Tuesday, 6 October 2015

Lemon Bantu Kurangkan Demam, Batuk Dan Selsema Anak

Assalamualaikum semua , anak-anak kita demam memang merisaukan lagi-lagi jika masih bayi. Sesetengah doktor, kurang cadangkan ubatan pada bayi, malah doktor lebih banyak memberi nasihat menurunkan kadar suhu demam menggunakan bahan-bahan semulajadi dan memberi susu ibu. Jika keadaan serius , baru doktor membekalkan ubatan kepada bayi kita.

Bila anak demam , cek dahulu suhu anak kita dan sentiasa monitor keadaan anak. pastikan anak hanya dipakaikan dengan baju dan yang berlubang-lubang tu, jangan selimut atau pakaikan dengan pakaian yang tebal. Kebiasaanya , jika di siang hari , saya hanya pakaikan pampers sahaja pada anak yang demam. perlu diingatkan bayi dan orang dewasa lain kaedah mengeluarkan haba ketika demam.



Dalam mengenalpasti , bahan-bahan semulajadi untuk masalah demam, batuk dan selsema anak-anak kita , terdapat bahan amat menarik yang boleh membantu iaitu LEMON. Seperti yang kita sedia maklum, lemon ini kaya dengan vitamin C yang bersifat antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system untuk melawan sebarang jangkitan. Bagaimana lemon dapat membantu ? Sifat asid yang ada dalam lemon bantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala dan keseluruh badan. Apabila haba dapat bergerak, ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.

Penggunaan lemon dalam memulihkan demam, batuk dan selsema ini terdapat 3 cara iaitu mandian lemon , Stokin lemon dan minuman lemon. Banyakkan caranya jom kita belajar setiap cara penggunaanya.

1) Cara-Cara Mandian Lemon :- 
Cara mandian lemon di ajar oleh seorang sahabat kerja saya , Kak Raja Nor Rafidah dan saya telah mencubanya :)
  •  Sediakan tempat mandian anak contoh baby bather, bath tub atau sebagainya , saya gunakan besen yang besar sahaja sebab untuk memuatkan anak 2 orang, 
  •  sediakan air suam-suam kuku, tak nak panas sebab bila anak demam, suhu anak kita pun dah panas kan , jadi gunakan air yang ala-ala suam sahaja , ini untuk pastikan wap lemon itu terbentuk .
  • Perahkan hirisan lemon kedalam air tadi , memang akan terbentuk aroma yang sangat wangi daripada lemon .
  • Titiskan 2-3 titik basic H kedalam air tadi juga sebab basic H bantu untuk menurunkan suhu anak seterusnya kita sebatikan air tadi dengan lemon dan basic H. memang terkeluar aroma wangi dan segar. 
  • masukkan anak ke dalam bath tub tadi . bermula dengan kaki yer :) 
  • Biarkan anak-anak main-main dengan air selamat beberapa minit, biarkan anak-anak hidu dan serap masuk wap lemon tadi ke dalam badan.
  • setelah beberapa minit , saya biarkan anak main-main dan hidu wap dalam 10 minit sambil-sambil mandikan. dan selesai.
                                Pic di atas ini diambil minggu lepas semasa anak-anak saya demam :)

    2) Stokin Lemon 
    • Ambil sebiji lemon dan hiriskan .
    • Ambil secawan air suam , perahkan lemon tadi  dan titiskan 2 titik Basic H ke dalam air,seterusnya hirisan lemon di rendam.
    • Ambil hirisan lemon yang dah direndam tadi , masukkan ke dalam stokin dan pakaikan pada anak. 
    Tetapi kadang-kadang anak-anak ini suka bergerak sana sini dan kedudukan lemon tidak bebetul ditapak kaki. jadi kita boleh juga lekatkan lemon tadi guna soletip .. dan pakaikan stokin , 

    Selain itu , jika sukar untuk anak pakai sebab basah dan sejuk , boleh juga ambil hirisan lemon , tak perlu rendam ye. pakaikan di tapak kaki anak, setiap 2 jam macam tu spray je jus lemon dekat lemon tadi :)
                                                                                       kredit pic stokin lemon : butikgebugebu

    3) Minuman Lemon . 

    Lemon sangat membantu untuk selsema dan sakit tekak / batuk kerana ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan vitamin C yang diperlukan sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviral untuk membunuh virus pada kahak / hingus dalam hidung dan tekak anak kita.



    Caranya :- 
    • Sediakan sebiji lemon yang telah diperah kedalam air suam , minum setiap 2 jam sekali.
    • Cara lain , perahkan lemon di dalam air suam dan campurkan sedikit madu dan boleh bagi anak minum. 
    • Atau hanya bagi madu satu sudu untuk anak  yang berusia  atas 6 -12 bulan. Bawah 6 bulan dicadangkan hanya memberi susu ibu . 
    Anak saya memang susah nak minum air ni. dan apa yang saya bagi ialah Chewable Vita-C Plus , vitamin C yang  memang khas untuk kanak-kanak , Dan selain itu saya pun bagi Meal Shake untuk anak, baisa saya bancuh dalam susu. anak memang suka , sampai minta sendiri :) . 



    Saksikan ibu-ibu ini menguruskan anak yang selalu demam :-




    Kita sebagai ibubapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita termasuk kesihatan , pembelajaran dan tumbesaran. Jadi pilihan ditangan kita untuk terus bagi kesihatan yang sempurna dengan khazanah semulajadi kerana dengan kesihatan yang sempurna akan terhasilkan tumbesaran yang baik dan pembelajaran yang bagus .In Shaa Allah .


                                              CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
    FANPAGE : butiksihatcomel
    FACEBOOK : Aizah Azlem


    1 comment: