Tuesday, 7 July 2015

Nak Sihat ? Jom Tinggalkan 7 Tabiat harian kita Ini

Assalamualaikum semua , tabiat ? ataupun habit. apa yang selalu kita lakukan yang sudah menjadi rutin harian kita. Kadang-kadang tabiat itu ada kebaikan , malah ada juga keburukannya sehingga menganggu kesihatan kita.


Di antara tabiat yang boleh menganggu kesihatan kita :-

1) Menyilang kaki
Memang majority di antara kita suka keadaan menyilang kaki. tahukah kita , bila kita menyilang kaki

Boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Kalau boleh , elakan keadaan menyilang kaki lebih daripada 15 minit, selain itu cuba ubah kedudukan dengan posisi berbeza apabila hamper 45 minit dalam keadaan yang sama.


2) Tali Pinggang
Ada tabiat yang suka memakai tali pingang yang terlampau ketat , bila tali pinggang terlampu ketat ia boleh menjadi punca kepada masalah penghadaman, selain ia menekan perut dan organ dalaman kita. kesannya, proses penghadaman kita akan terganggu , kebiasaanya bila ada masalah dengan penghadaman, saya ambil herblex Shaklee 4 biji . Alhamdulillah. Di sarankan, kita memakai tali pinggang yang sesuai dengan ukuran pingang kita. dengan kaedah ini, kitadalam keadaan selesa.

3)Posisi tidur 
tabiat posisi tidur meniarap, mungkin dalam posisi ini kita akan lebih lena, tetapi elakan dalam posisi meniarap ini terlampau lama , keadaan meniarap akan menghalang peredaran darah. Jadi posisi tidur yang disarankan ialah mengiring atau Terlentang , biasanya kalau tersalah tidur, mesti kita akan rasa sakit atau sengal di leher kan . jadi pastikan posisi tidur kita dengan betul. kadang-kadang ada juga bila dalam posisi yang sama dan terlampau lama , kita akan jadi cepat kebas dan kejang. memang terseksa bila kene kejang ni, tapi sejak amalkan Ostematrix, Alhamdulillah dah kurang dah kebas-kebas tu.

4) Beg 
Tabiat ini memang rutin kaum wanita macam saya , tetapi apa masalah nya dengan bawa beg ? bawa beg dengan tabiat sentiasa menggunakan sebelah tangan sahaja , ini boleh akibatkan ketidakseimbangan otot kita , jadi apa yang boleh kita ubah , cuba sentiasa berganti atau bergilir menggunakan dua belah tangan. contoh pergi kerja pakai di sebelah kiri, balik kerja pakai di sebelah kanan. selain itu , elakkan juga bawa barang yang terlampau berat .

5) Seluar 
Tabiat memakai seluar yang terlampau ketat memang jadi trend sekarang ni kan , nak pakai boleh tetapi , cuba had kan pemakaian , kenapa pulak ? bila memakai jean atau seluar yang terlampau ketat ia akan menganggu pengaliran darah. lagi jika lelaki , bila tabiat sentiasa memakai seluar yang terlampau ketat , akan menjejaskan kesuburan lelaki, haaa .. serius kan ...

6) Rengangan Bangun tidur 
Tidak boleh ke senaman selepas bangun tidur ? jawapannya boleh ! TETAPI ! jangan bangun dari tidur , turun katil terus buat rengangan / senaman , ini sebenarnya yang salah. bila sudah menjadi tabiat, ia boleh merosakan sendi pada tulang belakang kita .akibatnya kita selalu sakit bahagian leher dan punggung. Jadi apa yang boleh di sarankan , selepas bangun tidur , turun katil ,kita boleh berjalan sekeliling rumah dan boleh juga pergi gosok gigi. 




7) Membongkok
Tabiat kerap membongkok akan menyebabkan rasa sakit di tulang bahu dan memberi tekanan pada tulang belikat kita .

Jadi , mana satu tabiat yang selalu kita lakukan ? jika ada , kita boleh ubahnya kepada yang tidak menganggu kesihatan. Kebiasaanya, ramai yang mesej saya menceritakan keadaan sakit sendi, kejang dan kebas semasa bangun dari tidur , Alhamdulillah , saya memang sarankan ambil vitamin-vitamin yang bersangkutan dengan masalah yang di alami. yelah kan badan nak guna lama , mestilah ada belaian juga .  jika anda juga hadapi masalah serupa , jangan lupa boleh mesej saya untuk keterangan lanjut mengenainya .

                                       CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem



0 comments:

Post a Comment