Saturday, 4 April 2015

Kenali Punca Sengugut dan Risiko Terhadap Kesuburan

Jangan pandang ringan senggugut atau sakit ketika haid, sama ada masih gadis atau wanita sudah kahwin. Jika sudah kahwin pun masih lagi ada senggugut , ini mungkin menandakan adanya penyakit endometriosis.

Tidak semua senggugut pada gadis atau wanita belum kahwin dikaitkan dengan penyakit, malah kebanyakkan disebabkan oleh kuncupan rahim yang kuat akibat pintu rahim sempit dan lepas kahwin senggugut jenis ini akan hilang. Oleh itu penting kita Kenali Punca Sengugut dan Risiko Terhadap Kesuburan.

Seperti wanita dalam video ini, sengugutnya amat kronik sampai rasa nak patah pinggang.Tapi dia berjaya lawan sakit sengugut teruk tu tanpa pill killer. wajib saksikan video ini kerana diselitkan tips semasa hadapi senggugut teruk.

 
Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK



Apakata Pakar ?

Pesakit ini telah kahwin lebih tiga tahun tapi tidak pernah hamil. setiap bulan akan mengalami senggugut teruk. Gambar dari teropong laparoscopy , rahim didepan dan usus dikelakang dan kelihatan ovary berwarna puteh dan didalam nya ada endometriotic cyst. Pada dinding rahim pula ada tumbuhan fibroid.

Penyakit endometriosis merosakan organ2 peranakan. dalam pesakit ini ovary rosak, akibat dari reaksi inflammation/radagan, timbul adhesion dan scarring yang bolih melanda kilang ovary dan saluran fallopian dan dinding belakang rahim. Seringkali juga saluran benih/fallopian menjadi tersumbat atau sempit dan ini meyukarkan peroses percantuman benih lelaki dan telor permpuan.

Dalam situasi yang teruk , rahim menjadi rosak dan tumbuhan adenomyosis timbul menyebabkan senggugut yang amat sangat.

Adenomyosis, rahim bengkak macam 3 bulan mengadung. Lihat gambar diatas, saya belah rahim dan kelihatan dinding rahim jadi sangat tebal akaibat adenomyosis.Sesiapa yang mengalami senggugut, sukar hamil atau sering gugur, perlu jumpa pakar sakitpuan utuk pemeriksaan dan scanning. Jika ada retroverted uterus, kemunkinan besar dia ada penyakit endometriosis. Bedah laproscopy adalah sangat penting untuk mengsahkan dan seterusnya merawat penyakit endometriosis, Kedudukan rarahim yg retroverted perlu diperbetulkan waktu laparoscopy , jika ada cyst . ia perlu dibuang, jika saluran sumbat perlu dibetulkan dengan 'tubal repair' dan jika ada adhesion perlu lakukan 'adhesionolysis' semuanya dilakukan sekali gus.

Sesiapa sahja akan kecut perut bila baca keadaan ini, bermula hanya dari sengugut.

Kaitan senggugut dengan kesuburan wanita

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.



BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

- SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA

Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

-SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Contoh-contoh lain adalah :

ENDOMETRIOSIS

Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.

FIBROID

Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.



PELVIK

Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.

'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'

Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.

TANDA-TANDA SENGGUGUT:

- kedatangan haid tidak teratur dan jumlah pusingan hari juga tidak tetap. Adakalanya panjang dan adakalanya pendek.Kadangkala, ia datang sehingga dua kali dalam sebulan.

- sakit tidak menentu apabila tiba masanya kedatngan haid.

- terdapatnya gumpalan di dalam darah yang keluar sebagai darah haid.

- mengalami kesakitan yang teramat dalam tempoh 24 jam pertama.

-kesakitan selalunya berlaku sebelum atau ketika kedatangan haid.

Kadangkala senggugut disertai dengan beberapa gejala iaitu:

-sakit kepala

-rasa loya

-muntah-muntah

-masalah penghadaman seperti cirit-birit atau sembelit.

-mudah pitam atau pengsan.

-simptom pra-haid seperti pembengkakan di bahagian abdomen yang boleh melanjutkan tempoh haid.

-kesakitan yang dialami hanya akan berkurangan selepas dua atau tiga hari.

===========================================================================

Apa yang boleh bantu sengugut kita ?

Sudah tentu jawapannya adalah set sengugut dari shaklee. kerana ia dari semulajadi

bukan ada drug pon , Alhamdulillah ramai yang bagi feedback positif setelah mengambil set sengugut ni.





        


                   In Shaa Allah saya ingin membantu anda boleh sahaja terus hubungi saya di :- 


atau hanya dengan 1 klik sahaja anda telah miliki set resdung ini di link di bawah ini :- 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d538fafd2c832e8cb5d424d68dc7f8af


 Jika pembelian online , sila hubungi saya untuk dapatkan pakej konsultasi dan tips menarik.


CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa


0 comments:

Post a Comment