Saturday, 13 June 2015

Jangan Buang Akar Sayur Yang Boleh Di Tanam , Jom Share

Assalamualaikum semua, Setiap hari atau minggu kita membeli barang basah untuk dimasak kan? termasuklah sayuran. Saya nak tanya, kebiasaanya, akar sayuran tu kita terus buang atau ada yang tanam balik ? sebelum ni saya jenis buang je pun. tapi lepas tengok post ni, haa timbul pula dalam hati,lepas ni nak tanam lah :) . cantik dan jimat. yang penting kena rajinkan diri.

Jom Kita buat sama-sama :

1) Akar Daun Bawang
Potong Akar Daun bawang sepanjang 3 cm , lepas tu masukkan dalam gelas kaca dan pastikan letak kat tempat yang ada cahaya matahari. Dan biarkan dia tumbuh dengan subur :)



2)  Bawang Putih
Bila tunas-tunas bawang putih mula tumbuh , Letak atas bekas kaca yang berisi sedikit air , Haa Bila dah tumbuh daunnya tu, boleh la kerat .potong-potong tabur dalam kuah sup atau tabur atas mee goreng pun sedap.


---> 

3) Sawi Besar .
 Rendam dalam air, letak dalam bekas dan temptkan di tempat yang ada cahaya matahari, biarkan selama 1- 2 minggu dan pindahkan ke bekas yang ada tanah untuk proses tumbesaran pokok :)


4)Daun Lobak
Bila lobak tu dah seakan nak bertunas, potongkan di atas lobak, rendamkan dalam air dan letak di tempat terkena cahaya matahari , dan biarkan sehingga tunasnya tumbuh dengan banyak.

 5)Seledri 
Seledri ini biasa kita beli buat rench dalam supkan.biasanya akar tu kita buang je.tp jom kita ubahkan, potong bahagian bawah seledri, pastu redam dalam air , letak tempat ada cahaya matahari. bila daun dia dah ula tumbuh engan banyak , pindahkan ke dalam bekas ada tanah. 

6) Daun Bawang
Akar daun bawang usah di buang , ambil letak dalam bekas berisi air, di biarkan dan diletak tempat kena cahaya matahari, dan biarkan sehingga daunnya tumbuh dengan bagus :) boleh la kita guna kan ...



7) Taugeh
Kalau ada kacang hijau tak habis di gunakan tu, boleh kita tanam jadikan taugeh kan . ambil taugeh tu, rendam dalam air selama 12 jam.Lepas tu ambil tuala basah (tuala baru), taburkan kat atasnya. taburkan kacang hijau kat atas dia.tutup pula dengan plastik, kalau boleh color hitam dan renjisair setiap 6 jam.



Selamat Mencuba :)

       Noraizah bt mohd ,No ID 1065015   
 CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem


0 comments:

Post a Comment