Tuesday, 14 July 2015

Toturial Solekan Hari Raya Yang Cepat, Ringkas Dan Cantik

Assalamualaikum semua , di pagi hari raya , semua nak kelihatan cantik dan anggun, tidak kira masih anak dara atau pun sudah bergelar isteri dan ibu . kebiasaanya , anak dara nak bersolek berjam-jam pun tiada masalah tetapi majoriti kaum ibu tiada ruang dan waktu untuk bersolek dengan lama. 

Jadi kat sini ada 5 tips kita boleh lakukan untuk bersolek secara ringkas tetapi nampak cantik menawan dalam masa yang singkat , In Shaa Allah .  



Solekan yang tipis dengan pemilihan warna yang menarik boleh membuatkan kita kelihatan lebih manis. apa yang perlu kita lakukan dan perlu ada untuk solekan serba ringkas ini ialah :- 

1) Jika Ingin tampak kulit tegang dan anjal , boleh la malam tu kita buat dulu masker kat muka tu . Masker guna ESP +  Vitamin C , halus  dan anjal . best gitu 

2) Wajah 
Sebelum sapukan pelembap dan bedak asas , kita perlu basuh terlebih dahulu wajah kita. Pelembap dan bedak asas di sapu sekata , seterusnya , boleh sapu pemerah pipi supaya kelihatan lebih berseri-seri , di nasihatkan, sapu pemerah pipi tidak keterlaluan.

3) Mata 
Serikan mata kita dengan sedikit solekan ringkas dengan mengunakan eye liner. untuk color yang selamat, kita boleh pilih color coklat atau hitam. pembayang mata juga boleh di gunakan dengan pemilihan color asas . Seterusnya lengkapkan dengan maskara. kalau tak nak guna maskara pun boleh saje. 

4) Bibir 
Oleskan gincu yang sesuai dan pemilihan warna yang nampak kita berseri-seri , contohnya warna pink lembut. 

5) Tudung 
Tudung pula kita boleh gaya kan yang rasa selesa,yang penting tidak memakai tudung yang memakan masa untuk dikemaskini. kalau boleh pakai tudung yang selesa, nampak kemas dan menjimatkan masa. dan boleh juga mengikut gaya terkini . 

Jangan ambil banyak masa untuk bersolek dan memakai tudung ini, limitkan paling lama pun dalam 10 minit. 

Jom kita saksikan video toturial solekan di hari raya ini :- 

1)


2)




3)



Toturial Bergambar :- 

Sumber : http://marinimz.com/blog/solekan-ultra-chic-kendall-jenner/


                                   CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem



0 comments:

Post a Comment