Saturday, 11 July 2015

7 Petua Potong Bawang Tanpa Pedih Mata

Setiap kali potong bawang ,mula la mata berair sampai macam menangis-nangis. itu satu hal la kan, mata yang pedih yang amat tu la yang buatkan kita dah tak tahan dan rasa nak stop je potong bawang ni . tapi apakan daya kita perlu potong bawang nak melengkapkan masakan kita kan .


Jadi kita boleh guna 7 cara ini, semoga bermanfaat ya .


  1. Untuk kurangkan enzim yang dihasilkan bawang , Simpan bawang di dalam peti selama 20-30 minit sebelum memotong
  2.  Elak 'gas' bawang tersebar di udara dengan cara, Potong bawang di dalam semangkuk air
  3. Cuba letak bawang di hujung pisau, kata orang dulu-dulu petua ini boleh elak daripada 'mata masuk habuk'.
  4. Boleh guna cermin mata ketika potong bawang, ini dikira cara yang paling selalu orang buat. Boleh buat lapisan pelindung
  5. Untuk mengurangkan risiko mata pedih dan bau kuat bawang,  Cuci bawang dalam cuka sebelum potong.
  6. Tips memasak lain adalah dengan merendam bawang dalam air selama 5-10 minit. Tambahkan sedikit garam untuk kesan terbaik.
  7. Selalu gunakan pisau tajam untuk memotong bawang. Pisau tajam tidak akan memotong sel dan ini boleh kurangkan pelepasan enzim.
Selamat Mencuba semua .


Kredit info : Mingguan Wanita

6 comments:

  1. Terima kasih atas tips yg awesome ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba :) sama2
      terima kasih sudi berkunjung

      Delete
  2. Best petua2 ni. Nanti boleh cuba. Tq

    ReplyDelete
  3. selamat mencuba :) terima kasih sudi berkunjung

    ReplyDelete