Thursday, 5 March 2015

40 Tips Memikat Hati Suami Isteri Supaya Sentiasa Rasa Dicintai

40 Tips Memikat Hati Suami Isteri Supaya Sentiasa Rasa Dicintai

Assalamualaikum  semua , Di cintai, mencintai ? sebenarnya kita semua inginkan rasa dicintai, mencintai, disayangi kan. tidak kira suami atau isteri. walaupun sudah kahwin berpuluh tahun kita mahukan cinta itu seperti pengantin baru.Jadi apa yang perlu kita amalkan supaya rumah tangga kita sentiasa bahagia ? erhmm jom kita terjahhh " Tips Menambat Hati Isteri Supaya Sentiasa Rasa Dicintai" dan sama-sama kita amalkan .... 

Dan yang paling penting kita sentiasa doakan kebahagian rumahtangga kita di dunia hingga ke syurga, diberkan keberkatan Allah, di lindungi dari segala kejahatan dan bala bencana.In Shaa Allah.


        


Wanita sememangnya mahukan perhatian kan kan :). Sebenarnya ramai suami anggap melakukan perkara-perkara besar saja yang akan menambat hati isteri tanpa memikirkan hal-hal kecil seperti membantunya dan menunjukkan anda ambil berat tentang kehidupan sehariannya tidak kira lah isteri anda suri rumah atau berkerja.Dengan cara menitik beratkan semua hal, wanita / isteri akan rasa dirinya amat dicintai dan bila perasaan itu timbul, percayalah isteri anda akan mencintai anda sepenuh hatinya. In Shaa Allah. 

40 Tips ini bukan sahaja boleh diamalkan untuk isteri tetapi isteri juga boleh amalkan untuk suami.barulah rasa bahagia cinta mencintai kan :) 


1.       Bila tiba dirumah tidak kiralah kan balik dari outstation ke , kerja ke, carilah isteri atau suami dahulu sebelum lakukan aktiviti rumah yang lain dan peluklah dia.Khasiat pelukkan ni mampu jiwa kita rasa tenang dan gembira.

2.       Boleh tanyakan perkembangan hari ini,menunjukkan anda mengambil berat                       tentang dirinya.

3.       latihkan diri kita untuk mendengar dan bertanyakan soalan.

4.       Tunjukkan sifat memahami pasangan kita

5.       Berikan lebih perhatian pada pasangan walaupun kita sibuk yang amat ditempat kerja.hantarlah mesej tanyakan dah makan ke belum ? itu pun dah memadai untuk isteri rasa sentiasa di ingati.

6.       Berikan hadiah tidak kiralah ulang tahun perkahwinan atau hari lahir atau bila-bila sahaja.suami perlu tahu, isteri bukannya nak hadiah terlampau mahal kadang-kadang sekadar bunga RM 3 pon mampu membuatkan isteri tersenyum.

7.       Rancanglah masa dengan bagus untuk anda ,isteri dan anak-anak,cara ini akan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

8.       Tawarkan diri untuk memasak jika isteri anda terlalu letih :)

9.       Selalulah puji memuji.

10.     Akui Perasaannya bila dia rasa marah.tanya dan tenangkan dirinya.

11.    Jadualkan / Inform mana-mana perjalanan/plan bercuti lebih awal supaya tidak kelam kabut untuk membuat persediaan. (Tips Bercuti Bersama Anak Kecil Supaya Tidak Meragam)

12.     Jika anda terlewat , jangan lupa untuk memberitahu walaupun dengan 1 mesej.

13.     Bila dia inginkan pendapat atau sokongan,jawablah dengan berhemah ,jangan                   sambil lewa.

14.     Jika  ada rasa tersinggung atau terkecil hati ,pujuklah isteri anda, jangan buat tidak peduli terus, ini akan buatkan isteri rasa terabai, begitu juga isteri ye.eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

15.     Jika ada yang ingin di bincangkan, tumpukan perhatian, tinggalkan dahulu TV/Gadjet atau sebagainya.

16.      Sekali sekala Tawarkan bantuan untuk membuat kerja-kerja rumah atau sama-sama lakukan dan menjaga anak-anak.

17.      Beritahu jika anda ingin keluar rumah ,kemana mana. begitu juga isteri perlu bagi tahu suami jika ingin kemana-mana.

18.     Dalam Waktu bekerja ,sampaikanlah mesej atau telefon , setiap hari " i Love U"

19.     Jika anda outstation, bagi tahu anda sudah sampai atau belum supaya isteri / suami           tidak risau.

20.     Selalu tawarkan diri mengurut badan, kepala dan kakinya.

21.     Pakai wangi-wangian, bukan isteri sahaja yang perlu pakai wangi wangi ni..

22.     Amalkan pelukan /ciuman setiap hari

23.    Tunjukkan kasih sayang anda walau dimana sahaja.

24.    Luangkan masa contoh pada hari minggu untuk kemana-mana tempat yang di                    sukainya.

25.     Berikan perhatian yang lebih pada dirinya,lagi-lagi jika dikhalayak ramai yang perlukan perhatian lebih supaya rasa sentiasa selamat.

26.     Luangkan masa bersendirian dengannya untuk rasa lebih romantik.

27.     Sekarang ni,macam-macam ada facebook,Ig dan sebagainya, ambil sikap suke komen post2nya , usah dipandang saje yew. ini akan buatkan dia rasa sentiasa diperhatikan dan rasa diambil berat.

28.      Solat berjemaah/ Mengaji

29.      Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah

30.     Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

31.     Isteri Kenalah tahu apa makanan kegemaran suami, bukan tahu sahaja tapi perlu tahu masaknya bagaimana.

32.     Isteri juga perlu banyakkan bersabar ye. pesan orang tua , jika suami dalam keadaan membuak-buak marah,isteri diam dulu jangan lawan, tapi pujuklah suami dengan penuh kasih sayang.

33.      Rumah nak sentiasa kemas, tapi suami juga perlu faham ye. lagi-lagi jika kita ada anak-anak kecil memang sukar rumah kelihatan seperti rumah bujang.dan jika isteri juga bekerja,jangan stresskan lagi isteri memarahi isteri kerana rumah kurang terurus,apakata tawarkan diri sama-sama mengemas rumah ( Tips Mengemas Rumah Bagi Wanita Bekerja Supaya Tidak Terlalu Letih

34.     Sekali sekala bawak makan di luar/restoran , pilih makanan kegemaran suami atau             isteri

35.          Isteri layan suami seperti raja :)

36.          Suami layan isteri seperti permaisuri :)

37.          Jika Isteri hamil jangan lupa teman isteri bila ada appoitment

38.          Teman isteri dalam bilik bersalin,bagi semangat.

39.          suami sentiasa jadi pendorong utama isteri,begitu juga isteri.


40.          Mencantikkan diri Luar dan dalam







Ikuti kisah Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja di sini :-- 

 

Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja

Untuk Point yang ke 40 , Mencantikkan diri luar dan dalam, bukan isteri sahaja ye, untuk suami juga. Jangan pandang ringan pada kecantikan dalam kita. masalah kecantikan dalaman termasuklah rahsia keintiman setiap pasangan.Jangan abaikan!!! amat penting. Jadi apa yang perlu kita ubah untuk menjaga keintiman ini? jamu?ubat kuat? hati-hati ye dengan pelbagai ubatan sekarang.cek dahulu details sebelum terus membelinya.boleh juga cek di web-web yang telah disediakan oleh kementerian kesihatan malaysia.jadi apa yang selamat digunakan? Saya cadangkan SET KEINTIMAN SHAKLEE. selamat digunakan , In Shaa Allah.bukan sahaja untuk keintiman malah banyak lagi khasiat kita boleh rasakan.




 CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa

hubungi saya dapatkan yang terbaik :)


 CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa

hubungi saya dapatkan yang terbaik :)
- See more at: http://butiksihatcomel.blogspot.com/#sthash.pjEChYDt.dpuf

0 comments:

Post a Comment