Wednesday, 27 May 2015

Resepi Aiskrim Pasu Yang Sangat Mudah Dan Pasti Sedap

Assalamualaikum semua, Aiskrim pasu memang trend sekarang ni kan , biasanya kita beli jekan.apa kata kali ini kita belajar buat sendiri pula. Jom kita tengok macam mana nak buat ni .


Resepi Untuk Aiskrim :- 

1 tin susu cair
4 sdb gula kaster
4 sdb susu pekat
1-2sdt esen vanilla
1 sdb ovelet
Pewarna Pilihan

Mix semua hingga gebu. Warnakan ikut suka. Bekukan.

Boleh juga saksikan sendiri resepi ini di youtube :- 




RESEPI CARA 1 BUAT AISKRIM PASU

Bahan-bahan:
Beberapa biji pasu kecil - saya guna mangkuk tembikar
Aiskrim secukupnya - perisa ikut citarasa sendiri
kek cawan atau kek span biasa yang di potong mengikut saiz dasar pasu
1 bungkus kecil biskut oreo - di buang inti dan hancurkan
straw minuman secukupnya
Daun pudina - boleh gantikan dengan bunga plastik (steril terlebih dahulu)

Cara membuat:
1. Masukkan kek cawan kedalam pasu dan tekan ke dasarnya.
2. Cucuk straw di tengah-tengah kek sebagai tempat untuk meletak bunga nanti.
3. Sudukan aiskrim perisa kegemaran keatas kek.
4. Taburkan pula serbuk oreo ke atas aiskrim dan ratakan.
5. Seterusnya letakkan daun pudina atau bunga (saya gunakan bunga plastik) ke dalam lubang straw dan hidangkan.

CARA 2 BUAT AISKRIM PASU

BAHAN -BAHAN :
    pasu kecil
    aiskrim-sukahati perisa apa
    biskut oreo
    biskut oreo yg dah dikisar

CARA-CARANYA :
    Letak biskut oreo pda dasar pasu.
    Isikan aiskrim hingga penuh.
    Taburkan biskut oreo kisar.
    Hiasan diatas tu terpulang kretiviti sendiri.


Kredit Resepi Aiskrim :
2) Resepi Kredit to Rossa Call 
3) Picture Asal :: Citarasawan

Jom Cuba tunggu apa lagi :) 

0 comments:

Post a Comment