Bila Suami Jadi Surirumah Tangga

Bila Suami Jadi Surirumah Tangga.

Assalamualaikum semua.

Bila suami jadi surirumah? bunyi macam pelik tapi benar :) . Apa salahnya jika suami jadi surirumah kan kalau itu sudah takdirnya.Tidak di nafikan ada di antara kita seperti ini.


Jom kita baca apa kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengenai Isu ini.

Sebuah perkahwinan konvensional lazimnya menyaksikan suami berperanan sebagai ketua keluarga, bertanggungjawab mencari nafkah dan menyediakan keperluan asas kepada keluarganya, manakala isteri pula membantu mengurus segala keperluan termasuk mengasuh anak, menyediakan makan minum, dan menjaga keharmonian rumah tangga.

Bagaimanapun, seiring perubahan gaya hidup, tekanan serta keperluan semasa, semakin banyak pasangan yang saling bertukar peranan.

Senario ini menyaksikan lelaki menjadi suri rumah dan isteri pula mencari nafkah di luar.

Memang di zaman nenek moyang kita dahulu situasi ini agak pelik dan sukar diterima logik akal, tetapi kini seakan-akan realiti yang tidak dapat dielakkan 



Namun, wajarkah aturan seperti itu berlaku dan diteruskan, lebih-lebih dalam keluarga Islam? Menjawab persoalan itu Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata, dari segi ajaran Islam suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan merupakan salah satu tanggungjawab sebagai seorang suami. 

Namun, terdapat kelonggaran sekiranya isteri yang keluar mencari nafkah atas dasar ihsan. “Terdapat salah anggap dalam masyarakat kita bahawa keseluruhan tanggungjawab adalah terletak di bahu suami, sedangkan dalam rumah tangga, suami dan isteri adalah rakan kongsi. “Tidak semestinya suami yang perlu membawa fungsi demikian. Jika isteri mempunyai kerjaya yang lebih baik, suami pula mempunyai pendapatan yang kurang daripada isteri, tidak salah sekiranya suami mengerjakan urusan di rumah. 


“Jika ada persefahaman dan perbincangan yang baik, suami pula mendapat pelepasan daripada isteri itu sudah dikira sebagai ihsan dan suami tidak berdosa. Namun, jatuh haram sekiranya isteri dipaksa untuk menguruskan perbelanjaan rumah tangga tanpa kerelaan hatinya,” katan Mohamad Shukri. Beliau mengingatkan, kelonggaran yang diberi kepada isteri itu jangan dipergunakan ke arah yang tidak baik. Jika suami terlalu berlembut, akan timbul masalah seperti isteri tidak menghormati suami. Katanya, mungkin ada isteri yang ambil kesempatan atau lupa akan kedudukannya dan ada perasan ego di dalam diri. Dalam hal ini, isteri perlu menjaga maruah keluarganya. 

*** Petikan Diambil Dari utusan malaysia

Suami Saya pernah juga jadi surirumah untuk 3 Hari, Masa tu saya ada kursus di Johor Bahru. Masa tu rasa berat hati sangat nak tinggalkan suami dan anak.Kalau di berikan pilihan memang saya tidak mahu ikuti kursus tersebut.Tapi apakan daya saya terikat dengan kerja. Nasib baiklah suami ok dan anak pun ok .Alhamdulillah.

Bila Suami jadi surirumah dalam masa 3 hari itu, saya terfikir kesiannya mereka tanpa saya.Anak-anak tanpa Ibu di sisi.Mapukah suami uruskan sendiri? Boleh katakan sehari berapa kali saling hubungi.Tanya Nak buat itu ini bagaimana.Bertanya barang itu ini di simpan kat mana.kesian pulakkan.pastu terfikir pula macam mana keadaan rumah ketika saya tiada, bersepah ke atau tidak.biasalah anak-anak sedang membesarkan macam-macam barang dijadikan permainan. Tapi alhamdulillah, suami saya banyak membantu dalam banyak urusan :)

Tapikan apa yang isteri dalam video ni dedahkan perihal suami, memang betul pun boleh katakan 80% kot..tak percaya? buka video ni, mesti rasa nak suami pun dengar. suami saya gelak je bila tonton video ni.

Tidak dinafikan ada segelintir suami memang cekap membuat kerja rumah berbanding isteri,. Baru-baru ini, didalam page kelab ibu hamil, bersalin dan berpantang si isteri ada share, suami jadi surirumah hanya seketika sewaktu isteri keluar membeli barang, buaian ada 1, anak 2 orang, kretifnya si suami gabungkan 2 anak dalam 1 buaian, buat macam 2 tingkat.. oishh punyalah kretifkan.. 


Ada waktunya kita isteri atau suami akan jadi stress, kadang-kadang balik kerja rumah bersepah, anak ain semua barang.jika tiada kesabaran, alamatnya kene marahla si anak.kadang-kadang anak banyak ragamnya,bukannya apa mungkin anak mahukan perhatian.

Dulu saya pun kerap juga marah anak,itu ini.tetapi selepas saya lihat video ini, saya rasa menyesal dan sekarang saya nekad ubah diri ingin mejadi ibu yang memahami anak kita,barulah anak pun makin rapt kan,,,ingin tahu tips yang amat berkesan mampu buatkan saya lebih bersykur dengan nikmat yang ada dan happy sokmo? jom tonton video ni.. pastisegalanya terjawap.  


Mengenai surirumah, Sekarang ini saya terfikir juga  segala benda sudah naik harga.Barang keperluan dan sebagainya.Bila dikira-kira balik, teringin juga ingin menjadi surirumah menjaga anak-anak sendiri, kat sini pun dah save bajet untuk kos penjagaan anak dan transport.Tapi sebelum berhenti saya juga perlu ada pekerjaan backup contoh business dari rumah. saya percaya, ramai surirumah sekarang membuat perniagaan seperti ini. SAYA PUN NAK. Jadi sekarang saya nekad untuk serius bersama Business Shaklee. In Shaa Allah. Mana tahu kan saya dan suami boleh jadi surirumah bersama-sama dan menjalankan business sendiri. Semoga Impian saya menjadi Kenyataan.

Alhamdulillah sama-sama kita menjadi suami isteri / ibu bapa yang lebih cemerlang. In Shaa Allah.


                                                      


CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa







0 comments:

Post a Comment

PALING LARIS

PALING LARIS

PALING SUKA INI

PALING SUKA INI

FIRST AID DI RUMAH

FIRST AID DI RUMAH

Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra

Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra, Pengedar Shaklee Bukit Mahkota, Pengedar Shaklee Nilai, Pengedar Shaklee Bangi Lama, Pengedar Shaklee Teras Jernang , Pengedar Shaklee Malaysia, Stokis Shaklee

Terima kasih datang lagi

Aizah Azlem. Powered by Blogger.

Google+ Followers

Find Us On Facebook

Pengedar Shaklee Malaysia

Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra, Bangi, Pengedar Shaklee Bukit Mahkota,Bangi, Pengedar Shaklee Impian Putra,Bangi, Pengedar Shaklee Bangi Lama, Pengedar Shaklee Bangi, Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi, Pengedar Shaklee kajang, & Pengedar Shaklee Nilai Impian,Nilai, Pengedar Shaklee Kampung Bahagia, Bangi , Pengedar Shaklee Nilai , Pengedar Shaklee Nilai Impian , Pengedar Shaklee Nilai 3 , Pengedar Shaklee Seksyen 7, Bangi, Pengedar Shaklee Seksyen 2, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 1, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 8, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 3, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 4, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 5, Bangi , Pengedar Shaklee Bangi Avenue . Pengedar Shaklee Banyan Close , Pengedar Shaklee KUIS . Pengedar Shaklee Putra Hills Residency , Pengedar Bangi Desaria Nilai , Pengedar Shaklee bandar Puteri Bangi , Pengedar Shaklee Rinching Hilir Bangi , Pengedar Shaklee Bangi Indah , Pengedar Shaklee Kampung Bangi , Pengedar Shaklee Taman Bangi Villa , Pengedar Shaklee Komuter Bangi , Pengedar Shaklee Kampung Sungai Buah , Pengedar Shaklee Anjung Suasana , Pengedar Shaklee Southville City ,

Contact Form

Name

Email *

Message *

Ad Banner

Ad Banner
Breaking News

300x250 AD TOP

Gallery

Ewy!

http://picasion.com/

Facebook