Friday, 16 January 2015

Pantang Larang bayi G6PD ( Kekurangan Enzim)

Pantang Larang bayi G6PD ( Kekurangan Enzim)

Assalamualaikum Semua , 
Alhamdulillah masih diberi nafas untuk menulis entri-entri di sini semoga bermanfaat untuk semua yew .. 

Mengenai bayi G6PD , Serius sebelum ini saya tidak pernah ketahui tentang penyakit ini sehingga kawan saya bertanyakan cream apa yang sesuai untuk anaknya yang alami ruam susu tetapi anaknya ada G6PD. 





Apakah G6PD ? 

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksijen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. 
Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992).
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am.
Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.
Info dari Wikipedia

Tanda-tanda sekiranya termakan ubat atau makanan yang tidak sesuai
* Anak kelihatan pucat akibat sel darah merah musnah dengan lebih cepat
*Anak mungkin mendapat kuning (jaundis) dengan serta merta
*Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
* Letih / lesu dan tidak bermaya
* Demam


Rawatan kekurangan G6PD ialah dengan cara pencegahan

1.    Ujian penyaringan G6PD dilakukan di semua hospital dan klinik perbidanan ke atas bayi-bayi yang baru lahir dengan mengambil spesimen daripada darah tali pusat bayi. Bayi tidak patut dibenarkan pulang dari hospital tanpa pengetahuan status G6PDnya.

2.    Jika diagnosis defisiensi G6PD telah dibuat, pencegahan daripada hemolisis perlu dilakukan dengan cara pengajaran berkenaan ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang patut dielakkan daripada pesakit. Mereka patut memakai rantai "medic alert" yang memberi maklumat mengenai penyakit kekurangan enzim G6PD. Satu senarai ubat-ubatan juga perlu diberi kepada pesakit supaya mereka dapat menunjukkan kepada doctor apabila mereka memerlukan rawatan.

3.    Jika pesakit termakan ubat-ubatan pengoksida seperti dalam senarai yang ada dan dimasukkan ke wad dengan hemolisis akut, pemindahan darah mungkin perlu diberi jika hemolisisnya terlalu teruk. Apabila ubat atau makanan yang terlibat dihentikan, proses hemolisis berhenti dan pemulihan secara spontan berlaku. Kesan sampingan berpanjangan amat jarang berlaku.

4.     Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi.

5.    Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. 

6.     Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.

SENARAI YANG TIDAK BOLEH DI AMBIL  !!!!

Primaquine
Chloroquine
Quinine
Sulfanilamide
Sulphacetamide
Sulphapyridine
Sulphamethoxazole (Bactrim)
Dapsone
Nitrofurantoin
Ciprofloxacin
Methylene Blue
Nalidixic Acid
Napthalene ( Moth balls)*
 
Avoid all Chinese and Malay medications
 
*For the first 3 weeks of life, do not use clothes exposed to mothballs.

kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue,
kacang soya atau produk soya,
semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan berperisa menthol.
Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.
Fava Bean (jenis kacang parang)
Naphtalene (Ubat Gegat)
Ubat tradisional
Parabenecid
Dimercaprol
Dapsone
Procainamide
Para-Aminobenzoic Acid
Silver Sulphadiazine Cream
Methylene Blue

Ubat untuk Merawat Malaria:
Choroquine
Hydroxycloroquine
Primarquine
Pamaquine
Quinine
Mepacrine (Quinacrine)

Ubat Penahan Sakit
Acetylsalicylic Acid (Aspirin)
Phenacetin (Acetophenetidin)
Aminopyrine (Amidopyrine)

Ubat Antibiotik
Chloramphenicol
Cotrimoxazole (Bactrim)
Furazolidine
Nalidixic Acid
Nitrofurantoin
Nitrofurazone
Para-Aminosalicy Acid
Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
Sulfapyridine
Sulfasalazine




Tips untuk ibu bapa 

1- Ibu Bapa perlu alert setiap pemakanan anak-anak
2- Jika Hantar ke rumah pengasuh atau tadika , Bekalkan list apa yang tidak boleh di  ambil 
3- pakaikan dengan rantai medical, biasa saya tgk ada yang buat gelang.
4- Sentiasa Ingatkan pada anak-anak tentang pantang larang



Penghidap G6PD Dengan Shaklee 

Untuk Ibu-ibu yang menyusukan anak G6PD saya cadangkan ambil vitamin basic , vitalea, b complex, vitamin C dan ostematrix untuk membantu ibu kekal bertenaga dalam masa yang sama tidak mempengaruhi pengeluaran susu ibu.

Perlu saya ingatkan di sini setiap pengambilan ubat-ubat / vitamin pastikan dengan nasihat doktor ye.. 

Terdapat vitamin shaklee yang tidak sesuai untuk penghidap G6PD ini, ada yang berasaskan herba seperti Alfalfa. Selain itu yang berasaskan soya juga tidak sesuai iaitu ESP. Dan saya terjumpa juga 1 artikel di mana Herbal Blend juga tidak sesuai. 

Ada juga testimoni yang ambil Herbal blend pada anak G6PD tiada apa-apa kesan , tetapi perlu saya ingatkan di sini , setiap badan penerimaannya berbeza. jadi perlu berhati-hati yew . 

Semoga Entri saya kali ini membantu anda..

Jika ada petua2 atau lain2 sila-sila komen :)


CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa

hubungi saya dapatkan yang terbaik :)  

COD : KLCC , Bandar Seri Putra Bangi

3 comments:

  1. Thanks...
    Info yg sgt berguna
    Sharing is caring

    ReplyDelete