Saturday, 7 June 2014

Teknik Keluarkan Kahak Atau Hingus Bayi.

Teknik Keluarkan Kahak Atau Hingus Bayi.

Salam Semua ... tidak di nafikan semua ibu akan runsing bila anak kecil selsema dan hidung tersumbat, mula la kan nak tidur pon susah :) 

kat sini saya share cara / teknik keluarkan kahak bayi . Tujuan kita guna cara ni sebenarnya untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru. 
Benda-benda berikut boleh digunakan untuk rawatan stim di rumah bagi mengeluarkan kahak pada baby. 

Jom Pilih mana satu ada kat rumah kita atau senang untuk dapatkan :)
  • Bottle steam sterilizer
  • Bottle & food warmer
  • Baldi berisi air panas
  • Rice Cooker
Lepas tu Campurkan salah satu bahan-bahan anti bakteria berikut dengan air.



  • Minyak habbatus sauda
  • Bawang Putih fresh yang diketuk atau Minyak bawang putih
  • Vicks 
  •  

Teknik Tepukan (pastikan betul cara tepukan kita ) 

Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.  


  • Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan boleh juga letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal.
  • Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi. 
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula.
  • Selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka


Pastikan tangan kita camni :-


Semoga membantu


Ada yang datang bertanya pada saya , ada tak vitamin yang mencair kan kahak bayi? 
untuk jawapan ini saya cadangkan amalkan omega guard dari shaklee.:)