Wednesday, 22 April 2015

6 Kesilapan Ketika Membancuh Susu Formula yang Wajib Kita Tahu

6 Kesilapan Ketika Membancuh Susu Formula yang Wajib Kita Tahu.

Assalamualaikum semua terima kasih kerana berkunjung ke butik sihat comel.

Mengenai penyediaan susu formula sebenarnya tidak boleh dipandang remeh kerana jika tersalah langkah mungkin nutrisi-nutrisi yang terkandung didalam susu akan hilang. Jadi seperti sia-sia sahaja kalau kita beli susu yang mahal tetapi langkah penyediaan pula kita salah. jadi penting tau cara penyediaan ini. 





Daripada survey dari rakan-rakan terdekat saya, ramai yang lakukan langkah-langkah ini :- 

1) letak susu yang telah di sukat ke dalam botol susu
2) Tuangkan air panas 
3) Goncangkan sampai sebati
4) Baru letak air masak
5) Goncang sehingga sebati lagi
6) Rasa suhu sebelum diberi minum.

Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!.Kenapa ? 

1) Air panas yang baru lepas di masak dan suhunya atas 70 celcius tidak boleh dituangkan dahulu, ini kerana akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu anak-anak kita.
2) Air yang terlampau panas akan bertindak balas dengan botol susu anak kita, jika botol bukan free BPA lagi merisaukan kerana takut pengewapan akan membebaskan bahan kimia ( material botol susu) itu.

Sebelum ini, saya juga tidak tahu mengenai ini sehingga saya terbaca di facebook mengenai pertanyaan penyediaan susu formula. Jadi sama-samalah kita amalkan penyediaan susu formula anak-anak kita dengan betul supaya nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok. 

Langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja :-

 
1) Tuangkan Air panas yang telah di sejukan ke suhu 70c ke dalam botol susu.

2) Langkah di atas boleh digantikan dengan cara, Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak. Lepas itu baru tuangkan  sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu 70C
     **Contoh sukatan : 4 oz air masak , 1 oz air panas untuk susu 5oz **

3) Tambahkan susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan               menggunakan sudu yang dibekalkan.

4) Tutup botol. dan goncangkan sehingga larut dan sebati.

5) Uji suhu dengan menunggangkan botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.


Ada Kaedah lain ? ada lagi satu kaedah yang betul boleh kita lakukan tetapi banyak step sikitlah :) ini di ambil dari Gov website .




 Note 1 : Mungkin masih ada cara-cara lain untuk membancuh susu yang betul , tetapi tujuannya adalah sama untuk pastikan susu tidak kehilangan nutrien.

Note 2 :Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave)
untuk menyediakan atau memanas semula susu. Pemanasan ketuhar
gelombang mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan 'titik panas’ (hot
spots) di dalam susu. Keadaan ini akan menyebabkan mulut bayi melecur

- artikel saya ni pernah di siarkan ke sinar harian online -

Jom Saksikan Pengalaman menyusu anak pramatang memang menguji kesabaran & kekuatan mental. Namun, itu bukan alasan untuk gagal. Saksikan apa yg membantu beliau hingga berjaya?
 



Boleh juga refer di sini :-
http://www.babycenter.com.my/a1044961/maklumat-asas-tentang-penyusuan-botol

Infographic cara bancuh susu





















10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam tumpang tanya. Berkenaan air yg terlampau panas akan bertindak balas dengan botol air, adakah ianya merujuk pada botol bpa free juga? Jadi macamana pula dengan kaedah steril yang kita guna (wap atau rebus), adakah akan bertindak balas juga sebab steril tu melibatkan suhu tinggi dan panas juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Nahdiya , Untuk cara Steril boleh rujuk ke artikel saya di

      http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/02/pentingnya-tahu-jangka-hayat-botol-susu.html

      Semoga membantu sis :)

      Terima kasih kunjungi dan baca di blog saya , dijemput datang dan baca info2 di sini lagi .

      Delete
  3. Saya dah lama praktikkan cara ni untuk bancuh susu baby. Tapi ramai yg mempertikaikan cara yg saya amalkan. Org skg mmg susah nak educate, lebih2 lagi jns yg mls membaca 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu luna , lagi jika teknik yang salah ni dah dipraktikkan sejak turun temurun .

      Delete
  4. Alhamdulillah..mmg dari awal dh guna cara yang betul..tq jah tuk informasi yg berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih datang berkunjung .. Alhamdulillah :)

      Delete
  5. Aizah. Tahniah dapat bagi info terbaik tentang penyediaan susu. Lamam web pun cantik dan kemas.

    ReplyDelete
  6. Lg senang ade penapis air coway, ade 4 suhu, design khas utk memudahkan buat susu baby, murah, jimat, cepat, utk pemasangan call 01111888486, erfan

    ReplyDelete