Tuesday, 19 May 2015

Tips Mendidik Anak Perempuan Supaya Menjadi ......

Assalamualaikum semua , Alhamdulillah kali tips yang saya rasa tersangat ambil berat dalam keadaan zaman yang serba moden ini. Bagaimana cara mendidik anak menjadi soleh dan solehah.
Saya kira , setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita tidak kira lelaki mahupun perempuan bukan? 

Akhir zaman sangat mencabar dan kita sebagai ibu bapa perlu kesabaran yang tinggi untuk membentuk anak-anak menjadi insan berkualiti dari segi Agama , pendidikan dan sebgainya. 

Kenapa saya tekankan Anak perempuan ? tiadapun isu berat sebelah sebenarnya.Anak perempuan dan lelaki sama-sama mencabarkan. 







Apa Kelebihan Menjaga Anak perempuan ni ? 


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan."

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya,
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


Tips didikan macam mana nak jadikan anak-anak kita jadi solehah ? 

Tips Didik anak perempuan untuk menjadi ... 

1. Dai’eyah (داعية)
Berusaha untuk menghidupkan usaha dakwah Nabi saw, dengan tujuan untuk memperbaiki diri kepada iman yang sahih, dan amal yang mengikut sunnah Rasulullah saw. Dan dalam masa yg sama, menggalakkan suami & mahramnya utk memperbaiki diri mereka juga dgn membuat pengorbanan diri, harta dan masanya, untuk berjumpa dgn umat di serata alam. kalau pergi ke masjid atau surau dah Alhamdulillah.
2. A’limah (عالمة)
Fasih dalam ilmu pengetahuan agama, mengetahui selok belok ilmu masaiel (hukum ahkam agama) dan fadhaiel (kelebihan amalan agama), dan berusaha untuk menghidupkan majlis taa’lim di dalam rumahtangganya dan untuk wanita & anak-anak di kawasan kejiranannya. untuk hidupkan majlis taa`lim memang bagus, selain untuk tingkatkan pengetahuan agama , dapat juga mengeratkan silaturahim kekeluargaan kita . Ada pendapat kata, buat dahulu taalim dirumah , perbaiki dahulu daru rumah kita. 
3. A’bidah (عابدة)
Melapangkan masa hariannya, untuk beribadah kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, doa-doa, dan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Dan yang paling penting, dia menjaga solatnya supaya ditunaikan di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat (terutama tahajud) dan menggalakkan mahramnya untuk solat berjemaah di masjid.ini kita perlu juga perubahan dalam diri kita ibu bapa, bila anak-anak lihat kita selalu berzikir, pergi ke masjid , In Shaa Allah anak lihat kebaikan dan mudah-mudahan terkesan dan mengamalkan juga. tapi zaman sekarang gadjet sepanjang masa, itu yang amat merunsingkan tu.. jom sama-sama berubah dan kurangkan bersama gadjet.
4. Khodimah (خادمة)
Mahir dan suka berkhidmat untuk suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan masyarakat. Pandai memasak, menjahit, mengemas rumah, mengurus anak-anak dll. Sifat ini akan mendekatkan seseorang dengan Allah serta menjadikan anak kita lebih tawaddhu’ dan taat.
5. Murobbiyah (مربية)
Menjadi pendidik buat anak-anaknya, kerana sekolah yang pertama buat anak-anak ialah ibunya. Mendidik anak-anak nya dengan cara sunnah, dan menjadikan Rasulullah saw & sahabat-sahabat r.ahum sebagai idola kejayaan mereka. Kerana matlamat kejayaan yg dikehendaki olehnya adalah matlamat kejayaan di sisi Allah iaitu, taat perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw
InsyaAllah, semoga Allah swt kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkannya dan menyampaikan pada orang lain.

Rujukan Tips Di Atas daripada : https://anakkusoleh.wordpress.com/

Tips Pemakanan

Pemakanan juga amat penting untuk anak-anak kita supaya tumbesaran berjalan dengan bagus setiap peringkat umur. 

Pemakanan bagaimana yang di galakan untuk anak-anak ? 

Diantaranya ialah :- 

1) Madu - Saya kira, ramai yang sudah maklum bahawa madu amat bagus untuk kesihatan kita.Selain untuk kesihatan ,madu juga amat bagus untuk otak . Di Dalam Al-quran juga ada tertulis , madu ini adalah "syifa" iaitu penyembuh. di sarankan makan 2 sudu sehari , pagi dan malam. 

2) Kismis - Kismis pon bagus sangat kita amalkan bagi anak-anak makan, malah sejak dalam kandungan pun amat disarankan ambil kismis. Kismis ini mempunya zat besi, dimana membantu membina darah bagi pastikan oksigen yang cukup untuk disalurkan pada Otak.

3) Susu Segar - Susu amat berguna untuk kesihatan otak anak-anak.menguatkan ingatan selain membekalkan tenaga fizikal dan mental. Susu segar apa yang terbaik ? Mestilah ranking pertama susu ibu. seterusnya susu kambing setelah itu susu biri-biri dan susu lembu.

4) Buah Delima - Buah delima ini amat bagus sebagai penerang hati. Sabda Rasulullah " Sesiapa makan sebiji buah delima keseluruhannya, Sesunguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari" . ketika ibu hamil juga amat di sarankan makan buah delima. 

5) Vitamin yang bermanfaat untuk anak-anak kita dari kesihatan badan sehingga kesihatan minda. vitamin apa yang bagus untuk anak-anak kita ? JAWAPANNYA , vitamin Shaklee amat membantu imunisasi anak-anak kita. In Shaa Allah . Alhamdulillah anak saya juga pengamal vitamin shaklee . iaitu meal shake dan vitamin C untuk kanak-kanak :) . 

Bukan pemakanan harian sahaja yang perlu kita titik beratkan malah vitamin untuk tumbesaran juga amat penting untuk membantu anak-anak sentiasa dilindungi. Sekarang ini berbagai-bagai virus dan masalah kesihatan muncul . Amat penting kita bersedia lebih awal memberi vitamin-vitamin untuk anak-anak kita. Semoga anak-anak kita membesar dengan sihat bagaikan juara. 

Jadi vitamin shaklee yang mana sesuai untuk anak saya ? ini dia :- 


SHAKLEE OmegaGuard

SHAKLEE OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA,dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan otak dan fungsi2 otak.
Pemakanan yang berzat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang.

SHAKLEE Meal Shake

Dengan kehidupan aktif anak-anak, mereka kurang mempunyai masa untuk duduk dan menikmati makan dengan sempurna. Oleh yang demikian Shaklee Meal Shake merupakan initiatif yang bagus dalam memastikan kita dapat membekalkan nutrient dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak-anak kita. Shaklee Meal Shake ini, membekalkan 19 nutrient dan mineral penting yang perlu untuk tumbesaran anak-anak. Selain itu Shaklee Meal Shake ini juga merupakan sumber Kalsium yang tinggi dan diperbuat dari soya bermutu tinggi untuk menampung keperluan protein anak-anak. Di datangkan dalam perisa vanilla yang sangat lazat.   

                                           CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem



Kawasan COD 


Bandar Seri Putra - Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang 

0 comments:

Post a Comment