Tuesday, 30 June 2015

5 Panduan Penting Ketika Membawa Anak Ke Taman Permainan

Assalamualaikum semua . Jika zaman dahulu dan di kampung kita semasa kecil sentiasa bermain di sekitar kampung , main game petak , main maraton, ada yang memanjat pokok-pokok , main getah  dan sebagainya. Hari berganti Zaman , kini sudah kurang permainan dahulu di praktikkan, lagi-lagi jika tinggal di bandar . Apa yang boleh kita kenalkan aktiviti fizikal kepada anak-anak hanya di taman permainan, sehingga ada ibubapa membawa anak-anak ke taman permainan pada hari minggu adalah rutin.

Apa pentingnya aktiviti luar ini kepada anak-anak kita ? sebenarnya dengan lakukan aktiviti luar ini salah satunya boleh membantu perkembangan tumbesaran anak-anak. boleh mengenal tekstur-tekstur di luar sana . Bukan hanya bermain gadjet hampir 24 jam .




Bagaimanapun ketika bermain di taman permainan, keselamatan anak adalah yang pertama perlu di ambil berat supaya elakan daripada tercedera, seperti kita sedia maklum, di taman permainan ada terdapat pelbagai permainan dan bentuk contohnya , buaian , papan jongkit , palang bergayut , gelongsor.

Di antara kemalangan yang sering berlaku ketika di taman :-

1) Anak terjatuh atau terlepas daripada gengaman permainan
2) Terhantuk dengan permainan
3) Terluka
4) Tercalar
5) Bergaduh
6) Alami patah tulang

Kita sebagai ibu bapa mestilah tak nak satu toreh pun terkena anak kita kan, jadi apa yang boleh kita cuba elakkan ia terjadi di antaranya :-

1) Perhatikan Anak-anak
Perhatikan tingkah laku anak-anak ketika bermain. pastikan anak-anak bermain dengan baik, tiada adegen-adegen yang tolak menolak, bergaduh dan sebagainya.

2) Peralatan permainan
Pastikan peralatan permainan yang anak kita pilih adalah selamat dan mengikut tahap umur mereka. dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang bagus.

3) Tidak Membawa basikal
Pastikan anak-anak tidak membawa masuk basikal ke kawasan permainan , ini untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

4) Pakaian yang sesuai
Pakaikan anak- anak dengan pakaian yang sesuai untuk beriadah dan beraktiviti luar , untuk elakan baju atau seluar tersangkut di mana-mana permainan dan seterusnya boleh akibatkan terjatuh. di cadangkan pakaikan seluar sukan dan baju tshirt .

5) Perhatikan peralatan
perhatikan peralatan permainan itu dalam keadaan sempurna ,Elakkan jika permainan tersebut tajam, berbucu , bergerigi . jika buaian, pastikan tali buaian itu kukuh.

6) Mandikan
Apabila pulang kerumah , sebelum mandikan anak-anak, pastikan badan anak-anak berada dalam keadaan kurang berpeluh dan panas. perlu di ingatkan , penting mandikan anak-anak selepas bermain di luar ini untuk mengelakan pelbagai jenis penyakit berjangkit. Bila anak sakit , kita pun dah jadi tidak tentu arah memikirkannya.

      Kisah 2 ibu yang dirundum sedih kerana anak2 mereka terlalu kurus & selalu sakit                




                                       CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

0 comments:

Post a Comment