Thursday, 5 June 2014

Lipstik Penyebab Kanser ?

Lipstik Penyebab Kanser ?

Salam Semua , Hari ini baru saya tahu, ada jenis-jenis lipstik boleh menyebabkan kita risiko tinggi mendapat kanser . terkejut juga dengar , terpangil nak kongsikan cerita di sini :)

Apa yang menyebabkan kanser ni ?  sebenarnya ada satu bahan di dalam penghasilan lipstik ni di panggil LEAD ( bahan Logam). fungsi bahan logam ni adalah untuk menghalang lipstik anda dari mengalami atau melalui proses pengoksidan udara atau tahan kepada air or waterproof. bahan yang mengandungi lead ini dapat mengundang penyakit kanser, hipotesisnya semakin banyak bilangan lead dalam bahan, semakin tinggi resiko terkena kanser. Dasyatkan !! takut pulak nak pakai ....  tapi ada juga lipstik yang tak ada lead (bahan logam)  ni ..


Jom kita Bace lebih teliti pasal Plumbum ni ... 

Apakah itu Plumbum atau Lead?

Plumbum merupakan bahan kimia yang telah digunakan berkurun-kurun lamanya. Ia diklasifikasikan sebagai logam berat yang tidak mempunyai sebarang faedah dari segi kesihatan dan disifatkan sebagai racun. Apabila seseorang tersentuh atau terhidu sesuatu benda yang mengandungi plumbum, ia boleh meresap masuk ke dalam badan dan kekal di dalamnya dalam tempoh yang lama.


Apakah Plumbum merbahaya?

Ya, Plumbum boleh menyebabkan masalah pembelajaran, kurang beri tumpuan, penguasaan bahasa dan tingkahlaku seperti lemah dalam pelajaran serta tabiat lebih agresif. Wanita hamil dan kanak-kanak kecil paling mudah terjejas.Untuk wanita pula ia boleh menyebabkan kanser buah dada, masalah mandul, keguguran, menganggu sistem peredaran darah dan bengkak bibir yang serius. (oishh dah la masa preggy kali ni suke beno pakai lips, kene stop ni ) 


Mengapakah Plumbum dimasukkan ke dalam Gincu?

Soalan yang bagus... Plumbum atau Lead dimasukkan ke dalam Gincu untuk menjaga agar bibir tahan pengoksidaan udara (oxidation), tahan air (waterproof) & tahan lebih lama (long lasting) terutama yang berjenama dan diimport.
Pernah tak bibir anda jadi camni bila lama-lama pakai lips tu ?
ni salah satu contoh la kesan logam plumbum yang paling ketara ada dalam lipstik/ gincu yang hari2 kita guna .


Pernahkah anda mengalami bengkak-bengkak bibir atau bibir anda menjadi lebam dan hitamseperti di bawah ini?




Tahukah anda ?

1) Gincu-Gincu yang diuji oleh sebuah kumpulan hak pengguna di Amerika Syarikat mendapati bahawa lebih separuh daripadanya mengandungi plumbum atau logam "Lead".

2) Kumpulan ini telah mengadakan 'Kempen Kosmetik Selamat' dan telah menguji gincu-gincu merah daripada 33 jenama dengan menggunakan khidmat Kumpulan Penguji Bodycate dari Santa Fe Spring, California. Hasilnya ia mendapati 61 peratus daripada gincu-gincu itu mempunyai kadar plumbum di antara 0.03 hingga 0.65 bahagian persejuta.

3) Gincu-Gincu tersebut termasuk daripada jenama terkenal telah diuji positif mengandungi lebih banyak plumbum atau lead daripada jenama-jenama lain. Sepertiga daripada gincu tersebut didapati mengandungi kadar plumbum melebihi had 0.1 bahagian per sejuta yang telah ditetapkan untuk gula-gula oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika (FDA).Pihak FDA belum lagi menghadkan apakah kadar plumbum yang selamat dalam gincu.

4) Gincu seperti gula-gula, mudah masuk ke dalam tubuh. Sekiranya termakan, ia akan menimbulkan berbagai masalah kesihatan termasuklah kanser.

sebelum beli lipstik jenama yang mahal2 atau yang murah sekali pun ada beberapa pekara yang korang patut buat atau teliti:
  1. letak atau goreskan lipstik pada tangan, sesuai menggunakan belakang tangan.
  2. gunakan cicin emas korang dan sapukan kat lipstik yang korang gores pada tangan tadi
  3. kalau warna lipstik tu bertukar jadi kusan dan kehitaman….sah! ada logan lead yang tinggi
  4. satu lagi, kalau dah beli pun , bila kita nak basuh / tanggalkan lipstik tu dari bibir kita ni susah nak tanggal atau  bila kita dah basuh pun bibir kita ni , still jugak rasa cam lipstik tu ada . 
Ada juga saya terbaca dalam lipstik-lipstik ada bahan yang kita rasa erkkkk , tak lalu nak cakap rasanya . tapi nak tulis jugak , cam uri , kulit orang meninggal, dan macam-macam lagi kan .. 

jangan kerana nak terlampau bibir merelit-relit tapi kita abaikan pasal keselamatan diri kita 

jadi sama-samalah kita cari dan guna produk -produk yang di jamin selamat dan halal .

Jom semua share pada kawan- kawan dan orang tersayang :- 




0 comments:

Post a Comment