Thursday, 10 July 2014

12 Tips Melatih Anak Berpuasa


12 Tips Melatih Anak Berpuasa.

Bila tiba bulan puasa meriahnya seluruh dunia. Rakan-rakan bukan islam juga menghormati kita yang berpuasa, tidak ketinggalan juga anak-anak turut teruja nak cuba berpuasa. tetapi ada yang tidak sampai setengahari anak-anak sudah mahu berbuka :). Tapi tak apa sekurangnya kita sudah melatih anak kita berpuasa walaupun beberapa jam sahaja. Bagaimana ingin melatih anak berpuasa sehingga waktu berbuka ? Jom ikuti tip-tip ini . 


1. Terangkan kepada anak-anak kelebihan berpuasa. Sungguhpun belum wajib bagi kanak-kanak tetapi mendatangkan pahala jika dilaksanakan dengan sempurna. Amalan puasa juga amat bermanfaat kepada kesihatan kita.

2. Mulakan dengan setengah hari bagi umur 4-6 tahun. Biarkan waktu berbukanya setelah azan zohor bagi minggu pertama. Minggu berikutnya, waktu berbuka adalah apabila azan Asar. Manakala minggu ke-3, waktu berbukanya sama seperti orang dewasa iaitu ketika azan Maghrib. In sya Allah berhasil..dengan perlahan-lahan, terutama tahun pertama puasa.

3. Bagi anak-anak berumur 7 tahun ke atas, lazimnya mereka sudah mampu berpuasa seperti orang dewasa. Namun pastikan mereka memakan sahur. Sebaiknya terdapat kurma sebagai salah satu hidangan ketika sahur bagi membekal tenaga yang lebih lama in sya Allah.

4. Menerangkan banyaknya pahala untuk orang-orang berpuasa yang Allah bagi . dan ada satu syurga khas untuk orang-orang berpuasa iaitu Ar-Rayyan, Cerita istimewanya Syurga ini. ada sesetengah ibu bapa Janjikan hadiah atau ganjaran, sekiranya mereka berjaya berpuasa dengan cemerlang. Hadiah disampaikan setelah tamat bulan Ramadhan. 

5. Memberi galakan bukan paksaan. Dorongan dan kata-kata semangat untuk memotivasi mereka. Apabila mereka berpuasa dengan rela hati, mereka tidak rasa tertekan sebaliknya redho dengan susah payah mengharungi seharian berpuasa.

6. Ibu Bapa, Adik Beradik berikan semangat dan bukan kata-kata negetif ya :) , atau pun jika yang tidak boleh berpuasa contoh period, usah makan dihadapan anak-nak ini.

7.Wajib Kejutkan untuk bersahur, kerana sahur amat penting untuk membantu rasa bertenaga bila berpuasa.

8. Pada Waktu berbuka , sediakan makanan kesukaan mereka, atau tanya apa yang hendak di makan. ini salah satu cara untuk mereka rasa lagi bersemangat nak join puasa untuk hari yang akan datang.

9.Elakkan daripada mereka nampak makanan kegemaran seperti ais krim atau sebagainya semasa berpuasa. Sembunyikan dahulu pada waktu siang. Ini dapat mengurangkan kecenderungan mereka berbuka puasa sebelum tiba masanya

10.Sibukkan anak-anak dengan aktiviti berfaedah dan ringan-ringan terutamanya waktu selepas zohor atau asar contohnya  bercerita , melukis yang membuat mereka leka dan kurang berfikir pasal lapar.


11. Pastikan makan tidak terlalu kenyang semasa berbuka. Makan buah dahulu. Ini juga point untuk melatih mereka supaya tidak berlebih-lebihan mengikut nafsu di samping mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Lepas solat Maghrib boleh sambung makan, itu pun jangan berlebih-lebihan.

12. Ajar dan ajak anak-anak solat terawih di malam harinya untuk merasa kemeriahan di bulan ramadhan.

Melatih anak-anak berpuasa merupakan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Di samping latihan kepada anak-anak menjadi manusia yang taat, ibu bapa sedang menerima ganjaran daripada Allah s.w.t. Cantiknya Islam.
Pada zahirnya seolah-oleh membebankan kanak-kanak, tetapi sebenarnya mereka sedang dirangka untuk menjadi manusia yang seimbang dan cemerlang dari segi rohani.

Pada Semua Ibu Bapa juga saya rasa rugi jika tidak mencuba set berpuasa shaklee ini dalam melatih anak-anak berpuasa.Ramai yang telah mencuba set berpuasa ini, Alhamdulillah feedback positif. Bukan sahaja untuk anak-anak , tetapi sesuai juga untuk yang ada gastrik , ibu hamil, ibu menyusu yang cepat rasa letih dan tidak bermaya semasa berpuasa. BONUS LAH 1 FAMILY BOLEH GUNA :) ini kan pula di musim panas kan :)


Jom kenali SET Berpuasa Shaklee . 

1. MEAL SHAKE SHAKLEE

Membekalkan multivitamin yang dieperkaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta untuk tulang dan gigi yang sihat.Sebagai milk booster ibu menyusu.



2. PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

Minuma isotonik semualajadi rendah sodium dan gula. Mengawal  dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. Juga mengekalkan kelembapan kulit.



3. ESP

Membekalkan LONG LASTING ENERGY. Mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Sebagai Milk Booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan walaupun tak bermekap sakan semasa berpuasa. Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. Jadi mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa

CERGAS BERTENAGA DENGAN SET BERPUASA SHAKLEE


Apakata mereka yang sudah mencuba ?







Jom dapatkan set Berpuasa Shaklee keluarga anda dengan saya :-




PM / Whassap / Hubungi :- 
Aizah 017 305 3031

Tip2 Menarik + Konsultasi Percuma 

COD : KLCC Area 

Mungkin Anda juga ingin tahu :-
 * Tips Pemakanan Yang Baik ketika berpuasa

Selamat Berpuasa dari saya Butik Sihat Comel 


0 comments:

Post a Comment