8 Cara Melatih Anak Menjaga Kebersihan Dari Kecil



Assalamualaikum semua , Kebersihan tubuh badan amat perlu dititik beratkan dan tidak mengira usia.Gejala tidak menjaga kebersihan, badan senang akan dijangkiti penyakit dan menganggu kecergasan anak-anak juga. Oleh itu kita sebagai ibu bapa wajib melatih anak-anak menjaga kebersihan badan dan juga persekitaran sejak dari kecil.

Persoalan, kenapa perlu kita didik anak-anak ini dari kecil ? bak kata pepatah " melentur buluh biar dari rebungya" haa , samalah kitakan. Apabila kita mendidik kebersihan anak-anak dari kecil, lama kelamaan ia akan menjadi rutin sehingga dewasa. haa jadi pentingnya kita terapkan dari kecil kan.

Ada sesetengah ibubapa sering menanamkan kata-kata

1)  "alah kecil lagilah, nanti tunggu besar sikit" .
2) " Susahlah nak ajar derang ni, bukan dengar pun"

Jadi langkah pertama, buang jauh-jauh kata-kata itu dan gantikan dengan kata-kata positif

1) "dari kecil nilah perlu ajar"
2) " senang je nak ajar kalau kene pada gayanya"
3) In Shaa Allah , anak-anak kita akan cepat belajar
4) In Shaa Allah anak-anak akan terus menjaga kebersihan

Perlu di ingatkan kata-kata positif daripada ibubapa amat penting untuk membentuk anak-anak yang cemerlang.


Di Antara yang perlu kita latih anak-anak kita sejak kecil ialah :-

1) Mencuci Tangan dan Kaki

  • Latih anak-anak kita sebelum makan wajib membasuh tangan, tidak kira ada nampak kekotoran ataupun tidak. 
  • Selepas makan atau tangan ada kekotoran , wajibkan membasuh gunak sabun yang di sediakan sehingga hilang kekotoran dan di bilas bersih.
  • Wajibkan anak-anak membasuh tangan selepas keluar daripada bilik air ataupun boleh ajarkan selepas membersihkan membuang air kecil, akhir sekali basuh tangan dan juga kaki. 
  • membersihkan kaki ketika mahu tidur .
Kenapa tangan adalah perkara pertama saya senaraikan ? kerana daripada tangan senang kuman disalurkan ke dalam tubuh. 

2) Mandi 
  • Disiplinkan  anak-anak mandi 3 kali sehari , atau paling minimum 2 kali sehari.
  • Seratakan sabun keseluruh badan dan bilasnya dengan bersih 
  • Syampu rambut sekurangkan 2 kali sehari atau paling minimum sekali sehari , ini untuk elakkan daripada jangkitan kutu , berkelemumur.
3) Kuku 
  • Jaga kebersihan kuku tangan dan kaki, ini kerana kuman mudah terkumpul di bahagian kuku. seeloknya rutinkan memotong kuku seminggu sekali atau 2 minggu sekali. 
4) Mulut Dan Gigi
  • Jaga Kebersihan sekitar mulut anak-anak kita. 
  • Rutinkan anak-anak mengosok gigi sekurangnya 3 kali sehari , pagi , tengahari dan sebelum tidur. In Shaa Allah lama-lama anak-anak akan automatik akan lakukan sendiri. 
5) Barang permainan
  • Sediakan kotak atau bekas untuk menyimpan barang permainan anak-anak
  • Latih anak-anak, selepas bermain, wajib simpan ke dalam bekas yang telah di sediakan. 
  • bersihkan tempat bermain jika ada kekotoran. 
6) Ketika Makan
  • Ketika makan memang sukar sikit bagi anak-anak baru hendak belajar makan , makanan berterabur , tumpah adalah perkara sering berlaku, jadi apa yang boleh kita serapkan, bila makanan tumpah cepat-cepat kita tunjukkan perlu lap. Contohnya air tertumpah , lapkan air yang tumpah tu . selepas habis makan , jika ada nasi-nasi yang tumpah latih juga mereka membersihkan meja makan sekali . 
  • Disiplinkan juga anak-anak makan dengan tertib, cara pegang sudu supaya tidak tertumpah , cara makan mengunakan tangan.
7) Sampah 
  • Jika anak-anak ada membuat sampah , minta anak-anak terus membuang ke dalam tongsampah yang di sediakan . contohnya selepas makan gula-gula , plastiknya boleh terus di buang ke dalam tong sampah . 
8) Kawasan Kediaman
  • Pastikan kawasan kediaman yang bersih untuk elakan kuman senang merebak kepada anak-anak kita. 
Seperti kita sedia maklum , sekarang ini bermacam-macam virus atau kuman yang senang boleh berjangkit pada anak-anak kita, ada juga kuman yang serius dan melibatkan nyawa. jadi sama-samalah kita membantu diri kita dan anak-anak menjaga kebersihan untuk hindari penyakit berjangkit ini . 

Selain menjaga kebersihan luaran, kita juga perlu pastikan anak-anak mendapat nutrisi-nutrisi yang baik untuk melawan virus atau kuman-kuman yang ada. nutrisi boleh didapati didalam setiap hidangan makanan yang kita sediakan pada anak-anak mengikut gizi yang seimbang. 

Tetapi , kadang-kadang virus ini juga datangnya daripada kawasan persekitaran contohnya di taska. Jadi kita perlu double bagi nutrisi-nutrisi yang bagus untuk anak-anak kita ini . 

Saksikan video kisah ibu -ibu yang sedih bila anak-anak sering di jangkiti penyakit dan kurus ini..



Ibu mana yang sanggup melihat anak terkulai layu menahan kesakitan , 

ibu mana yang sanggup lihat anak kurus seperti tidak disuakan makanan.
 Jadi usah biarkan anak-anak kita terus di belenggu masalah-masalah ini, bertindak segera dengan memberikan makanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi-nutrisi yang seimbang dan membantu perkembangan anak-anak kita. 
Alhamdulillah saya amalkan Meal Shake dan juga vitamin C untuk anak saya :) . ekzema anak saya juga sudah berkurangan dan selera makannya sudah bertambah. suka hati ibu :) .


    CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem


0 comments:

Post a Comment

PALING LARIS

PALING LARIS

PALING SUKA INI

PALING SUKA INI

FIRST AID DI RUMAH

FIRST AID DI RUMAH

Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra

Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra, Pengedar Shaklee Bukit Mahkota, Pengedar Shaklee Nilai, Pengedar Shaklee Bangi Lama, Pengedar Shaklee Teras Jernang , Pengedar Shaklee Malaysia, Stokis Shaklee

Terima kasih datang lagi

Aizah Azlem. Powered by Blogger.

Google+ Followers

Find Us On Facebook

Pengedar Shaklee Malaysia

Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra, Bangi, Pengedar Shaklee Bukit Mahkota,Bangi, Pengedar Shaklee Impian Putra,Bangi, Pengedar Shaklee Bangi Lama, Pengedar Shaklee Bangi, Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi, Pengedar Shaklee kajang, & Pengedar Shaklee Nilai Impian,Nilai, Pengedar Shaklee Kampung Bahagia, Bangi , Pengedar Shaklee Nilai , Pengedar Shaklee Nilai Impian , Pengedar Shaklee Nilai 3 , Pengedar Shaklee Seksyen 7, Bangi, Pengedar Shaklee Seksyen 2, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 1, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 8, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 3, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 4, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 5, Bangi , Pengedar Shaklee Bangi Avenue . Pengedar Shaklee Banyan Close , Pengedar Shaklee KUIS . Pengedar Shaklee Putra Hills Residency , Pengedar Bangi Desaria Nilai , Pengedar Shaklee bandar Puteri Bangi , Pengedar Shaklee Rinching Hilir Bangi , Pengedar Shaklee Bangi Indah , Pengedar Shaklee Kampung Bangi , Pengedar Shaklee Taman Bangi Villa , Pengedar Shaklee Komuter Bangi , Pengedar Shaklee Kampung Sungai Buah , Pengedar Shaklee Anjung Suasana , Pengedar Shaklee Southville City ,

Contact Form

Name

Email *

Message *

Ad Banner

Ad Banner
Breaking News

300x250 AD TOP

Gallery

Ewy!

http://picasion.com/

Facebook