Saturday, 9 May 2015

10 Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang Selepas Bersalin

Assalamualaikum semua , selamat berpantang dari saya .Semoga dalam pantang ini penuh dengan warna warni gembira dan syukur kerana dianugerahi cahaya mata.Jangan stress-stress sangat tau. Semasa berpantang, situasi kita berbeza ada yang berpantang rumah sendiri di sisi suami, ada yang berpantang di kampung, ada yang berpantang rumah mertua dan tak kurang juga berpantang jauh dengan suami.Yang mana satu kategori anda?

Saya kedua-dua kali berpantang di kampung dan berjauhan dengan suami.Apa rasa masa tu? kadang-kadang hari-hari rasa rindu.semoga keadaan ini akan mengeratkan lagi kasih sayang kita . Ibu dan ayah banyak membantu saya ketika berpantang dengan rapi dari pemakanan sehinggalah amalan berpantang yang betul.Alhamdulillah dan happy sangat sebab berat badan pun turun juga. 



Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!

Sebelum meneruskan pembacaan, sudi kiranya baca petikan daripada  Prof. Dr. Rozieta Shaary


   " Semasa isteri di dalam pantang, suami perlu kuat semangat. Ketahuilah semasa ini, isteri sangat memerlukan suaminya untuk menjaganya dengan baik. Bukan sekadar fizikal, ianya termasuklah mental dan emosi. Kalau rasa nak demam pun perlu cari jalan untuk tidak demam.
     
Ada ibu yang boleh meroyan keran sangat keletihan. Maklumlah, rutin bertukar. Tidur malam terganggu, maka bila setiap malam tidak dapat rehat, maka minda senang menjadi terilusi. Itulah mengapa ada ibu yang di dalam pantang, campak bayinya kerana pada pandangan siibu yang terlampau penat pada ketika itu, bayi itu adalah kain buruk. She is not able to think straight. Oleh itu para bapa prihatinlah.
     
Mengapa ini sangat perlu? Kerana bila suami pribatin menjaga isterinya, emosi isteri akan stabil kerana dia merasakan dia amat dikasihi. Ini memberi kestabilan kepada emosi anak dan satu kepercayaan yang sangat penting akan terwujud di dalam diri anak itu ‘AKU DIKASIHI’. Kerana tenaga itu terpancar dari ibu dan meresap ke anak itu pula.

 Anak-anak yang merasai dia dikasihi akan mengasihi dan akan mempunyai ketenangan di dalam emosinya. Ketenangan emosi memberi kekuatan EQ dan SQ. Dan ini sangat penting untuk kejayaan dunia dan akhirat."



1.     Suami perlu bangun awal pagi sebelum isteri bangun , kalau boleh lepas subuh 6 pagi tuh usah di sambung tidur.Apa yang perlu buat? sediakan mandian herba untuk si isteri ,Kebiasaannya selama seminggu isteri perlu mandian herba ini tau. Sekarang ni nak senang, saya tengok banyak yang beli siap mandian herba ni.Selepas isteri mandi , tolonglah apa yang perlu seperti pakaikan bengkung untuk isteri , sapukan ubat untuk isteri. Ada seseengah isteri takut nak tengok tempat luka jahitannya.jadi perlu bantuan dari suami.  kalau suami yang berjauhan tu macam mana ? haa telefon la isteri di awal pagi , tanya khabar isteri dan anak-anak.ingat ye, dapat call dari suami, isteri rasa lebih bersemangat.


2.        Sediakan makanan / sarapan untuk isteri, rasa pula air tangan suami penuh berkat.kalau suami saya tidak pandai memasak macam mana? sarapan pagi cukup sekadar milo panas dan roti bakar pun isteri dah rasa dihargai tau. Untuk masakan dalam pantang yang lain pula , senang sahaja , ikan bakar , sayur sawi masak air pun boleh. nak yang sedap boleh tengok kat sini resepi dalam pantang. Makanan dalam pantang kene jaga sebab mahukan jahitan cepat sembuh, dalaman pun cepat sembuh dan untuk kepentingan susu ibu.

3.      Belajar mandikan bayi kita , ada sesetengah suami takut , risau nak mandikan bayi sebab kurang mahir. tapi kalau belajar pasti akan jadi mahir kan. kebiasaanya, bayi dimamdikan dengan air suam untuk elakan hyporthemia. jika masih tidak yakin , sekurang-kurangnya bantukah isteri untuk sediakan air mandian dan keperluan bayi ,Sabun , syampu. baju, pampers , kain lampin , barut.bedak, minyak telon dah tersedia ditepi . waa sweetnya. pasti isteri kita rasa terharu dan happy . Bayi pun dapat rasa kasih sayang ayah.



4.     Sediakan juga keperluan lain untuk isteri, bakul baju kotor, vitamin-vitamin, jamu, air, tungku.Kadang-kadang ini dipandang remeh tapi tak salah jika kita bantu untuk sediakan.

5.    layani anak-anak yang lain , ini sekiranya kelahiran ini bukan yang pertama.Jangan hanya biarkan anak-anak tak terjaga.Ada yang garu kepala, apa nak buat? haa... suami boleh bantu mandikan, siapkan makanan, jaga anak-anak.dengan cara ini, isteri pon kurang stress.



 6.    Berada di rumah, holdkan dahulu ingin minum-minum kopi di kedai mamak dengan kawan-kawan.Bantulah isteri,berada berhampiran isteri supaya senang jika isteri inginkan bantuan.

7.     Pastikan disekitar bayi dan isteri bersih dan kemas.Bantu isteri membasuh pakaian kotor, sekarang ni senang dah kan sebab ada mesin basuh.Selepas tu tolong juga sidaikan dan angkat dari ampaian.

8.    Sungguhpun suami rasa terlampau penat , jangan ditunjukan dan mengeluh di hadapan isteri buat sementara waktu ini, cara ini untuk mengelakan isteri rasa stress, elakkan terjadinya kemurungan dan paling takut terjadinya meroyan. Jadi tunjuklah rasa semangat di hadapan isteri. 

9.   Jika suami berjauhan dengan isteri ketika berpantang, telefon lah isteri sentiasa dan setiap hari untuk tanyakan khabar , ajak bersembang perkembangan setiap hari . bagi kata-kata semangat untuk isteri. elakkan isteri rasa stress waktu berpantang ini. boleh juga setiap minggu atau sebulan 2 kali pulang menjenguk isteri dan anak. Please jangan abaikan perasaan isteri ketika ini. walaupun berjauhan, fikirlah isteri selalu dekat dengan kita.sekarang ni dah cangih , boleh video call, whassap , voice call, facebook dan sebagainya yang boleh kita gunakan untuk berhubung setiap masa.kami isteri amat perlukan sokongan dan kasih sayang suami.

10. Belikan set bersalin yang lengkap untuk isteri.set bersalin ini amat penting untuk memulihkan luka-luka luaran dan dalam isteri , selain itu menstabilkan emosi isteri.Terfikir nak beli yang macam mana ? nak semua lengkap untuk dalaman dan luaran ? Jawapannya adalah vitamin , SET BERPANTANG SHAKLEE . yang dicadangkan kerana merangkumi semua aspek , memulihkan luka dalaman dan luaran. Pemilihan ini pasti membuatkan isteri rasa terharu dan gembira. hadiahkan pada isteri SET BERPANTANG SHAKLEE ini . Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Masih tertanya-tanya? perlukah lakukan semua ini ? tak nampak seperti memanjakan ?. 
wahai suami, penjagaan rapi ini hanya untuk tempoh berpantang, kenapa ?  kerana wanita yang selepas bersalin perlukan penjagaan rapi seluruh tubuh badan. yang amat penting ialah rahim.isteri tidak boleh membuat kerja-kerja yang berat untuk mengelakkan rahim / peranakan jatuh.bahaya tau peranakan jatuh ni. selain itu elak juga jahitan bersalin tidak kira czer ataupun normal terbuka kembali.Ketahuilah isteri, amat perlu masa untuk pulihkan badan sepenuhnya. mesti pernah dengar, bersalin banyak urat-urat putus. haa dari sini pun kita dah tau perlunya penjagaan rapi.Emosi isteri juga perlu di jaga, untuk mengelakan terlampau stress dan risau berlarutan sehingga meroyan.Isteri sudah hamilkan zuriat selama 9 bulan 10 hari.dengan pelbagai ujian . In Shaa Allah, Allah hadiah dengan pahala. dengan cara ini juga dapat tambahkan lagi cinta suami isteri.

                                                     Set Berpantang Shaklee 



Selamat bersalin dan berpantang semua .. 

                                     CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem



Kawasan COD 


Bandar Seri Putra - Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang



0 comments:

Post a Comment