Tuesday, 27 January 2015

Kenapa Saya Menyesal Marah Anak


Assalamualaikum semua ibu bapa cemerlang , 
Semoga keluarga kita dalam lindungan Allah . 
Menyesalnya Marah anak Dulu..............

Mengenai marah pada anak , meyesal pula rasanya , yelahkan anak-anak masih kecil , bukan tidak boleh memarahi anak-anak tapi ada cara yang betul mengikut peringkat umur saya kira . Ibu bapa mana yg tak pernah marah anak-anak? marah anak-anak untuk niat mengajar supaya menjadi orang yang berguna , marah-marah sayang gitu kan .. 








Kenapa saya kata MENYESAL ?

Anak-anak kecil memang susah sikit nak dengar apa yang kita suruh.kadang-kadang apa yang kita larang lagi dibuatnyakan dan menyebabkan ibubapa hilang rasa sabar terbit pula perasaan geram nak marah. INI JAWAPAN kenapa saya rasa MENYESAL :
" SIkap kita yang suka marah-marah ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak kita " nah... macammana? apa rasa korang baca kenyataan ni ? 

Kita Ibubapa mestilah tidak mahu perkembangan emosi anak-anak terjejas dalam usia untuk membesar ini kan.Kenapa Marah-marah ini menganggu mereka ? Jawapanya : 
Memori anak-anak kita ini kuat sebenarnya,Disinilah mereka belajar daripada mereka lihat dan dengar,memang saya perasan anak saya cepat belajar sesuatu bila lihat kita buat something.Waktu inilah mereka cuba buat sesuatu yang baru untuk bentuk jati diri mereka.Jadi kita perlu tunjukkan nilai-nilai murni untuk membentuk nilai peribadi mereka yang bagus.Sebab tulah ada kata-kata anak seperti kain putih yang perlu kita warnaidan corakkan . Zaman sekarang ni lagi lah banyak cabaran untuk kita mendidik anak-anak supaya menjadi soleh solehahkan.. Dunia Akhir zaman kan.
Saya teringat pasal anak saya, pengasuh call minta call balik, saya ingatkan kenapa,bila saya call anak saya sedang menangis teresak-esak,pengasuh kata dia tetiba je menangis .ohh ya anak saya berapa usia ? anak saya 2 tahun 1 bulan (3 tahun jika ikut Kiraan tahun).Pengasuh tanya siapa marah? anak saya tunjuk keluar, saya terfikir adakah anak saya ingat kembali saya atau suami marahkan dia? bukan marah bebetul sangat pun,marah-marah sayang . saya turut serta sedih.
Saya tekan disini , " bukan kita tidak boleh marah anak langsung tetapi ada cara yang betul". dan ada beberapa cara yang boleh buatkan kita kurangkan rasa marah.. Apadia? teruskan pembacaan di sini . (saya pon tengah praktis-Masih belajar).



Jom kita praktikan cara kurangkan rasa marah ini :- 

1. Cuba Kita bayangkan kalau kita dimarahi ibubapa kita dengan teruk, apa perasaan kita . mesti kita tak nakkan.kita sedihkan. kita nak ibubapa kita nasihat dengan penuh kasih sayang dan positif, tunjuk ajar next time jangan ulang salah lagi . begitu juga dengan anak kita, walaupun dia masih kecil.dan fikirkan jika anak-anak kita akan marahi kita seperti itu nanti.nak tak ? semua orang tak nak kan .

2. Lebih banyak bagi kesedaran pada anak-anak daripada banyak memarahi mereka.Memang payah sikitlah tapi tak salah kalau kita cuba dan cuba .Contohnya " Nuha, kalau nuha main bende ni, nanti tangan nuha luka,sakit kene pergi hospital,kene cucuk.Sakitnyaa" contohnyalah yew. tahu tak cara ini sebenarnya amat membantu mereka untuk berubah.sebab mereka dalam proses pembelajaran.dan fikirkan cara lebih buat dia fahami bukan asyik memarahi.

3. Belajar fahami mereka, kenapa kita perlu fahami pulak ? mereka kene faham kita!! 
sebenarnya kita pon perlu faham mereka jugak, kita pulak bantu mereka untuk faham kita.sebab anak-anak kita juga ada perasaan dan keinginan :) .erhmm .. 

4. Suara Kita , Suara ? Yer Tone suara kita juga memainkan peranan tau.Tunjukkan kasih sayang pada anak-anak dengan suara, muka dan tindakan kita.supaya mereka tahu kita larang itu ini bukan apa sebab kita sayang sangat pada mereka ini. 

5. Ini penting ni, Elakkan keluarkan kata-kata negetif pada anak-anak kita,tak kiralah anak tu baru setahun pun.lagi-lagi kalau dihadapan orang lain.

6. Ini perlu praktis selalu ni, masa menonton Tv, kita perlu juga explainkan dekat mereka apa yang mereka tengok, contoh , awak tak boleh buat camtu tau bahaya, atau bagusnya abg tu tahfiz, pandai mengaji,nanti awak pun pandai mengaji camtu ye. sebab apa kita perlu explain ? sebab anak-anak cepat belajar sesuatu apa yang mereka lihat . cuba ingat balik anak-anak anda bila tengok crita upin ipin contohnya,ada tak mereka tiru aksi2 atau percakapan ? erhmmm... 

7. Banyakkan baca Al Quran , Sebab Al-quran boleh lembutkan hati anak-anak kita.Mudah dengar kata.saya ada terbaca , banyak hiburan menyebabkan hati anak-anak jadi keras.. aduhhh... 

Tahu tak apa kita selalu abaikan pada anak-anak? itulah memahami emosi anak-anak.keperluan memahami ini penting untuk jati diri anak-anak kita.
belajarlah memahami dan hargai anak-anak.berdoa dan semoga mereka juga fahami dan hargai kita ..In Shaa Allah . 

                         



Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam:

1. Memukul wajah

Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat

Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah

Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar

Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas

Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Kita menghukum anak-anak yang membuat kesilapan ini bukan untuk menyeksa dan membinasakan mereka tetapi lebih kepada memberi pengajaran bahawa apa yang dia lakukan ini adalah sebuah kesalahan. Kanak-kanak bukan dia tahu pekara itu elok atau tidak maka kita ajarlah mereka. Dia menghukumnya sekadarnya untuk dia tahu pekara itu salah dan di masa akan datang tidak akan mengulangi pekara yang sama. 



Mereka juga seperti kita . 

Jom follow saya 

Anda Mencari vitamin terbaik Untuk anak-anak ? 

Sila Klik di sini : Vitamin Untuk Anak-Anak 


Semoga Kita Jadi Ibu Bapa Cemerlang.
Anak-anak soleh solehah.


ALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa

hubungi saya dapatkan yang terbaik :)  

Kawasan COD 



2 comments:

  1. Comelnye Nuha & Hana...smiga kita menjadi ibu bapa yg baik buat ank2..nice sharing..

    ReplyDelete