Monday, 9 March 2015

Tanda-Tanda Hampir Bersalin Yang Wajib Suami Dan Isteri Tahu

Tanda-Tanda Hampir Bersalin Yang Wajib Suami Dan Isteri Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Pertama sekali tahniah anda akan melahirkan Anugerah Allah tidak lama lagi .In Shaa Allah. Apa yang selalu suami isteri runsing adalah proses semasa kelahiran nanti kan,lagi-lagi jika anak sulong. In Shaa Allah berdoa banyak-banyak :). 

Daripada pemerhatian saya, masih ramai antara kita keliru dan kurang mengetahui mengenai tanda-tanda jika sudah hampir ingin bersalin.Adakah ini hanya sakit biasa atau sakit sebenar? sakitnya bagaimana?Apakah tanda-tanda yang akan keluar ? dan sebagainya. 


Tanda-tanda setiap wanita adalah berbeza malah setiap kelahiran juga berbeza.Contohnya seperti saya, untuk kelahiran anak pertama tandanya adalah turun darah, anak ke dua pula hanya sakit pada bahagian abdomen(perut) yang berterusan.

Untuk tanda awal kelahiran kita mungkin akan rasa seperti berikut:-

#Tanda-tanda bersalin 1 : Sakit Bahagian Abdomen 
Sakit bahagian abdomen ini lebih kepada rasa sengugut yang teruk, rasa sakit dari abdomen sehingga ke pinggang dan menyucuk2 di bahagian faraj. 

#Tanda-tanda bersalin 2 : Darah
Ada sesetengah fasa kelahiran , pada permulaannya ada keluar darah/turun darah (lelehan mukus atau kecoklatan bersama darah),tidak kiralah walaupun setitik pada permulaanya.

#Tanda-tanda Bersalin 3 : Air Ketuban
Air ketuban anda pecah , ini berlaku dengan kontraksi yang semakin kerap. ramai yang keliru bagaimana rupanya air ketuban atau sama dengan air buangan kita? Lazimnya air ketuban ini jernih dan tidak berwarna.TAPI jika air ketuban sudah bercampur dengan najis janin , ia kelihatan berwarna kehijauan atau kecoklatan. Selain itu , ia tidak berbau seperti air kencing. Jika ketuban ini pecah, akan membasahi seluar anda seperti lelehan.Ada juga ibu-ibu yang air ketubannya bocor sedikit demi sedikit , ada setengahnya terus pecah banyak. 

#Tanda-tanda Bersalin 4 : Kontraksi
Kontraksi yang berterusan dan consistent, sakitnya setiap 10 minit- 10 minit , 5 minit -5 minit. makin cepat jarak masa itu, makin hampir untuk bersalin nanti. lebih lama , lebih sakit , lebih cepat masa jarak kontraksi. kadang-kadang perut anda mengeras. Untuk anak kedua saya hanya kontraksi tanpa turun tanda darah ataupun air.apa saya buat, saya catatkan masa kontraksi., saya kira sudah ada yang boleh record kontraksi di software handphone(erhmm boleh cari tu )

#Tanda-tanda Bersalin 5 : Bayi kurang bergerak
Mengikut kiraan kita, bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam bayi kita perlu bergerak paling minimum 10 kali.jadi jangan abaikan pengiraan setiap hari ya ibu-ibu.Tapi jika dari pagi jam 9 sampai tengahari tiada pergerakan, sebaiknya anda ke klinik untuk pemeriksaan.

#Tanda-tanda Bersalin 6 : Pembuangan najis lebih mudah.
tanda-tanda setiap kelahiran, berbeza-beza bukan ? jadi jangan pandang remeh jika kita mengalami cirit birit yang teruk atau kita terlampau kerap kencing.

Bila kita sudah alami tanda-tanda ini , jangan panik tetapi bertenang, tarik nafas perlahan-lahan dan hembus,teknik pernafasan yang betul juga amat membantu proses bersalin. Teruskan Berzikir dan Doa. saya amalkan zikir Ya Fattah 9 niatkan untuk cepat bukaan) dan ayat ini :- 



Apa suami boleh tolong kita ketika ini ? 

  • Bawa isteri ke hospital atau klinik yang berdekatan dengan kadar segera.
  • Suami boleh tolong gosokkan bahagian belakang isteri,supaya isteri rasa sedikit kelegaan.
  • Belilah apa-apa makanan dan minuman,paksa isteri makan walaupun sedikit,ini amat penting untuk tenaga untuk push nanti.
  • Sentiasa berada disisi isteri, tahukah wahai suami, jika anda bersama kami ketika ini, Semangat kami bertambah.

Bila tiba di hospital atau klinik :- 

  1. Serahkan buku kesihatan kita (buku pink). Lakukan persediaan lebih awal supaya tidak kelam kabut.
  2. Jururawat akan bagi borang untuk daftar, 
  3. jururawat akan bertanya. ada keluar tanda-tanda apa ? ini perlu kita jelaskan ye.
  4. Setelah jururawat / doktor cek tekanan darah , tanyakan sedikit sebanyak mengenai kandungan kita
  5. cek jalan, sudah berapa cm pembukaan. 
  6. cek CTG bayi kita, bila kontraksi makin kuat, makin tinggi graf akan naik.
    
     7. Jika pembukaan sudah mencecah 5 cm , kita akan disorong ke labor room
    8. Bersedia untuk kelahiran cahaya mata kita :).

Apa suami boleh tolong kita ketika ini ? 
  • Jika di hospital kerajaan , suami boleh meminta hanya doktor perempuan yang membantu proses bersalin isteri anda.
  • Sentiasa berada di sisi isteri ketika ini.
  • Bagi semangat pada isteri 
  • ingatkan tentang doa-doa untuk permudahkan proses bersalin.
  • Dan paling penting , maafkan segala kesalahan isteri anda!,
  • Doakan isteri dan bayi dipermudahkan dan selamat.In Shaa Allah

Bagaimana pula persediaan selepas bersalin iaitu berpantang? 
Semua ibu bersalin nak cepat2 kurus kan? Tengok macam mana ibu muda ni boleh kurus dengan cepat tanpa menyusutkan susu badan. best giler!
Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!

Bila bercerita mengenai bersalin , saya juga ingin share pengalaman saya

Anak pertama : Kelahirannya penuh debaran , kerana sebelum ini saya pernah lakukan x-ray kerana kemalangan yang teruk.Sakit pada waktu pagi jam 7.30 pagi.sampai hospital serdang jam 8.30 , cek jalan dah 3 cm. punyalah lama nak bersalin , jam 11 malam 4 cm, air anugerah ada sikit je lagi , dengan perut lapanya. nak minum air anugerah tu sambil berdoa. doa cammana? alfatihah, selawat, niat, " Ya Allah,Kau cepatkanlah bukaan, permudahkanlah bersalin Ya Allah.sakit dah tak terhingga" hembus minum. Alhamdulillah dalam masa 45 minit . bukaan full, 10 cm lakan. nurse dah panggil husband. lega sangat nampak suami ada disisi , rasa kekuatan . orang kata kembar darah / tumpah darah sakit.hakikatnya memang sakit yang amat. Doktor pecahkan air ketuban.dan bila-bila masa rasa nak push, push. Alhamdulillah dalam masa 15 minit. Saya melahirkan seorang puteri.ku namakan Nuha Amanda. Berpantang pulak , tak de pon amik set apa2 . pantang biasa-biasa je dengan minum air akar kayu dan ambil ubat klinik. uhhh berat tok sah di tanya.berat mendadak naik. tak mahu turun. perut pulak erhmm strech mark banyak .

Anak Kedua : Penuh Cabaran! Lewat 4 hari , Sebelum tu si kakak pula masuk wad sebab demam, dalam kesaratan kugagahi demi mu anak , nak jaga anak malam di hospital, nurse tak bagi sebab dah sarat, nasib baik nuha rapat dengan abah. so , ibu shift siang ,abah shift jaga malam. :) . nuha keluar wad tepat ibu 39 week. tunggu punya tunggu dah overdue dah pun.tambah pula masa tu nak raya haji.saya nekad balik ke terengganu.doktor dah pesan siap-siap." jangan bawak laju , kalau ada hentak-hentak tu kurangkan.nanti takut bukaan cepat. karang bersalin dalam kereta awak ni !" wahh berdebar kann.... tapi saya nekad juga nak balik raya haji di terengganu.bertolak sebelum subuh jam 5,30 pagi daripada bangi. sampai di hentian gombak. dah rasa sakit lain macam ajakan.berdebar oiii tak payah di crita.hahaha.. tapi redah aja..

" banyakkan tidur!" sepupu pesan. ok sepanjang perjalanan , saya tidur.kejap2 je bangun.nuha? nasib baik ada mak saya.ok sampai di terengganu jam 2.00 ptg . sempat okeh pergi makan mihun sup atas pasar kedai payang. teringinnnnn !!! . ahhh malam tu magrib .dah start rasa lain macam dah.sakit perut sampai pinggang. macam sengugut teruk tapi ditambahkan lagi sakit menyucuk2 kat bawah.. makk aiiii Allah je yang tahu . pergi hospital cek jalan dah 3 cm . cakap kat doktor saya baru sampai dari bangi tengahri tadi. doktor terkejut.."kalau saya memang tak berani dah ni nak travel. berani awak eh". huhuhu.... kali ini tips saya amalkan. mengiring ke kiri sambil zikir ya fattah. alhamdulillah cepat bukaannya. nak minum /makan VCO pon tak sempat!. kol 12 mlm 3 cm , kol 1 pg .4 cm , kol 1,45 pagi 5 cm . kol 2 di tolak ke labor room . kol 3,10 minit bersalin . Alhamdulillah. cerita dalam labor room? ahhh serik jugak rasanya nasib baik husband temankan .sampai lah sudah bersalin. terima kasih abang.Dan untuk kali ini, saya gunakan set berpantang shaklee. waaa hebat sungguh ! berat bole hturun 14 kg!!! , strech mark pon kurang. susu. Alhamdulillah. amat puas hati. nama puteri ke 2 saya . Hana Khadeeja :) 



ada yang nak share pengalaman ? jom komen disini :) 

Mungkin Anda Juga Meminati :-
Check List Barang bersalin

CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa

hubungi saya dapatkan yang terbaik :)  

Kawasan COD 

Bandar Seri Putra - Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang ,


0 comments:

Post a Comment