Sunday, 5 July 2015

Tips Atasi Kain Berlonggok Tidak Di Lipat Setinggi Gunung

Assalamualaikum semua , kain berlonggok? siapa yang selalu jadi macam ni? haa kenapa kain yang dah kering ni selalu sangat berlonggok tanpa kita hiraukan nak lipat ni. Sebenarnya majoriti kaum wanita mahupun lelaki tidak suka lipat kain, selain itu , bagi wanita bekerja juga salah satu puncanya.

Kalau melipat kain dengan anak-anak kecil, perlukan kesabaran yang lebih, haa elok-elok kita lipat baju cantik , macam bangunan klcc , tetiba anak datang melimpahkan pula bak tsunami, haa mau mata ibu tak berpinar.

Kadang-kadang 2 ke 3 bakul kain belum di lipat, masalah ini juga akan buatkan kita sukar untuk mencari baju yang hendak di pakai dan membuang masa kerana mencari baju dalam longgokan. Jadi kita perlu bertindak untuk atasi masalah ini.


Di antara apa yang boleh kita amalkan :-

1) Elakkan amalan bertangguh
Elakka amalan suka bertangguh ini , sebenarnya kita boleh selesaikan masalah kain ini dengan waktu yang singkat jika kena dengan caranya. contohnya, sambil menunggu kain sebelum siap di basuh , kita boleh lipat baju yang sudah kering .

Apa yang sering kita lakukan, sementara menunggu kain lain habis di basuh , kita akan terpesong pula membuat aktiviti lain.

2)Asingkan Fabrik atau jenis kain
Semasa ingin membasuh baju , lebih elok kita asingkan mengikut saiz yang besar atau yang kecil , contohnya stokin , tuala kecil , atau pakaian dalam.

Cara ini boleh membantu kita semasa hendak melipat kain dengan lebih mudah. kita boleh melipat kain yang besar dan tebal terdahulu untuk elakkan nampak setinggi gunung itu.

3)Sambil Menonton TV
Sebelum ini kita merungut, kita tidak ada masa nak melipat baju yang menimbun tu, apakata nanti bila sedang menonton tv . tangan pula ligat melipat baju, habis drama tv dah membantu kita meratakan sikit baju-baju dalam bakul yang setinggi gunung itu.

4)Membahagikan tugasan
Kita boleh juga membahagiakn tugasan melipat baju ini kepada anak-anak dan suami , Apasalahnya jika bantu membantu dan meringankan kerja. dah kalau malas jugak , kita tetapkan sorang satu bakul , suami 1 bakul , anak , setiap seorang satu bakul dan kita satu bakul.

5)Bakul baju Kotor
Sediakan bakul baju kotor yang kecil, bukan yang besar.lagi besar bakul baju kotor , lagi banyaklah baju tak berbsauh, lagi banyaklah baju kering yang hendak kene lipat dalam satu masa. jadi bakul kecil ini, bila dah penuh mestilah kita nak ambil basuh kan :) .

6) Teknik Melipat baju
Gunakan cara melipat baju yang cepat hanya ambil msa beberapa saat je, jom saksikan video ini .


 Haa Amacam, nampak senang kan , jom kita cuba .

7)Guna Pelipat Kain .
Sekarang nikan dah ada orang jual pelipat kain tu, jika ada kewangan yang lebih boleh saja beli untuk memudahkan kita . jika rajin, bole saja buat sendiri hanya menggunakan kotak, haa mudah sangat tengok kat bawah ni:-


menarik kan.....

8) Dunia dah canggih, siap dah ada mesin lipat baju haa, tapi tak sure di malaysia ada ke tidak. jom tangok ni, memang senang sungguh. sambil goyang kaki pon bole siap semua.

haaa, dalam hati tu mesti cakap waa best gila kalu cam ni kan....

9) Upah lipat baju
dah kalau semua tak nak, upah jel;ah orang datang melipat baju yang setinggi gunung tu. hihih

Akhirkata, jom lipat baju yang menimbun tu,tetapkan misi siap lipat baju jam berapa. Kalau ada cara yang menarik lagi , jom share dengan komen kat bawah ni .

jom share kat kawan-kawan tips lipat baju ni, mesti derang pun alami macam kita . baju menimbun-nimbun ni. heheheh...

Selamat mencuba.





6 comments:

  1. Nice entri.Zura paling suka yang no 7.itulah gunanya kotak Shakl88 yang ada kat rmh kita kan...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. zura, betol tu, byk kotak shaklee.. senang je .. tak yah pening nak cari kotak lain.jimaat tu penting ..heheheh

      Delete
  2. Bismillah,

    best baca entri nie...tips ni la yang di tunggu.
    9 tips yang cukup bombastik...
    selalu org menonton tv dengan khusuk...
    kali ni tonton tv sambil exercise tangan...fuhh...pantas

    ReplyDelete
    Replies
    1. , hihi mata pandang tv ,tangan ligat melipat kain... heheheh

      Delete
  3. mmg senang kalau ade kotak lipat kain tu, hehe!
    kain kita pon dah belonggok kat rumah tu, haish~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa senang kan ... heheh letak je atas kotak lipat2 .. dah cantik :) .. jom buat senang je tu .. kalau beli pon mungkin rm 30 ke atas kot.. pernah survey gk dulu .. hahah

      Delete