Perlukah Kita ada Perasaan Ragu Jika Bersedekah Di Tepi Jalan?

Perlukah Kita ada Perasaan Ragu Jika Bersedekah Di Tepi Jalan?

Assalamualaikum semua , terima kasih datang berkungjung ke Butik Sihat Comel ini . Sedikit Tazkirah kita harini mengenai Bersedekah. 

Apakah Maksud Sedekah ?

Sedekah berasal daripada perkataan bahasa Arab sadaqoh yang bererti suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada seorang muslim yang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Sedekah juga bereerti suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap keredhaan Allah SWT dan pahala semata-mata. Sedekah dalam pengertian di atas oleh para fuqaha (ahli fikih) disebut sadaqah at-tatawwu’ (sedekah secara spontan dan sukarela).

Sebelum kita teruskan pembacaan , saya ingin anda tonton video ini, betapa ajaibnya kuasa sedekah, rugi kalau abaikan :-

Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib? from iReach HD on Vimeo.



Situasi Bersedekah

Pernah kah kita rasa ragu / was- was pada peminta sedekah di jalanan? 

Contoh 1 : DI pasar malam, terlampau ramai yang datang sebagai peminta sedekah. Pada permulaannya perasaan kita rasa "kesiannya pada mak cik ni (dalam hati dah nak bagi) tetiba sesaat je , hati kita mula berubah " ehh, karang mak cik sindiket ni, penipu (dalam hati, tak jadilah bagi)". Pernah ?

Contoh 2 : Di kedai Makan : Ada seorang budak datang kepada kita " Akak / Abang , Kami daripada sekolah tahfiz ........ meminta sumbangan ikhlas untuk membaik pulih sekolah kami yang sudah uzur" : dalam situasi ini , adakah kita hanya menangkat tangan tanda tidak mahu? atau " xapa lah dik , terima kasih je" atau "Bagi RM 1 tetapi di dalam hati penuh rasa ragu dan masih tetanya tipu ke betul ?" macam-macam lagilah dibenak kita ini. Pernah ?

Pernahkah kita semua alami ini ? " Nak bagi takut kita ditipu , kalau tak bagi kashian pula , kalau bagi bukan dapat dekat dia, dapat kat sindiket" . ini lagi di kukuhkan dengan berita-berita : pemgemis berkereta BMW ,  hasil Peminta sedekah sehari RM 20K. Tetapi tidak semua peminta sedekah seperti itu kan.Kadang-kadang sesiapa pun akan terdetik, walaupun sekali, saya pun pernah macam ni . Datangnya penyakit was-was dan ragu. Astagfirullahalazim :( cepat-cepat istighfar.


Pengalaman Saya : 

Tahun 2009 : masih saya ingat masa tu , dalam hujan yang lebat di LRT taman melati , saya terlihat seorang pak cik berkopiah,berbaju melayu, sedang mengutip tin/botol ke 1 tong sampah ke 1 tong sampah. sudah terdetik di hati : Ya Allah kesiannya pak cik ni. saya teruskan berjalan.tetiba saya fikir, pak cik ni mesti tak de duit nak beli makanan keluarga.dan kaki saya automatik, pusing balik dalam hujan lebat, basah kuyup saya pusing cari pak  cik ini .memula saya tak jumpa, saya menangis(tak tau kenapa sedih sangat).saya terus berjalan dalam hujan tu cari lagi pak cik ni. saya nak bagi juga sumbangan  walaupun sedikit.dan Alhamdulillah doa saya dalam hujan itu dimakbulkan.saya jumpa pakcik ni.sedang buka tong sampah belakang lrt.saya pergi meghampiri pak cik tu dan saya hulurkan beberapa RM. pak cik ini kata " terima Kasih nak ". Baru saya rasa lega yang amat.
Tahun 2012 : Saya kemalangan jalan raya,selepas tol gombak, saya duduk di seat belakang , dan tercampak keluar kereta ikut tingkap .ketika itu saya hamil 5 minggu.saya tidak tidak boleh bergerak seluruh badan 5 hari. Apa saya fikir dan bersyukur 1) syukur kerana Allah masih pinjamkan nyawa ini dan kandungan saya selamat.mungkin malaikat jaga anak dalam kandungan saya . saya juga selemat 2) apa saya terkejut! tetiba secara automatik saya teringat:mungkinkah pakcik yang saya dermakan duit dahulu pernah doakan saya? dan membuatkan saya menangis.Allahuakbar, dengan sumbangan yang tidak seberapa dahulu, Allah menyelamatkan saya dan anak dalam kandungan. Allahuakbar.syukur Alhamdulillah. 

KUASA AJAIB SEDEKAH.RAHSIA ALLAH.

Tetapi bagaimana hukumnya jika kita sedekah tetapi orang menerima itu menipu ? 


Ditipu pun kitadapat pahala. 

Jenis-jenis sedekah 

Sedekah ini sebenarnya banyak cabangnya, bersedakah bukan sahaja dengan harta ataupun wang. Malah bersedekah ada juga dengan kudrat yang ada pada diri kita. 


Rasulullah bersabda “Tiap muslim wajib Bersedekah”.
          Para sahabat bertanya “Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?”
Baginda menjawab, “Bekerja dengan kekuatan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu bersedekahlah” 
         Mereka bertanya lagi. “Bagaimana kalau dia tak mampu?” 
Nabi menjawab “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya” 
         Mereka bertanya lagi “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” 
Nabi menjawab “Menyuruh berbuat ma’ruf (kebaikan) ” 
         Mereka bertanya lagi “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” 
Nabi  menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Kepada Siapa Lagi kita digalakan sedekah ?


  • Kepada Isteri dan Anak-anak.
  • Kepada kedua Ibu Bapa
  • Kepada Mertua.
  • Adik Beradik / Saudara mara
  • Anak-anak yatim.
  • Orang-orang miskin
  • musafir
  • Orang Yg sedang bejihad Ke jalan Allah
  • Jiran Tetangga




Kelebihan bersedekah:- 

Lima di Dunia

- Mencucikan hartanya

- Mencucikan badannya

- Menolak bala dan penyakit

- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia    amal .

- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .

Lima Di akhirat :

- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas

- Ringan hisabnya

- Berat timbangannya (amalan) di akhirat

- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim

- Bertambah darjatnya di dalam syurga


- Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan


“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”

Bersedekahlah seikhlas , semampu kita lakukan walaupun hanya dengan 0.10 sen atau hanya dengan kudrat kita . seperti membantu mangsa-mangsa banjir yang baru melanda negara kita, itu pun pahala .pendek kata, tidak rugi jika kita perbanyakkan sedekah, kerana ganjarannya bukan saja di dunia malah di akhirat.

Ajal Maut segalanya rahsia Allah, Jom sama-sama tingkatkan amalan untuk bekalan ke alam barzakh. In Shaa Allah. 

Selamat beramal...


Nota kaki : Jom Share-share pengalaman alahan dengan komen di bawah :) 



CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa

hubungi saya dapatkan yang terbaik :)  

Kawasan COD 

Bandar Seri Putra - Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang ,

1 comments:

  1. Sebahagian harta yg kta ada adlh mlk org lain...maka bersedekahlah utk menyucikn ht kta drpd skp tamak & seumpamanya....

    Jom terjah blog saya pula
    http://irdinasvitafamily.blogspot.com

    ReplyDelete

PALING LARIS

PALING LARIS

PALING SUKA INI

PALING SUKA INI

FIRST AID DI RUMAH

FIRST AID DI RUMAH

Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra

Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra, Pengedar Shaklee Bukit Mahkota, Pengedar Shaklee Nilai, Pengedar Shaklee Bangi Lama, Pengedar Shaklee Teras Jernang , Pengedar Shaklee Malaysia, Stokis Shaklee

Terima kasih datang lagi

Aizah Azlem. Powered by Blogger.

Google+ Followers

Find Us On Facebook

Pengedar Shaklee Malaysia

Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra, Bangi, Pengedar Shaklee Bukit Mahkota,Bangi, Pengedar Shaklee Impian Putra,Bangi, Pengedar Shaklee Bangi Lama, Pengedar Shaklee Bangi, Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi, Pengedar Shaklee kajang, & Pengedar Shaklee Nilai Impian,Nilai, Pengedar Shaklee Kampung Bahagia, Bangi , Pengedar Shaklee Nilai , Pengedar Shaklee Nilai Impian , Pengedar Shaklee Nilai 3 , Pengedar Shaklee Seksyen 7, Bangi, Pengedar Shaklee Seksyen 2, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 1, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 8, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 3, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 4, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 5, Bangi , Pengedar Shaklee Bangi Avenue . Pengedar Shaklee Banyan Close , Pengedar Shaklee KUIS . Pengedar Shaklee Putra Hills Residency , Pengedar Bangi Desaria Nilai , Pengedar Shaklee bandar Puteri Bangi , Pengedar Shaklee Rinching Hilir Bangi , Pengedar Shaklee Bangi Indah , Pengedar Shaklee Kampung Bangi , Pengedar Shaklee Taman Bangi Villa , Pengedar Shaklee Komuter Bangi , Pengedar Shaklee Kampung Sungai Buah , Pengedar Shaklee Anjung Suasana , Pengedar Shaklee Southville City ,

Contact Form

Name

Email *

Message *

Ad Banner

Ad Banner
Breaking News

300x250 AD TOP

Gallery

Ewy!

http://picasion.com/

Facebook