Tuesday, 3 March 2015

Tips Bercuti Bersama Anak Kecil Supaya Tidak Meragam

Tips Bercuti Bersama Anak Kecil Supaya Tidak Meragam

Assalamualaikum semua , Entri Kali ini ialah tips melancong bersama anak-anak. Apa yang perlu kita lakukan supaya perjalanan sentiasa rasa tidak kelam kabut dan aman ?

Suami saya sentiasa pesan kemas baju awal2, kelengkapan semua sediakan lebih awal dan macam-macam lagi.. hehehe... yelah kan kadang-kadang kita ni lupa, macam saya ni selalu perjalanan jauh dengan kereta, balik kampung Bangi Ke Terengganu / Bangi ke Johor. Jadi rasanya banyak benda perlu di sediakan supaya perjalanan lancar dan rasa menarik.sebab kadang-kadang anak-anak kecil ni bila jalan jauh dia dah rasa bosan, duduk saja.





# Tips Sebelum memulakan perjalanan :-

1) pakaian : pastikan pakaian anak-anak cukup dibawa mengikut keperluan, berapa hari anda ingin bercuti ,sehari berapa kali mahu di tukar? Bawa Baju tambahan jika anak-anak muntah dalam perjalanan.nak senang dan tak nak ada yang tertinggal, buatkan 1 list :) contohnya :- 

  • Baju Hana * Untuk 3 Malam / 3(hari) x3(3 helai sehari) = 9 helai baju
  • Baju Nuha * Untuk 3 Malam / 3(hari) x3(3 helai sehari) = 9 helai baju
  • Baju diri sendiri & suami
  • Kain Tuala
  • Pempers Nuha / Hana = 3 Malam, 3(hari) x 4(utk sehari) = 12 Keping sorang
2) First aid kit - Ubat-ubat anak , jangan dilupa tau , kadang-kadang anak-anak nak demam ni kita tak dijangka. Bawa sekali cek suhu untuk memudahkan kita pantau suhu anak jika demam. 

3) Sediakan Beg kecil - Beg kecil ni , saya selalu amalkan, letak keperluan utama pempers 2 keping sorang, baju 2 helai sorang , kain tuala kecil, tisu , susu yang dah siap bancuh sebotol sorang dan plastik . Supaya senang dan tidak perlu buka beg besar2 cari-cari baju n pempers semasa perjalanan. 

4) Sediakan Bekal untuk anak, makanan untuk anak-anak kecil ini sukar didapati di kedai, dia antara boleh kita bawa biskut , bubur , puri , air masak . untuk anak-anak yang usia 2 keatas boleh juga kita bekalan buah-buaha, biskut yang di suka ,snek , air masak / milo dan sebagainya.Makanan akan membuatkan mereka leka dan bila perut kenyang mereka juga
 kurang meragam. 

5) Bekalan Susu , Sediakan bekalan susu yang secukupnya atau lebih sebab kemungkinan tempat kita melancong itu tiada susu yang sama dengan anak kita,selain itu boleh juga membawa air panas di dalam termos dan air masak,lagi-lagi perjalanan dengan kereta atau pun keretapi.

6) Document Penting , Pastikan segala document penting ada seperti IC/Mykid.

7) Boleh juga bawa stroller atau carrier untuk menyenangkan semasa berjalan, jadi tak lah penat sangat kita nak mendukungkan..

# Tips Melancong Dengan Kapal Terbang

1) Datang awal untuk daftar masuk, ini untuk mengelakkan terlewat jika ada masalah-masalah anak yang tidak terjangka.

2) Beritahu Prosedur semasa pemeriksaan supaya anak-anak tidak takut.

3) Yang paling penting , pastikan anak-anak sentiasa di sisi.

# Tips Melancong Dengan Kereta.

1) Untuk keselamatan lebih bagus , kita boleh menggunakan carseat dan pastikan cara yang betul.

2) Mainan yang ringkas - Boleh juga kita bawa mainan yang ringkas, atau untuk anak yang usia 2 tahun ke atas boleh juga kita bawa buku awal pembacaan tu kan. Sekarang ni lebih canggih ada yang bagi anak Tablet dah kan :) . ini supaya mereka leka dan tidak rasa membosankan lagi-lagi jka perjalanan yang panjang dan jauh . 

3) Ceritakan serba sedikit rancangan aktiviti yang akan dilakukan semasa bercuti supaya anak-anak bersedia dan rasa gembira.

4) Berhenti Di hentian untuk menukar pampers anak-anak supaya mereka rasa lebih selesa.



# Tips DI Hotel 

1) sebelum menempah hotel , resort atau rumah tumpangan, lebih elok kita cek details dan feedback pengunjung sebelumnya, ini untuk pastikan tempat selesa dan selamat untuk anak-anak kita ,lagi-lagi kalau masih baby.


2) Kanak-kanak memang suka aktiviti mandi manda di kolam atau di pantai ni.jadi pastikan anak-anak kita tidak pergi bersendirian untuk mengelakkan perkara tidak di ingini berlaku. 

3) Begitu juga di dalam bilik air. pastikan pintu bilik tertutup kemas.

4) Awasi juga anak-anak , jika ada beranda di ruang bilik hotel .

#Tips semasa Bercuti 

1) Pastikan aktiviti harian lebih santai berbanding aktiviti yang amat padat, ini untuk pastikan anak-anak tidak terlampau letih dan meragam. 

2) Elakkan berjalan terlalu lama sedangkan anak-anak sudah keletihan,mengantuk dan kelaparan, ini akan membuatkan mereka meragam dan macam-macam kerenah mereka yang mungkin akan membuatkan kita tertekan dan marah.

3) semasa berjalan juga, pastikan kita membawa bekal susu dan sedikit makanan seperti biskut atau snek.


Nikmatilah percutian kita dengan anak-anak dengan gembira, berlapang dada melayan kerenah anak-anak yang penuh warna warni. Sabar dan ikhlas akan menukarkan mood kita daripada negetif kepada positif dan menyeronokkan. In Shaa Allah. kita pun masa kecil juga penuh dengan warna -warni :)

Hakikat travel/outstation sangat memenatkan, walaupun nampak best syiok habis berguling-guling dalam flight ,kalau travel dengan kereta lagilah penatkan..

jom kita tengok apa akak ini buat jika badan penat lepas balik dari travel jom...
Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.


Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah!


BERITA BAIK : 

berita baik untuk kita ibu bapa yang selalu penat kerana travel yang macam video di atas, boleh onkan vitamin shaklee seperti yang di cadangkan untuk badan kembali bertenaga dan tidak lesu. 

Berita baik untuk ibu bapa yang sedang mencari vitamin untuk anak-anak, saya cadangan SET KANAK-KANAK SHAKLEE yang sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari usia 12 bulan :) anak saya juga pengemar Meal Shake :) 

Untuk Ketahui Lebih Lanjut Boleh ke : VITAMIN UNTUK ANAK 


Mungkin Anda juga meminati :- 
10 Tips permulaan mengajar Anak
Tips Merawat Demam Anak Secara Alami
Anak Bijak Cerdik
10 Kaedah Mudah Untuk Anak lebih Jenius

                                                      


CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa

hubungi saya dapatkan yang terbaik :)

1 comment:

  1. ye la first air kit amat penting walau bercuti di dalam atau luar negara.

    ReplyDelete