Saturday, 11 April 2015

Jawapan Kepada Dakwaan Minuman Probiotik Penyebab Kanser

Jawapan Kepada Dakwaan Minuman Probiotik Penyebab Kanser.

Assalamualaikum semua, Baru-baru ini gempar kita disebarkan dengan berita yang menyatakan Minuman Probiotik Penyebab Kanser.Setakat mana kebenarannya?

kupasan-kupasan yang akan saya jelaskan disini bukan memandai saya ye. Kupasan ini saya ambil dari blog Dr zubaidi sebagai rujukan .

sebelum kita mengupas lebih lanjut mengenai isu tersebar ini . Daripada survey saya di facebook, selain daripada minuman ini segabai minuman harian , ada juga ibu bapa berikan kerana ia membantu anak-anak kita elak sembelit dan melegakan perut.

Seperti ibu ini, yang anaknya sembelit teruk sehingga terpaksa seluk tangan. saksikan video ini :-

Ok, Berbalik pada  isu panas kita , 

Mungkin ada lagi yang masih tidak tahu apakah mesej yang tersebar itu. saya sertakan di sini yea. 

" Ibu2 tlg la jgn bg ank2 minum vitagen, solivite n segala jnis yogurt.
Info dr seorg ibu yg kehilangan anaknya akibat kanser.
Bakteria idup tu mengaktifkan sel kanser.
Dr yg rawat aruah anak dia bgtau.
Minuman tu sume ada bakteria hidup yg boleh mgaktifkn sel kanser
Bakteria baik yg berlebihan tula penyebab aktifnya sel kanser
Doc yg bgtau siap merayu supaya kami jgn bg ank2 minum...
Tp pesakit kanser xbole makan or minum bakteria hidup. "

copy dr ibu yg kematian anaknya akibat kanser darah.

Masa doc pakar ambik sampel air sum2 arwah,mmg byk bakteria drpd vitagen, yakult dan sebagainya yg hidup dlm sel darah dia.




Dan ini adalah jawapan daripada Dr Zubaidi :- 
http://drzubaidi.com/blog/dakwaan-menuman-probiotik-boleh-menyebabkan-kanser/
"
Saya berpendapat ia adalah satu dakwaan tidak munasabah kerana tidak diberikan bukti. Lebih elok dakwaan seperti ini disertakan dengan nama doktor dan hospital mana dia bekerja agar penjelasan yang lebih baik dapat diperolehi dari doktor tersebut.

Ada beberapa kemusykilan dakwaan ini.
Nama doktor yang dikatakan mengucapkan dakwaan ini tidak diberitahu. Mungkin ada salah faham antara pembawa berita dan doktor. Mungkin doctor mengatakan minuman itu tidak sesuai untuk beberapa pesakit.
Kuman probiotik yang digunakan dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi individu yang sihat, termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.
Ini termasuk : 

1. Pesakit HIV / AIDS
2. Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan.
3. Pesakit diabetes
4. Pesakit kanser dan pesakit yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
5. Pesakit yang mengalami penyakit ginjal dan pesakit yang menjalani rawatan dialysis
6. Pesakit yang mengalami penyakit autoimmune seperti SLE
7. Pesakit yang mendapat rawatan steroid
8. Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.

Saya bimbang apa yang dikatakan doktor ialah pesakit kanser tidak boleh meminum minuman itu dan bukannya minuman itu menyebabkan kanser. "

Jadi, tidak semua yang tidak boleh minum air Probatik ini kan. Jadi kita boleh je minum air ini kalau tidak tergolong dalam list-list kat atas tu :) 

Akhirkata, jagalah kesihatan kita , kerana diri kita amat berharga.
  CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel   FACEBOOK : Aizah Azlem
- See more at: http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/02/cara-atasi-kembung-perut-bayi-supaya.html#sthash.O131X0WJ.dpuf



0 comments:

Post a Comment