Salam semua , 

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Jadi jangan abaikan cara berpantang ini ibu-ibu. dalam masa berpantang ni sebenarnya, jika kene pada cara yang betul, kita boleh kuruskan badan sekali tau. Macam akak yang dalam video ini yang amalkan berpantang dengan cara yang betul, boleh turun berat sampai 20kg!! jom kita amalkan apa yang dia buat.. jeless pulak nak kurus jugak !!
Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!
 
Jadi pentingnya berpantang ni tau.. makanan pun jangan abaikan.. kebanyakan makanan berpantang ni memang macam kategori makanan berdiet. sebab tiada minyak dan tambahan yang boleh menaikkan lemak dan kolestrol kita.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jom kongsi-kongsikan resepi berpantang kita . supaya lagi meriah menu harian hehehe...

resepi2 aizah ambil dari 1 blog jugak . 
http://mybabyqqq.blogspot.com/2013/04/menu-resepi-berpantang.html

Jom kita tengok 




RESEPI BERTEMAKAN IKAN BILIS 
  • ikan bilis + cili merah ditumbuk dan digaul dengan nasi panas
  • ikan bilis + halia (dipotong halus) + lada hitam (ditumbuk) + kunyit (dipotong halus) disangai atas kuali sampai kering 
ACAR 

KERABU PEGAGA
1. Tumbuk (ikan bilis + lada hitam + cili merah) + bawang merah (dihiris) + garam + pegaga (dihiris) gaul kan kesemuanya (jika suka tambah sedikit kerisik)

SOS LADA HITAM
Sos ini untuk digaul dengan nasi panas atau ditabur diatas ikan goreng/kukus.
Blender kering :-
  • lada hitam + kunyit hidup + garam + bawang putih + sedikit cuka
IKAN TENGGIRI MASAK HALIA
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • 6 ulas bawang putih dihiris
  • seketul kunyit dihiris memanjang
  • seketul halia dihiris memanjang
2. Masukkan sedikit air hingga mendidih dan masukkan 2 ketul ikan tenggiri.
(Boleh digantikan dengan ikan lain yang boleh diambil ketika berpantang)

SAWI TUMIS AIR
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • Kiub ikan bilis @ ikan bilis 
  • 3 ulas bawang putih & 2 ulas bawang merah ditumbuk
2. Masukkan sedikit air hingga mendidih dan masukkan sawi yang telah dipotong.
(Boleh menggantikan sawi dengan lobak putih atau sayur sayur lain yang boleh diambil ketika berpantang)

KUCAI GORENG KICAP
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • Kiub ikan bilis @ ikan bilis 
  • 3 ulas bawang putih & 2 ulas bawang merah ditumbuk
2. Masukkan kucai dan kicap. (Boleh digantikan dengan sayur lain yang boleh diambil ketika berpantang)

KARI IKAN HARUAN
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • 1 tangkai daun kari
  • Bawang besar
  • 4 camca serbuk kari ikan (digaul dengan sedikit air dulu)
2. Sampai keluar minyak masukkan 
  • Air asam semangkuk 
  • Ikan haruan

B) RESEPI MINUMAN IBU BERPANTANG

AIR HALIA utk 3 hari pertama berpantang. Jangan minum banyak.

  • Air + ( (Halia + Bawang putih + Lada hitam) yang diketuk)
AIR SUSU ALMOND
1. Blender semuanya dan minum setiap pagi. Bagus untuk membanyakkan air susu ibu.
  • 1 gelas Susu Segar
  • 1 biji Kurma
  • 21 biji Kismis
  • 7 biji Badam 
PATI AIR HALIA
1. Rebus semua bahan sehingga menjadi 1 liter air sahaja supaya menjadi pati:-

  • 2.5 liter air
  • Halia besar tapak tangan
  • Gula Kabung
  • 2 bj Bunga Cengkih
  • Sehelai daun pandan
2. Tuang sedikit pati dan campurkan dengan air untuk diminum.

AIR KUNYIT (minum selama tiga hari sahaja)
  • Kunyit hidup diparut ambil airnya dan direbus sampai mendidih
  • Masukkan air asam jawa
  • Masukkan gula secukup rasa
PATI HALIA KURMA
1. Kisar dan didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 3 jam. Tapis kemudian bule dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.

  • 200gm Halia
  • 20 biji Kurma
  • 750ml Air
AIR MANJAKANI
1.Didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 15minit. Tapis kemudian bule dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.

  • 5biji Manjakani
  • 500ml Air
  • 2cm Halia
  • 2cm Kunyit
  • 2kpg Asam keping
AIR PEGAGA
1. Rebus semua bahan menjadi 3 cawan air.
  • 2 ikat Pegaga
  • 5 cwn Air



Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucukpegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang



Jangan abaikan tau cara masakan dan pengambilan nanti takut pulak kita ni kene sembelit. mahunya memangis tau dalam toilet.. huh macam nak pitam dah.. macam ibu selepas bersalin dalam video ini yang sembelit teruk. Takutnyaa sembelit ni takut jahitan tertetas ..
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit




Anda Sedang mencari set berpantang terbaik ? 
saya cadangkan set berpantang shaklee.. 
Kenapa ??? doktor Zubaidi pon cadangankan set berpantang dari shaklee.. 
Dan Anda juga boleh baca di sini :-  Set Berpantang Shaklee 




                                                      


CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa



0 comments:

Post a Comment