Kebiasaanya, bayi boleh melihat dengan jelas makhluk-makhluk ini. sebab itu, orang-orang tua pesan macam-macam perkara jika kita ada anak-anak kecil untuk mengelakkan benda pelik berlaku. Ada juga sesetengah sudah dewasa hijabnya masih terbuka luas, nampak macam-macam benda ghaib.
Pelbagai cara kita boleh mengesan mahkluk ghaib ini, sebahagiannya seperti :-
- Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
- Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
- Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
- Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
- Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
Petikan daripada : http://darkmaster8905.blogspot.com/2012/03/jilid-10-mengusir-jin-di-dalam-rumah.html#.Vb7S3vOqqkp
Terdapat juga , yang di kacau dengan teruk seperti :-
- Rumah sentiasa Panas walaupun sebenarnya keadaan sejuk
- Terdengar suara-suara aneh
- Jadi Malas Beribadat
- Menampakkan rupa sebenar mereka
- Merosak Harta Benda
- Penghuni rumah sentiasa tidak sihat walaupun sudah makan ubat , samada orang yang sama atau bergilir2
Pasti kita tertanya kenapa jin ini datang kerumah kita? apa puncanya ? jadi saya sertakan 10 punca bagaimana jin / syaitan / hantu menganggu rumah kita.
1. Rumah yang secara tidak kita sedari telah didirikan diatas tempat
tinggal Jin. Jin sangat suka kawasan bumi yang ada mata air. Mata air yang
disukai oleh jin ialah mata air yang tidak pernah kering walau pun pada musim kemarau.
Maka rumah yang didirikan diatas tapak seperti ini, akan menjadi tempat
tinggal jin.
Oleh sebab itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jika terdapat mata
air, terlebih dahulu bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya.
2. Rumah yang didirikan diatas kawasan kubur. Tidak kira kubur itu kubur
lama atau baru. Tidak kira walaupun disitu hanya ditanam satu mayat sahaja.
Atau mungkin disitu dulu pernah menjadi tapak pembunuhan atau ada orang mati
terbunuh disitu, atau pernah ada mayat dibuang disitu dan sebagainya.
Jin suka berkumpul dikawasan perkuburan, atau tempat dimana pernah
terdapat orang mati disitu, atau orang mati dibunuh disitu, atau orang mati
ditanam disitu, atau mayat orang dibuang disitu atau pernah dibuang
cebisan-cebisan tubuh dan tulang-tulang manusia disitu.
Jika kita mendirikan rumah ditas tapak seperti itu, maka jin-jin akan
secara automatik turut mendiami rumah kita. Akibatnya mereka akan menimbulkan
masalah besar kepada kita.
Oleh itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jangan sampai terkena
tapak-tapak yang seperti itu. Jika kita telah mengenal pasti memang ada kubur
lama atau tulang-tulang manusia disitu, hendaklah “dibersihkannya” terlebih
dahulu. Mintalah khidmat nasihat orang yang arif mengenainya.
3. Rumah yang didirikan diatas tapak yang dahulunya pernah menjadi tempat
“pembuangan” jin-jin disiitu. Ini termasuk pembuangan oleh bomoh atau pawang
ketika melakukan rawatan kepda pesakit yang “tersampuk jin” atau melakukan
upacara seperti contohnya “membuang saka” , “membuang sihir”, “membuang hantu”,
“membuang toyol”, “membuang pelesit”, “membuang polong”, “membuang hantu
raya” dan sebagainya.
Jika kita mendirikan rumah ditas tapak seperti ini, maka jin-jin yang
“dibuang” itu akan turut mendiami rumah kita dan akan menimbulkan masalah besar
kepada kita.
Atau misalnya sesuatu kwasan itu merupakan kawasan hutan yang menjadi
tempat tinggal jin atau tempat pembuangan jin, kemudian pada satu masa ia
dibangunkan pula untuk menjadi kawasan perumahan, maka jin-jin akan turut
mendiami mana-mana rumah yang disuskainya.
Biasanya apabila kita berpindah ke kawasan perumahan seperti itu, pada
awalnya tidak mengalami apa-apa ganguan. Tetapa lama kelamaan mereka akan
menggangu kita, lebih-lebih lagi bagi rumah yang tidak didirikan solat, sepi
dari Azan dan Iqomah, sepi dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran, sepi dari
zikir, tasbih, tahmid, solawat dan sebagainya.
4. Rumah yang didalamnya menyimpan tangkal sihir atau objek sihir atau
tangkal azimat, seperti contohnya: “tangkal penunggu rumah”, “tangkal pagar
rumah”, “tangkal pendinding” dan sebagainya. Keris lama “yang berpenunggu” juga
termasuk dalam kategori objek atau tangkal sihir yang berpenunggu jin. Semua
itu adalah merupakan cabang ilmu sihir yang disebaliknya pasti ada jin-jin
sihir yang digunakan untuk melaksanakan tuntutan ilmu sihir tersebut. Jadi,
apakah jin-jin itu duduk ditangkal sentiasa ?.
Jawabnya: tentu tidak. Pastinya jin-jin itu akan berkeliaran didalam
rumah dan diluar, juga boleh jadi mengikut tuannya kemana-mana pergi. Banyak
kes dimana jin-jin sihir akan menggangu anak cucu dan keluarga lantaran tuannya
tidak memenuhi syarat-syarat tertentu umpamanya disyaratkan kena mengasap
kemenyan, mengadakan sajian tertentu,
membuang ancak ke sungai dan lain-lain.
Oleh itu jangan sekali-kali terpedaya dengan tuntutan nafsu ingin memiliki
“kuasa ghaib” (‘super natural power”) melalui cara yang salah ini, semata-mata
supaya dikenali orang sebagai “bomoh”, “pawang”, “mahaguru silat” atau ingin
mudah mencari pendapatan atau ingin membalas dendam atau lain-lain.
Harus diingat bahawa tangkal azimat tidak dapat mendatangkan apa-apa
manfaat atau mudharat kecuali dengan izin Allah. Sekali kita telah
mengambilnya, bermakna kita telah mengikat janji dengan jin , syaitan dan iblis
untuk melaksanakan kerja-kerja sesat melalui sihir yang jahat dan terlaknat.
5. Rumah yang didiami oleh orang yang memiliki jin yang dipusakai turun
temurun (biasa disebut “saka” lebih
releven jika disebut "jin saka").
Ini termasuk orang yang tidak mengetahui dirinya ada memiliki “jin saka”
,kerana “jin saka” akan memilih sesiapa sahaja daripada keturunan keluarga tuannya yang disukainya.
Jika “jin-jin saka “itu lebih dari seekor dan dari yang jenis membiak
seperti manusia, maka semakin lama jin-jin itu akan beranak pinak dan akan
bertambah ramai. Maka tidak mustahil sebahagiannya akan keluar dari tubuh
seseorang dan mendiami rumah, berkeliaran diluar rumah atau akhirnya
berkeliaran ke tempat-tempat lain. Para pengamal perubatan traditional
menyatakan “mengeluarkan” jin saka dari dalam badan manusia adalah suatu kerja
yang sangat susah. Perlu dilakukan mengikut banyak kaedah dan teknik serta
tektik yang bijaksana. Walau bagaimana pun, dengan izin Allah, dengan
pertolongan Allah dan dengan berkat keyakinan aqidah yang tinggi ianya boleh
dilakukan lebih-lebih lagi jika secara berjamaah.
6. Rumah yang didalamnya berlaku berbagai fahsya dan mungkar, seperti,
syirik, fasik, meninggalkan solat, meninggalkan puasa, makan harta anak yatim,
berzina, berjudi, minum arak, membunuh, menganiaya manusia atau bintang, memuja
syaitan, main muzik yang melampau, menyimpan arak, menyimpan patung-patung idola
(pujaan), gambar-gambar idola (pujaan), memain atau menyimpan alat-alat muzik
kebudayaan yang “ada penunggu”, dan lain-lain.
Jin-jin, syaitan dan iblis sangat suka kepada benda-benda tersebut.
Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah seperti ini. Maka rumah seperti ini
sangat disukai jin, syaitan dan iblis dan akan menjadi tempat tinggal jin-jin.
7. Rumah yang dibina ditas tapak yang menjadi “tempat laluan jin” yang
keluar masuk daripada alam jin ke alam manusia atau sebaliknya, atau dari
tempat lain menuju ke sesuatu tempat kerana ada tugas yang hendak
didlaksanakan. Ini ialah kerana ramai
manusia yang bersahabat dengan jin dan berintraksi dengan jin untuk meminta
tolong kepada jin-jin. Maka jin-jin akan menjadikan rumah itu sebagai tempat
persinggahan atau “pusat pertemuan” atau sebagai “gerbang”atau “medium” laluan
bagi pergerakan aktiviti mereka. Contohnya apabila seseorang yang diktakan
mempunyai kebolehan biasa pergi ke
tempat perkampungan jin (orang bunian?), dia hanya akan pergi ke suatu tempat
tertentu yang telah ditandakan, maka apabila dia sampai ke tempat itu dia hanya
melangkah masuk, maka tiba-tiba dia akan berada dalam perkampungan jin (orang
bunian?).
Mungkin “gerbang” itu dahulunya berada dalam kawasan hutan. Maka apabila
telah dibangunkan oleh manusia mungkin “gerbang” itu sekarang, misalnya telah
ditanam dengan pokok landskap buluh renik. Maka untuk masuk ke dalam alam jin
itu seseorang hanya perlu membaca sesuatu mentera kemudian melangkan masuk ke
dalam rimbunan buluh renik tersebut. Maka jika kawasan seperti ini dibina rumah
diatasnya, maka rumah berkenaan juga akan menjadi tempat laluan jin-jin atau
“gerbang” atau “medium”,atau menjadikan rumah itu markas mereka.
Rumah seperti ini biasanya kelihatan “menyeramkan” jika kita menghampirinya
atau memasukinya.
8. Rumah yang telah disihir, iaitu rumah yang telah diletakkan atau
ditanamkan dibawahnya sesuatu objek sihir oleh manusia yang berniat jahat.
Selagi ada objek itu, maka jin sihir akan berada di rumah itu untuk melakukan
gangguan sihir seperti yang dikehendaki oleh si penyihir. Pernah seseorng
terpaksa mengorek tanah dihadapan rumahnya seluas 10 kaki persegi dan dalam 5
kaki kerana menurut pakar ilmu pengubatan sihir, penyihir telah menyimbahkan
air dan menaburkan pasir sihir yang banyak disitu dan air sihir itu mungkin telah meresap masuk ke dalam tanah. Apabila
dilakukan kerja membuang tanah tersebut, barulah sihir tersebut dapat
dibinasakan.
9. Rumah yang penghuninya ada mengamalkan ilmu sihir atau cabang ilmu
sihir seperti ”ilmu guna-guna”, “ilmu pengasih”, “ilmu pembenci”, “ilmu pemanis”, “ilmu awet cantik & muda”, “ilmu
pelaris”, “susuk” dan lain-lain. Maka rumah seperti ini akan didiami oleh jin-jin
sihir.
Biasanya orang yang baru menuntut ilmu sihir, dia akan membawa pulang ke
rumahnya seekor atau mungkin banyak jin-jin sihir. Maka menjadilah jin atau
jin-jin itu kawan rapatnya semasa jaga dan juga semasa tidur. Maka celakalah
orang seperti ini kerana memilih jalan sesat yang dilaknat Allah hingga ke hari
Akhirat. Kemudian jin atau jin-jin itu akan kekal setia dengannya dan akan
terus setia kepada keturunannya hingga ke cucu cicit serta jenerasinya yang
akan datang. Mungkin inilah caranya jin “saka” bermula.
10. Rumah yang dimasuki oleh “jin liar” dengan cara mengikut seseorang
semasa pulang ke rumah. Biasa terjadi seseorang yang pergi ke sesuatu tempat,
kemudian “jin liar” mengikutnya kemana-mana dia pergi dan turut sama pulang ke
rumah tanpa disedarinya. Ini mungkin disebabkan “jin liar” itu telah memilihnya
kerana orang itu tidak memiliki sesuatu apa pun sebagai “pelindung, perisai
atau penghalang”. Maka jin tersebut terus mengikutnya pulang dan tinggal
bersama-samanya di rumah.
petikan diambil daripada : http://rapatkansaf.blogspot.com/2012/04/10-jenis-rumah-yang-jin-suka-tinggal.html
Jika kita benar-benar yakin ada makhluk lain tanpa diundang dalam rumah kita, cara mudah yang boleh kita lakukan sendiri :-
1) Amalan Solat, Membaca Al-Quran dan Berzikir
Menjadikan amalan Solat Fardhu (serta kerap melakukan Solat-solat Sunat seperti Dhuha, Tahajjud, Taubat, Hajat dan Witir), membaca Al-Quran serta berzikir dengan nama-nama Allah; sebagai aktiviti yang dilakukan setiap hari di rumah berkenaan oleh semua penghuninya yang mencapai kewajiban. Adalah sangat afdhol jika dilakukan secara berjemaah.
Dengan perkataan lain, tidak sengaja meninggalkan Solat Fardhu Lima Waktu - sebagai kewajiban yang mutlak ke atas orang Islam. Orang Islam yang tidak mengerjakan Solat Fardhu, sudah tentu disukai oleh para Jin dan Syaiton; maka menjadi tersangat mudahlah bagi mereka untuk sentiasa bersama orang itu keluar masuk dari rumah berkenaan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan SOLAT dan membaca AL-QURAN.” (HR Baihaqi)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah PERTOLONGAN dengan BERSABAR dan dengan (mengerjakan) SOLAT; kerana sesungguhnya ALLAH MENYERTAI (menolong) ORANG-ORANG YANG SABAR” ( Al-Baqoroh:153)
“Bagi mereka (disediakan) DARUSSALAM (syurga) pada sisi Tuhannya dan DIALAH PELINDUNG mereka disebabkan AMAL-AMAL SOLEH yang selalu mereka kerjakan.” (Al-An’am: 127)
2) Amalan Surah-surah Anti-Jin dan Syaiton
Mengamalkan secara peribadi (atau sangat afdhol secara berjemaah bersama ahli keluarga) membaca Surah Yassin dan /atau Al-Ma'thurat (Al-Kubro atau Al-Sughro) atau sekurang-kurangnya turutan berikut: Surah Al-Fatihah, Surah Al-Baqoroh: 1-5, Ayat Kursy, Surah Al-Baqoroh: 284-286 serta Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas dengan jelas selepas setiap Solat.
*NOTA: Sekiranya berkemampuan, bolehlah dengan sekerap mungkin diadakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Keselamatan atau Majlis Ilmu seperti Tazkirah, Ta'lim dan sebagainya secara berjemaah dengan penduduk setempat bagi mengimarahkan lagi kediaman kita.
Nabi SAW telah bersabda kepada Ibn Abi al-Juhani: “Inginkah kamu aku beritahu tentang sebaik-baik apa yang digunakan untuk PENDINDING bagi mereka yang meminta perlindungan?” Beliau menjawab: “Mahu, wahai Rasulullah.” Lalu baginda bersabda: “Qul a’uuzubi robbil falaq dan Qul a’uuzubi robbin naas.” (HR Al-Nasa’i, Ahmad dan Al- Baihaqi)
“JANGANLAH kamu jadikan rumahmu seperti KUBUR (hanya untuk tidur), sesungguhnya RUMAH yang dibacakan SURAH AL-BAQARAH tidak akan dimasuki syaiton.” (HR Ahmad, Tirmidzi, Muslim dan Nasa'i)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan INGATLAH APA YANG DIBACAKAN DI RUMAHMU dari AYAT-AYAT ALLAH dan HIKMAH (Sunnah Nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.” (Al-Ahzab: 34)
“Dan jika SYAITON MENGGANGGUMU dengan suatu gangguan, maka MOHONLAH PERLINDUNGAN KEPADA ALLAH. Sesungguhnya Dia-lah Yang MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENGETAHUI.” (Fussilat: 36)
“Dan ALLAH LEBIH MENGETAHUI (daripada kamu) tentang musuh-musuhmu. Dan CUKUPLAH ALLAH MENJADI PELINDUNG (bagimu). Dan CUKUPLAH ALLAH MENJADI PENOLONG (bagimu).” (An-Nisa: 45)
3) Audio Bacaan Ruqyah Syar’iyah
Selalu memainkan Audio Bacaan Ruqyah Syar’iyah atau ayat-ayat Al-Quran yang lain di dalam rumah berkenaan; siang dan malam. Adapun perkara ini bukanlah sebagai satu kaedah yang mutlak untuk ‘memulih’, ‘membersih’ dan ‘memagar’ rumah; tetapi adalah sebagai ikhtiar sokongan secara istiqomah bagi melemahkan Jin dan Syaiton yang mendengarnya. Muaturun PERCUMA >> Ruqyah Syar'iyah - Al-Ghomidi.mp3 (Bacaan 1 jam!)
4) Melupuskan Benda-benda Yang Haram
Memastikan tidak ada sebarang jenis perkara-perkara berikut (di dalam rumah, di luar rumah, digantung atau ditanam):
a) Patung yang dijadikan perhiasan, gambar di dinding seperti: manusia (bukan ahli keluarga/ulamak/pemimpin), manusia dewasa yang tidak menutup aurat, gambar haiwan, gambar salib, gambar menakutkan dan gambar lucah; video lucah, barang yang dicuri, bangkai (haiwan yang telah diawet), perbuatan maksiat (berzina, berjudi, minum arak dll) dan sebagainya lagi yang mungkar lagi haram.
“TIDAKLAH MALAIKAT MASUK ke dalam sebuah RUMAH yang ada di dalamnya PATUNG-PATUNG atau GAMBAR-GAMBAR.” (HR Muslim)
b) Segala jenis tangkal, azimat, rajah, simbol, tulisan, huruf, kain, benang, tali, besi, kayu, buluh, rotan, batu atau sebagainya yang telah dianggap secara iqtiqad, niat atau perbuatan; secara sedar atau tidak sedar; dapat mendinding atau menghindari rumah dari gangguan Jin atau Syaiton. (Termasuklah jenis azimat ayat Quran yang ditulis / dicetak / fotokopi di atas kertas / kain dan dilipat-lipat.)
![]() |
Contoh Azimat (DIHARAMKAN) |
![]() |
Contoh Azimat (DIHARAMKAN) |
![]() |
Contoh Azimat (DIHARAMKAN) |
c) Juga barang-barang logam (timah, besi, tembaga, gangsa, perak atau emas) yang dianggap keramat, berkuasa atau berkebolehan; secara iktiqad, niat atau perbuatan pembuatnya (bomoh) yang sesat, syirik dan mungkar; atau sememangnya sudah diketahui oleh Penghuni rumah berkenaan barang itu dijaga atau dikhadami oleh Jin, Wali, Roh atau sebagainya; seperti Keris, Pedang, Parang, Tombak, Dulang, Gelang, Cincin, Rantai, Kacip, Tepak Sirih, Ladam Kuda, Tahi Besi, Paku, Duit Syiling dan sebagainya.
Semua perkara di atas adalah menjadi HARAM kerana menjadi perkara mungkar, syirik dan khurafat yang dilakukan oleh Penghuni rumah berkenaan; yang menjadikan Jin dan Syaiton sangat menyukai untuk terus berada dalam rumah berkenaan; serta mampu menarik lebih banyak Jin dan Syaiton untuk menumpang sama.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Orang-orang yang BERIMAN, dan TIDAK MENCAMPUR-ADUKKAN IMAN MEREKA DENGAN KEZALIMAN (SYIRIK), mereka itulah orang-orang yang mendapat KEAMANAN dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat PETUNJUK”. (Al-An'am: 82)
Berdasarkan pengalaman kami, orang Islam yang suka mempercayai kepada perkara-perkara seperti tangkal dan benda-benda yang tahyul dan sesat (secara jelas atau tersembunyi) inilah yang kerap mengalami gangguan Jin; samada di rumah mereka, tempat bekerja, premis perniagaan dan/atau kesakitan ke atas diri mereka sendiri atau ahli keluarga – yang berpunca dari iqtiqad, niat dan/atau perbuatan mereka sendiri – yang menyekutukan Allah SWT. Na'uzubillah!
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan TINGGALKANLAH ORANG-ORANG yang menjadikan AGAMA mereka sebagai MAIN-MAIN dan SENDA-GURAU, dan mereka telah DITIPU OLEH KEHIDUPAN DUNIA. Peringatkanlah (mereka) dengan AL-QURAN itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam NERAKA, karena perbuatannya sendiri. TIDAK AKAN ADA BAGINYA PELINDUNG dan tidak (pula) PEMBERI SYAFA'AT SELAIN DARIPADA ALLAH. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang DIJERUMUSKAN KE DALAM NERAKA, DISEBABKAN PERBUATAN MEREKA SENDIRI...” (Al-An’am: 70)
Walau bagaimanapun, penggunaan ayatul Quran yang digantung di dinding adalah menjadi harus sebagai ikhtiar yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran; tetapi masih tidak boleh dianggap satu perkara mutlak untuk menghalau Jin dan Syaiton - sekiranya tidak diamalkan ayatul Quran tersebut secara lisan dan tartil (bacaan betul dan tepat); dengan keimanan, ketaqwaan dan secara istiqomah (berterusan) oleh Penghuni rumah berkenaan.
5) Memastikan Kebersihan
Sentiasa memastikan kediaman kemas dan bersih dari kekotoran dan najis terutamanya di bilik mandi, tandas, dapur dan tong sampah (di bahagian dapur dalam rumah). Tempat-tempat inilah yang menjadi sarang kegemaran tempat tinggal Jin dan Syaiton. Juga memastikan kediaman bersih dari habuk (pembawa Cas Negatif) yang sudah pasti memberikan kesan buruk kepada kesihatan mental, rohani, hati dan jiwa mahupun fizikal penghuni rumah berkenaan. Cas Negatif berkemungkinan adalah elemen Jin dan Syaiton atau Kuman pembawa penyakit atau gelombang tenaga emosi kesedihan, penderitaan, kemarahan, kekecewaan, ketakutan, kesakitan dan sebagainya lagi yang mendatangkan kemudaratan kepada manusia.
6) Sistem Pencahayaan Yang Baik
Memastikan Sistem Pencahayaan yang baik, samada siang atau malam. Adapun perkara ini adalah subjektif dan bergantung kepada aspek-aspek emosi, minat dan kebiasaan penghuni kediaman berkenaan. Cahaya yang suram dan malap dapat menggalakkan 'pertindihan' antara dimensi Alam Bumi Nyata dan Alam Jin dan Syaiton (hal ini tidaklah berlaku sepanjang masa); yang boleh memudahkan penghuninya kerap melihat bayangan hitam atau ilusi yang menyeramkan; yang sememangnya dibantu/disokong oleh sifat jahat Jin dan Syaiton itu sendiri.
Pastikan cahaya matahari (dengan tahap haba yang bersesuaian) dapat masuk ke dalam rumah kita pada waktu siang hari; walaupun bukan semua bahagian dalam rumah dapat dimasuki cahaya matahari secukupnya.
Adakah kita perlu membuka lampu yang terang benderang sewaktu tidur? Tidak perlu. Cukuplah dengan sedikit cahaya 'mentol tidur', selagi tidak terlampau gelap pekat, sehingga tangan sendiri pun tidak dapat dilihat.
Sebelum tidur dalam keadaan samar, maka itu kita digalakkan untuk mengambil wudhuk dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran seperti Ayat Kursy, Surah Al-Ikhlas, doa sebelum tidur dan sebagainya. Bilangan berapa kali ayat dan doa hendak dibaca, adalah terpulang kepada kemampuan individu itu sendiri. Apa yang penting adalah keyakinan HANYA kepada Allah SWT sebagai tempat bergantung dan menyerahkan diri sepenuhnya, bulat-bulat.
7) Sistem Pengudaraan Yang Baik
Memastikan Sistem Pengudaraan adalah baik - udara kering yang mampu untuk mengalir dengan sempurna di dalam rumah. Udara yang mampat dan lembab boleh menggalakkan kewujudan Cas Negatif.
8) Menghalang Kejahatan Waktu Senja
Memastikan pintu dan tingkap ditutup rapat sebelum masuknya waktu Maghrib. Pada waktu laungan Azan itu, Jin dan Syaiton akan bertebaran lari dan berkemungkinan memasuki rumah kita - yang mungkin tidak berapa kuat 'Pagar'nya.
9) Menghalang Kejahatan Tengah Malam
Sekiranya ada Penghuni rumah yang terpaksa keluar-masuk rumah selepas jam 12:00 malam maka amalkanlah mengambil wudhuk (ikhtiar terbaik) atau sekurang-kurangnya membasuh kaki, tangan dan muka (sambil berselawat ke atas Nabi SAW) setelah memasuki rumah (condo, apartment dan flat); atau sebelum masuk pintu rumah sekiranya ada kemudahan paip air di bahagian luar rumah (untuk jenis rumah atas tanah).
10) ‘Memagar’ Rumah
Setelah semua kaedah-kaedah di atas telah dilakukan, maka untuk membina kekuatan 'Pagar' rumah secara spesifik, bolehlah dilakukan kaedah-kaedah berikut:
a) Melakukan Solat Hajat, Zikirullah dan berdoa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh agar dibersihkan dan dilindungi rumah berkenaan dari segala gangguan dan kejahatan Manusia, Jin, Syaiton dan Iblis laknatullah.
b) Melaungkan Azan di empat penjuru rumah / premis dengan mengadap ke arah Kiblat. Pergerakan ke setiap penjuru mengikut arah pusingan Tawaf (lawan arah jam) dan bacalah Ayat Kursy semasa berjalan ke penjuru seterusnya.
c) Menyediakan Air Terapi Ruqyah Syar’iyah yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan Doa dan merenjisnya ke sekeling rumah, dimulai dengan bahagian dalam rumah (bermula dari tingkat paling bawah ke tingkat atas) dan kemudian luar rumah. Pergerakan merenjis mengikut arah pusingan Tawaf (lawan arah jam).
d) Menyediakan garam kasar yang dicampur dengan lada hitam - dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan Doa; dan menabur (merimbas) di sekeliling bahagian dalam dan luar rumah. Tempat-tempat yang disyaki ada Jin yang bertenggek atau bergayut, bolehlah dilebihkan rimbasan garamnya.
Antara ayat-ayat yang kebiasaanya dibacakan adalah seperti Al-Fatihah, Al-Baqoroh: 1-5, Ayat Kursy, Al-Baqoroh: 284 - 286, Ali Imran: 18-19 dan 26-27, Doa Nabi Sulaiman, rangkaian ayat-ayat Ruqyah Syar’iyah lain serta rangkaian surah-surah dalam Juz Amma. Apa yang penting, ketika membaca, mestilah dengan tartil serta penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT, Tuhan Penguasa Seluruh Alam.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Nabi Musa menjawab: TUHAN kami ialah yang TELAH MEMBERIKAN kepada tiap-tiap sesuatu: KEJADIAN SEMULAJADINYA yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan CARA MENGGUNAKANNYA.” (Toha: 50)
KESIMPULAN
Perlu diingatkan bahawa segala kaedah untuk ‘memulih’, ‘membersih’ dan ‘memagar’ rumah kita dari gangguan Jin dan Syaiton sebagaimana yang dinyatakan di atas; perlulah dilakukan dengan Iman, Taqwa dan Istiqomah (berterusan) – kerana dan kepada Allah SWT jua. Segala kemujaraban adalah dengan izin, kehendak dan kuasa Allah SWT jua. Wallahua’lam.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah DITETAPKAN oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah ORANG-ORANG YANG BERIMAN harus BERTAWAKAL.” (At-Tauba: 51)
“Jika Allah MENIMPAKAN sesuatu KEMUDHARATAN kepadamu, maka TIDAK ADA yang dapat MENGHILANGKANNYA KECUALI DIA. Dan jika Allah MENGKEHENDAKI KEBAIKAN bagi kamu, maka TIDAK ADA DAPAT MENOLAK KURNIANYA. Dia MEMBERIKAN KEBAIKAN itu kepada SIAPA yang DIKEHENDAKINYA di antara hamba – hambaNya dan Dia lah yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Yunus: 107)
Kaedah ini di ambil daripada laman : http://alqayyum2u.blogspot.com/2013/12/kaedah-memulih-membersih-dan-memagar.html
video ni pun amat membantu
SEMOGA BERMANFAATvideo ni pun amat membantu
Bismillah,
ReplyDeletesaya tertarik dengan menjaga kebersihan.
Kalau boleh sisa-sisa makanan di buang sebelum tidur, di tutu atau di ikat palstik siap-siap...
sekadar tambahan..:)
ini untuk mengusir jin jahat ya gan, klo jin islam kan gak usah di usir...
ReplyDelete