Sunday, 26 April 2015

5 Cara Mengenal Pasti Susu Formula Yang Tidak sesuai Pada Anak

Assalamualaikum semua , Alhamdulillah setiap ibubapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak dari segi ilmiah sehinggalah kesihatan tubuh badan dan pemakanan. sebagaimana kita sedia maklum, di luar sana terlampau banyak jenama dan jenis-jenis susu formula, kadang-kadang kita pun akan jadi pening mahu membuat pilihan yang mana satu untuk memenuhi keperluan anak kita. 

pasti kita tertanyakan , susu apa yang paling terbaik untuk anak-anak kita? Jawapanya susu yang terbaik adalah susu ibu , yang penuh dengan khasiat untuk seluruh keperluan untuk anak kita, seperti wanita di dalam video dibawah ini, dia berusaha sedaya upaya untuk dapatkan terbaik untuk anaknya yang pramatang , saksikan :- 


Ya, Saya Faham , tidak semua ibu berpeluang untuk menyusu anaknya sehingga 2 tahun setengah, sekurang-kurangnya kita cuba untuk selama mungkin yang boleh, itu pun sudah syukur Alahmdulillah.

Mengikut pembacaan saya , ada 4 jenis susu yang berada di pasaran iaitu :- 
  1. Susu formula yang berasaskan susu lembu
  2. Susu formula yang berasaskan Soya
  3. Susu formula yang berasaskan protien dihidrolisis.
  4. Susu formula yang berasaskan Susu kambing

 1) Susu formula yang berasaskan susu lembu

Kebanyakan susu bayi adalah yang berasaskan susu lembu.Susu ini telah diubah suai dengan teliti supaya menyerupai susu ibu.Ubahsuai bagaimana? susu lembu ini di ubah suai untuk menyesuaikan tahap keperluan bayi setiap peringkat umur termasuklah tahap kesesuaian karbohidrat ,protien , lemak , vitamin serta mineral.

2) Susu formula yang berasaskan Soya

Susu Berasaskan soya ini diperbuat daripada kacang soya dan diubah dengan penambahan mineral, vitamin dan nutrien untuk pastikan ia sesuai untuk dijadikan susu formula. kebanyakan jika anak yang alah pada susu lembu , doktor akan sarankan ambil susu yang berasaskan soya.

3) Susu formula yang berasaskan protien dihidrolisis.

Susu berasaskan protien dihidrolisis ini sebenarnya berasal dari susu lembu juga cuma bezanya , protien dalam susu ini telah dihidrolisis dan secara amnya bebas laktosa. Susu jenis ini di cipta khas untuk bayi-bayi yang alami alahan pada susu lembu biasa.

4)Susu Formula yang berasaskan Susu Kambing

Terbaru saya kira, susu yang berasaskan susu kambing ini telah diperkenalkan. Ia di proses dengan teliti untuk menyesuaikan untuk dijadikan susu yag sesuai diambil oleh bayi.Saya pernah terbaca, susu yang ke dua terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing.

Susu formula ini telah disediakan mengikut peringkat umur untuk tumbesaran yang sejajar dengan usia anak-anak kita.



Berbalik kita pada entri kali ini mengenai cara kenal pasti tindak balas anak-anak bila susu yang diberi tidak sesuai. 

  1.  Selepas kita berikan susu formula, badan anak kita ada tak keluar kemerah-merah (rashes) ?, Ada sesetengahnya terjadi sesak nafas , bibir jadi bengkak.
  2. Perhatikan juga najis anak-anak kita , adakah anak kita sembelit teruk sehingga najisnya keras dan kental. ataupun najis anak kita lembut.selain itu perhatikan juga color najis anak kita samaada kecoklatan atau kehijauan dan adakah anak kita alami cirit-birit?
  3. Adakah anak kita alami muntah-muntah selepas minum susu tersebut?
  4. Adakah anak kita sering tidak sihat dan batuk yang sukar baik?
  5. Akhir sekali, anak kita memang tak langsung minum susu tersebut.
Jika Anak saya alami alahan ini, apa yang perlu saya lakukan ?
  1. Jika tindak balas anak kita semakin teruk, disarankan dapatkan nasihat doktor
  2. Tukar jenama susu
Tips memilih dan membeli susu formula yang baik untuk anak-anak :- 
  1. Pilih susu yang mengandungi Zat besi , Zat besi amat penting untuk pembentukan hemoglobin dimana ia membawa oksigen keseluruh tubuh termasuk otak , selain inginkan anak yang sentiasa bertenaga.
  2. Semasa ingin membeli susu formula ,perhatikan label kandungan yang ada,pastikan susu yang dipilih mempunyai gizi dan nutrisi yang lengkap, tidak kira susu itu mahal atau pun murah. saya terbaca di satu blog " Susu mahal tidak semestinya lengkap dengan nutrisi" jadi tidak rugi kita baca kandungan susu tersebut.
  3. Untuk mengelakkan pencernaan anak bermasalah, kita perlu pastikan susu yang dibeli mengikut peringkat umur anak kita, perhatikan di pembungkusan atau kotak susu pasti ada tertera susu ini untuk umur berapa.
  4. Perhatikan bilakah tarikh pembungkusan susu dan tarikh luput susu.
  5. Pilihlah bungkusan, tin atau kotak susu yang kita lihat bagus, tidak kemek , tidak bocor dan tidak tekoyak. ini untuk memastikan keadaan susu didalamnya terselamat daripada tercemar.
  6. Untuk elakkan pembaziran, beli yang kecil dahulu.
Akhirkata , semoga kita memilih yang terbaik untuk anak-anak kita demi tumbesaran, kesihatan yang bagus tidak kira usia.In Shaa Allah. 

Wallahualam.


                                          CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : Ikhtiarsihat
FACEBOOK : Aizah Azlem



Kawasan COD 

Bandar Seri Putra - Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang 



3 comments:

  1. nice info.. =)

    www.suplemenmakdara.com

    ReplyDelete
  2. Nice sharing aizah. Anak sy minum susu jenis ke 3. Protein dihidrolisis sbb allergik dgn protein lembu.
    www.caknavitamin.com

    ReplyDelete