Sunday, 12 April 2015

Video Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk tangan Untuk Keluarkan Najis.

Assalamualaikum semua ,

Apakabar anak-anak syurga kita ? Semoga sentiasa sihat sentiasa. Pernah tak anak-anak alami sembelit teruk sangat ? anak saya juga pernah .. Ya Allah kesian sangat .

Saksikan Macam Kisah menyayat hati seorang ibu yg anaknya sembelit teruk. Sembelit yg sangat teruk sampai suaminya kena standby nak seluk tangan untuk tolong keluarkan najis.

Simptom anak alami masalah sembelit :-

 Bagi bayi yang berusia kurang dari tiga bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula.

Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.

Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:
  •     meragam, sakit abdomen dan gastrik;
  •     abdomen yang keras;
  •     sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
  •     najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras;
  •     najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.



Kenapakah sembelit berlaku?

Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan; mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.


Cara-cara berikut juga boleh membantu masalah sembelit:

  • Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan  najis di dalam   ususnya. 
  •  Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.


Walaupun sembelit selalunya tidak merbahaya, tetapi ia adalah tanda bagi masalah yang lebih serius, Kanak-kanak perlu berjumpa dengan doktor sekiranya:

* Sembelit berlarutan lebih dari tiga minggu

* Kanak-kanak tidak dapat menjalankan aktiviti seharian

* Terdapat luka atau kesan koyak di kulit sekeliling anus

* Terdapat sebahagian kecil selaput usus keluar dari anus (hemoroid)

* Kanak-kanak perlu meneran lebih dari yang biasa dilakukannya

* Najis yang cair atau lembut keluar dari anus




  CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel   FACEBOOK : Aizah Azlem




0 comments:

Post a Comment