Tuesday, 1 July 2014

Kenali 9 Makanan Punca Penyakit kanser


Kenali 9 Makanan Punca Penyakit kanser

Kanser ? Semua orang kata tak nak , tapi masih juga kita amalkan pemakanan dan cara kehidupan yang menyumbang pada penyakit kanser . Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stress berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.

Oleh itu , dengan mengambil berat kepada tiga faktor ini, insya-Allah kanser dapat dielakkan. ahh apa yang tiga tadi ?  meh sini nak buat by point ;- 

 * Pemakanan yang tidak teratur dan seimbang
 * Gaya hidup Yang tidak Sihat 
 * Tekanan Emosi / Stress 

Makanan mengandungi pH alkali tinggi dapat mengelakkan serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang menghidap kanser. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet dengan pH berasid. Apadia Makanan pH alkali tinggi dan pH berasid ? jom kenali... 



Diet berakali melibatkan pengambilan minimum makanan seperti :
Daging merah (lembu dan kambing), 
Daging ayam, 
Ikan, 
Makanan laut, 
Makanan berasaskan susu seperti mentega, keju, ais krim;
Tepung, 
Teh,
Kopi,
Makanan segera, 
Minuman soda dan gula.

Kebanyakannya adalah makanan asasi dan kesukaan rakyat Malaysia. Makanan ini meningkatkan kandungan asid dalam badan seseorang (pH Berasid)



Diet berakali tinggi adalah makanan berunsur :- 
Sayur-sayuran 
Buah-buahan
Biji-bijian,
Kurma, 
Habatus-sauda,
Madu, 
Jus buah-buahan, 
Teh hijau 
Makanan berunsur soya seperti tempe dan tau fu faa.

Makanan ini meninggalkan alkaline ash atau persekitaran tubuh berakali (pH beralkali Tinggi)
Dengan memilih diet yang menjadikan pH di dalam tubuh seseorang lebih berakali, maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak adalah berkurang kerana  beralkali menghasilkan persekitaran sukar untuk kanser membiak dan merebak.
Jadi , Semakin tinggi tahap alkali dalam badan, semakin banyak kandungan oksigen dapat ditampung dalam badan, maka semakin nipis peluang sel kanser membiak.

Jadi kita digalakkan memakan banyak makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan mengandungi kandungan serat tinggi, jus buah-buahan terutama sekali jus lobak merah.

Ini bukan bermakna pesakit kanser tidak boleh mengambil diet berasid tinggi, tetapi dinasihatkan mengurangkan pengambilannya.

9 Makanan yang perlu dikurang atau dielakkan :-

1. Daging merah
Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging bersifat asid sangat tinggi.
Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser.
Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.

2. Gula
Gula adalah ‘hayat kanser’. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser.
Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu. Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.
Hari ini kita melihat banyak produk pengganti gula di pasaran, namun kita harus menyiasat terlebih dahulu adakah produk itu berkesan atau lebih buruk daripada gula.

3. Garam
Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk membuat warna putih dan tahan lama, garam yang lebih baik adalah garam laut.

4. Makanan laut cengkerang
Kebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.

5. Kopi, teh, coklat
Ketiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid tinggi.
Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia di dalam air memasuki tubuh.
6. Makanan cuka tinggi
Elakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.

7. Makanan berminyak
Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.

8. Hindari alkohol
Minuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.

9. Makanan kandungan lemak tinggi
Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit.

Dalam banyak senarai kat atas hampir semua makanan rutin kita kan ...banyak nak kene kurangkan ni.. lagi2 bulan puasa banyak juadah yang berkenan di hati ... 

Ada tak cara mencegah semudah 123 ?  sini ada berita menarik .. 

Shaklee mengeluarkan Vivix , raja segala vitamin dengan 1001 khasiat , ramai yang telah mengunakannya sangat berpuas hati,Vivix berperanan besar dalam memperbaiki semula sel-sel sihat. Pembaikan itu berlaku sehingga ke tahap selular DNA tau. Mana DNA yang rosak Vivix bantu sihatkan malah menambah tempoh hayat DNA.

kenali lagi khasiat vivix di sini :  Vivix



Apakata mereka ?