Monday, 26 October 2015

11 Cara Kejutkan Anak Sukar Bangun Pagi Tanpa Marah-Marah

Assalamualaikum semua , Kejutkan anak yang sukar bangun pagi memang kadang-kadang amat mencabar. Masalah ini juga tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuan. Kebiasaanya pada hari ibu bapa bekerja atau hari bersekolah memang anak-anak perlu di latih bangun di awal pagi seperti jam 6 pagi, berbeza dengan hari minggu, mereka boleh lajak tidur ke jam 10 pagi.

Tidak kata anak-anak lain , anak saya juga alami masalah tak nak bangun awal pagi. memang kadang-kadang rasa marah dan sebagainya. Bila kita kejutkan pasti ada adegen menangis, marah-marah dan segalanya menjadi lambat, kesudahanya kita lambat bergerak ke tempat kerja , anak-anak juga lambat ke sekolah. Dan yang paling kita tidak mahu, akan meninggalkan kesan negetif pada anak dengan kemarahan kita.


Jadi, sebelum anak kita teruskan tabiat malas bangun pagi ini, kita perlu bertindak! biar lepas ni , bangun pagi adalah satu rutin yang best bagi anak-anak kita :) .

Di antara cara- cara yang boleh kita cuba dan amalkan :-

1) Sebelum memulakan kata-kata lain , berikan salam terlebih dahulu, "Assalamualaikum anak ibu, jom bangun" . tapi kadang-kadang kata-kata macam ni tak membantu untuk masalah anak liat bangun tidur ini. tapi tak pe .. kita bagi je salam. maksud salam itu amat bermakna untuk anak kita. :)

2) Usap dada mereka sambil kita selawat 3 kali, niat nanti anak bangun jangan nangis -nangis contohnya . " selawat 3 kali , nanti nuha bangun jangan nangis-nangis ye" sambil hembuskan ke ubun-ubun anak. buat sepenuh hati , ikhlas dan penuh kasih sayang.

3) Elak mengejutkan anak-anak secara kasar. elakan marah-marah , tarik-tarik tangan atau kaki anak secara kasar. Sakat menyakat ke . Cara ini bukan sahaja akan membuatkan anak bertambah marah, malah anak akan terus menangis, menjerit-jerit dan mengamuk.

4) Setelah kita tingalkan cara no 3 . Jom kita cuba cara pujukan seperti bercerita . Cerita apa yang mereka suka, contoh pada malam sebelum tidur kita bercerita mengenai sang kancil berlari laju. jadi semasa ingin kejutkan mereka , mulakan juga dengan cerita sang kancil berlari laju datang kejutkan mereka. sambil jari-jari kita buat seperti lari laju di atas badan anak-anak. cari ini untuk gantikan dengan cara marah-marah dan adegen tarik-tarik kaki dan tangan tadi. ( cara ini boleh di lakukan untuk anak-anak berusia bawah 5 tahun)

5) Buatkan sarapan kegemaran anak. ketika kejutkan mereka. informkan sekali " ibu ada buatkan makaroni goreng dengan air teh untuk nuha, sedap sangatt. lambat bangun habis :) " ..  haa tetapi pujuk cara ini , sarapannya mesti real ada :) . jangan tipu-tipu ye ibu-ibu. nanti anak cop kita tipu. jadi bila kita buat lagi cara ini memang dah tak berkesan. :) . sebab mereka ingat!
Sediakan makanan berkhasiat tau ,, bukan makanan ringan :)


6) Selain itu , untuk anak-anak kecil dalam linkungan umur 4 tahun ke bawah , boleh kita pasangkan lagu-lagu atau nasyid  kegemaran mereka tu , sambil kita pun happy-happy bersama. menyanyi sama-sama sehinggalah selesai mandikan dan pakaikan baju mereka.

7) Untuk anak-anak 5 tahun ke atas , kita boleh latih mereka berdikari sendiri seperti sediakan jam loceng mereka dan letakkan berdekatan tempat mereka tidur :) .


8) latih anak supaya tidur awal waktu, sesetengah anak-anak , sukar bangun pagi di sebabkan masih mengantuk sebab tidak cukup waktu tidur. contohnya pada jam 10 malam, kita tutup semua lampu , tv , simpan permainan dan sebagainya.


9) Elakkan minuman berkafien di malam hari, seperti kopi, selain itu , minuman berkafien ini pun tak berapa elok kan :).

10) Boleh juga pujuk dengan hadiah sesuatu , tetapi cara ini saya tidak galak kan sebab nanti , hari-hari mengharapkan sesuatu.. ahhh tak maula kan macam ni. kalau tak de yang dia nak .. lagi parah .. :(

11) Cara No 10 tadi , voleh juga ingatkan anak-anak kita mengenai bestnya  belajar dan main-main dengan kawan-kawan dekat sekolah.

Semoga Dengan 11 Cara  diatas dapat membantu kita semua . :) 

, jika ada  cara yang berbeza, jangan lupa tinggalkan komen di bawah untuk sama-sama kita share dengan pembaca lain :) 

Semoga bermanfaat :)

0 comments:

Post a Comment