Tuesday, 21 April 2015

8 Cara Berkesan Mangatasi Anak Yang selalu Bertengkar

8 Cara Berkesan Mangatasi Anak Yang selalu Bertengkar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca butik sihat comel. 

Entri kita hari ini mengenai anak-anak yang selalu bertengkar dan tidak kiralah berapa usianya.Memang susah nak cari yang memang 100% tidak bertengkar kan ? tetapi kita sebagai ibu bapa boleh mengawal pertengkaran anak-anak kita sebelum lebih melarat atau lebih teruk.

Daripada survey saya, zaman sekarang ini anak-anak sering bertengkar sesama mereka untuk main gadget tidak kiralah gadget ibubapa atau memang khas untuk anak-anak. 
 saksikan video ini tips uruskan anak-anak.
 

 Kita sebagai ibu bapa kadang-kadang ada juga rasa stress kan bila anak-anak asyik bertengkar walaupun perkara yang remeh.Dalam keadaan kita yang stress tu kalau boleh jangan ikut menengking marah-marah anak seperti mahu bergaduh juga.Apabila dalam keadaan ini , kita di sarankan supaya menarik nafas, hembus dan beristigfar supaya kita tenang untuk mengawal pertengkaran anak-anak supaya nanti tidak berlaku perkara yang tidak di ingini.




8 Cara yang boleh kita praktiskan untuk atasi anak-anak ini ialah :-


Atasi Anak Bertengkar :: 1

Jauhkan sementara untuk sementara waktu,supaya anak-anak boleh tenangkan diri masing-masing.

Atasi Anak Bertengkar :: 2

Cuba pujuk dan cakap elok-elok dengan anak-anak supaya hentikan pertengkaran,hentikan kemarahan.Berikan peluang masing-masing bercerita dari mula apa yang berlaku, dengar luahan mereka tetapi jangan terus menyalahkan diantara mereka tetapi berikan dahulu nasihat dan cara penyelesaian.

Atasi Anak Bertengkar :: 3

Buat peraturan dirumah dan pastikan mereka patuhinya. Contoh yang salah tidak boleh menonton upin ipin . haa gitu. Seterusnya jangan lupa berikan pujian bagi anak yang patuhi peraturan itu.anak-anak kecil sebenarnya suka di puji :). 

Atasi Anak Bertengkar :: 4

Ibu bapa jangan terlalu membandingkan di antara mereka.cara ini kebanyakkannya akan memburuk lagi keadaan,takut anak-anak akan iri hati.seperti contoh : kenapa kamu ni adik? nakal, cuba jadi macam kakak baik je tak macam kamu ! ... erhmmm

Atasi Anak Bertengkar ::5

Elakkan menyamaratakan hak anak-anak. boleh praktiskan anak-anak menghormati yang lebih tua. contohnya adik perlu hormati kakak. jadi kalau ingin menyeleraikan pertengkaran, ingin anak-anak meluahkan apa terjadi biar luahan itu ikut turn ,dahului dengan kakak.seterusnya bila semua dah ok, adik perlu sama juga dengna kakak.

Atasi Anak Bertengkar ::6

Berikan hak anak secara tepat.jangan terlebih anak yang itu atau yang ini.sebagai contoh ini yang kakak dan ini yang adik.terangkan baik-baik pada anak-anak.jika anak-anak ingin meminjam sesuatu dari anak yang lain, boleh kita ajar anak-anak memberitahu dahulu sebelum meminjamnya. jika kita belikan sesuatu pastikan kita beli untuk kesemua anak-anak. contoh belikan belon untuk si adik.si kakaknya jangan dilupa.

Atasi Anak Bertengkar ::7

Berikan lebih perhatian pada anak-anak,kadang-kadang isu ini salah satu punca kenapa anak-anak sering bergaduh.sudah stress ibu bapa tiada masa untuk mereka,bila hanya perkara remeh terjadi pun akan jadi seperti masalah yang besar.ibu bapa boleh memberikan ruang pada anak-anak untuk bercerita dan lakukan aktiviti bersama-sama.cara ini juga boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.


Atasi Anak Bertengkar ::8

jika anak-anak bertengkar melibatkan senjata atau mencederakan fizikal, kita perlu memujuk anak secara psikology dan bukan lagi memarahi mereka. kita juga boleh zikir ya fattah untuk melebutkan hati anak.

semoga Membantukita kearah ibu bapa lebih cemerlang,




0 comments:

Post a Comment