Monday, 29 June 2015

Tips Memasak Bagi Ibu Bekerja Lebih Mudah Dan Cepat

Assalamualaikum semua , Memasak adalah perkara rutin kaum ibu, tidak kiralah dalam keadaan penat ataupun tidak. Ramai juga yang tidak memasak kerana rasa tidak cukup masa, lagi teramat penat dan kelaparan apabila pulang daripada kerja. Lagi-lagi pada bulan ramadhan ini, masa amat suntuk untuk memasak juadah berbuka sendiri.

Bila hari-hari ke bazar dan kedai rasa bosan juga kan malah duit yang keluar kadang-kadang melebihi bajet bulanan kita. kalau makanan yang kita beli amat berpuas hati Alhamdulillah tetapi banyak juga makanan yang tidak sedap dan tidak menjadi. Sebenarnya ada beberapa perkara yang boleh kita praktiskan untuk lebih mudah dan cepat memasak untuk ibu-ibu yang bekerja seperti kita ini. In Shaa Allah.


Tips ini sesuai di gunakan pada bulan puasa dan juga pada hari-hari biasa untuk permudahan kita kan. :).

1) Membuat Senarai Menu
Tips membuat senarai menu ini membantu kita tidak tercari-cari menu dan bahan-bahan last minit. cara ini juga amat menjimatkan masa kita. Kita boleh senaraikan menu untuk seminggu apa yang boleh mita masak.jadi pada hari minggu bolehla kita beli siap-siap bahan-bahan yang diperlukan. contoh senarai :-

Menu Sabtu :
1)Sup tulang
2) Telur dadar
3)Sambal Belacan

Bahan-bahan :-
Sup bunjut
Tulang & daging lembu
bawang besar & bawang putih
Lada Hitam
Chili
telur

Menu Ahad :
1) Nasi Ayam

Bahan-bahan :-
Senarai juga bahan- bahan seperti di atas.

Bila siap senarai untuk seminggu, double check bahan-bahan yang perlu kita gunakan dan boleh beli sekali gus dan simpan.  haa jimat masakan , jadi balik kerja, tak payah singgah ke kedai dahulu untuk menilik dan berfikir, hari ni nak masak apa? apa bahan nak kene guna.

2) Asingkan dan membungkus lauk mentah
Cara ini menyenangkan kita nak melembutkan lauk beku juga sebenarnya. contohnya ayam , ikan , daging. macam mana kita nak asingkan ni? saya bagi contoh ayam, Boleh juga kita meminta penjual potong terus ikut size yang kita suka , jadi balik kita basuh siap-siap dan asingkan ke dalam plastik atau bekas . setiap plastik atau bekas kita boleh letak berapa ketul yang cukup untuk kita masak. contoh lagi dalam setiap plastik , kita simpan ayam 8 ketul ( untuk sekali masak) macam kat bawah ni.


3) Penyediaan awal bahan yang perlu di kisar. 
Bawang adalah perkara asas untuk masakan, jadi kita boleh kisar bawang terlebih dahulu dan simpan didalam peti ais dalam bekas tertutup.kita boleh juga kisar sekali bawang besar, bawang merah , halia.  selain itu , cili juga adalah asas yang boleh kita kisar . kadang-kadang saya beli yang dah siap kisar. senang :) . 



4) Menggunakan gunting 
Untuk lebih cepat, kita boleh gunakan gunting berbanding pisau untuk memotong sayur berdaun dan ikan.sayur berdaun contohnya sawi, bayam , kangkung.

5)Masak satu lauk yang lengkap
masak satu lauk yang lengkap ini iaitu masak lauk yang dah termasuk dengan sayur sekali contohnya. masak paprik, tomyam.



6) Ulaman
Jika masa sudah suntuk, boleh gantikan sayur-sayur dengna ulaman, cara ini amat menjimatkan masa untuk mengoreng sayur.


7) Pengunaan barang masakan
Pengunaan periuk yang boleh dihidangkan terus. contoh periuk tembikar, sesuai untuk memasak lauk singgang, asam pedas , dan sebagainya, siap masak terus boleh di hidangkan dan tak perlu tuang ke dalam mangkuk lagi. Selain itu, jika ada periuk kaca juga boleh membantu cara ini . 

8) Lauk Lebih
Lauk lebih, tidak perlu di buang , kita boleh simpan ke dalam peti ais dan boleh di makan ke esok harinya, jika bulan puasa , boleh di gunakan ketika bersahur. cara ini menjimatkan masa kita untuk masak lagi sekali untuk sahur. 

Masak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan, In Shaa Allah berganda pula pahala kita :) dalam masa yang sama menjimatkan kos bulanan. Jika perlu , suami dan anak-anak juga boleh turut membantu, ini juga boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan .

Akhirkata , selamat mencuba ibu-ibu. 


0 comments:

Post a Comment