Sunday, 11 October 2015

Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di Hospital Kerajaan

Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di Hospital Kerajaan. 

Assalamualaikum semua ,Bila sebut sahaja bersalin Di hospital Kerajaan, mungkin ramai yang rasa gerun dan ada perasaan takut, kerana banyak cerita-cerita yang tidak gembira daripada pengalaman-pengalaman orang-orang yang sudah lepas. Seperti nurse yang garang , Ramai Doktor pelatih, service yang kurang memuaskan dan sebagainya.

Bagi pendapat saya , segalanya atas nasib , kerana tidak semua yang terkena dengan perkara-perkara yang membuatkan kita tidak berpuas hati malah ramai yang dapat pengalaman yang baik. Jika kita dapat layanan yang tidak baik daripada jururawat ataupun doktor , kita boleh membuat report di jabatan tersebut.

Pengalaman Bersalin setiap kelahiran adalah berbeza walaupun daripada ibu yang sama. Bila nak bersalin di Hospital kerajaan ni, perlulah buka buku pink di Klinik kerajaan juga. Jadi saya pilih Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra, Bangi. Alhamdulillah , semua jururawat kat sana memang best dan macam kawan-kawan je. layanan juga memuaskan , bukan sahaja cek kandungan sahaja tetapi mereka pun kongsi pelbagai petua dan tips seperti perlu ambil kalsium , ambil multivitamin , Asid Folic yang secukupnya.

                                    Buku Rekod masih tersimpan rapi : sayang

Dalam usia kandungan 36 minggu , Jururawat sudah bertanya mahu bersalin di hospital mana ? hospital putrajaya atau pun hospital Serdang. Bila dah berbincang dengan suami, saya pilih Hospital Serdang.

Perjalanan proses bersalin saya di hospital serdang ...... 

Pagi khamis 20.12.2012 , 38 week , seperti ada tanda bleeding , sakit pula memulas-memulas seperti nak buang air besar. saya hubungi suami berpatah balik hendak pergi kerja, sedikit kalut juga, saya dan suami sahaja yang ada, ibu tiada di sisi, masih tiada pengalaman. kami pergi ke dewan bersalin hospital serdang , cek jalan sudah 3 cm waktu itu, terus di tempatkan di wad menunggu labor room. Sakit yang amat  Allah sahaja yang tahu , orang kata berjalan banyak cepat bersalin . jadi kesempatan itu, sewaktu sakit berkurang saya berjalan. jam 9 Malam Sakit semakin cepat dan tersangat sakit. orang kata boleh ambil ubat tahan sakit , tapi saya cuba bertahan . dengan sakit tulang belakang haritu lagi . sakit kedua-dua ini bergabung . rasa tak terdaya dan tak mampu . jam 11 malam cek jalan baru 4 cm , air anugerah dalam botol cuma tinggal 2 inci. saya baca ayatul qursi , alfatihah , 3 qul , 3 kali selawat dan berdoa " Ya Allah , aku dah tak berdaya , Kau percepatkan lah bukaan ini " Alhamdulillah setelah minum . jam 11.45 saya menjerit panggil doktor , sebab terasa ada air panas keluar . ingat anak dah keluar!! hohohohoho...
doktor cek " nurse fully . 10 cm " cepat ! labor room please. berlari la nurse tolak .

Bila lihat suami ada , rasa dihembus sejuta semangat , rasa selamat ,rasa di sayangi dan rasa kuat untuk push . Alhamdulillah 21.12.2012 , 12.20 saya selamat lahir anak perempuan seberat 2.3 kg .  masa tu anak tak menangis pun , saya dah mula cuak, takut kesan eksiden dulu, bila di tepuk -tepuk bunyi sikit je. ek ek gitu je .. terus nurse bawak keluar, punya hati tidak keruan .Ya Allah , kenapa dengan anak saya.. saya mesej berpuluh kali suami, tanya anak kita ok ke? suami kata ok.. jangan risau. setelah keluarkan uri dan urutan perut untuk keluarkan darah-darah . dan jahit . saya berehat . jam 3 pagi, nurse bawa anak saya , Ya Allah , kupanjatkan kesyukuran dengan air mata, anak inilah bertarung nyawa seketika dahulu untuk bertemu ibu dan abah. anak inilah yang kuatkan diri walaupun ibu tercampak jauh keluar kereta. anak inilah anugerah Allah seperti menyelamat nyawa ibu juga dengan keizinan Allah. comel anak ibu . wajahnya 100% seperti suami saya.
- See more at: http://www.butiksihatcomel.com/2015/07/pengalaman-hamil-dan-bersalin-yang.html#sthash.fOr6mNgs.dpuf

7.30 Pagi khamis 20.12.2012 , 38 week ,
seperti ada tanda bleeding , sakit pula memulas-memulas seperti nak buang air besar. saya hubungi suami berpatah balik hendak pergi kerja, sedikit kalut juga, saya dan suami sahaja yang ada, ibu tiada di sisi, dan masih tiada pengalaman. Didalam Kereta , saya makan sedikit apa yang boleh bagi saya tenaga,boleh juga minum ESP kan :) . 

9.00 pagi
Sampai sahaja di Hospital Serdang , kami pergi ke dewan bersalin , cek jalan sudah 3 cm waktu itu, terus di tempatkan di wad menunggu labor room. Di labor room memang dah ada ramai ibu-ibu lain menunggu kelahiran bayi masing-masing. Alhamdulillah jururawat dan doktor semua baik . Lega ! memang ada doktor lelaki, tetapi majoriti adalah doktor wanita . Alhamdulillah saya dapat doktor wanita . Syukur. semasa cek jalan pun ok, doktor bagi tips , semasa nak cek jalan tarik nafas dan hembus ,relax je. Nasib baik tak kena macam kawan-kawan cerita, yang cek sesuka hati sahaja. setiap beberapa jam , jururawat datang bertanya ok ke tak . dan pesan juga , kalau dah tak tahan rasa cepat-cepat panggil mereka.

Sakit nak bersalin , memang amat sakit , sebab itu pahala bersalin ganjarannya sangat besar.Dan sesiapa yang meninggal sewaktu bersalin adalah syahid. Kesakitan memang tidak dapat diungkap dengna kata-kata.ramai juga yang ambil epidural , tetapi saya ingin bertahan tanpa mengambil apa-apa ubat tahan sakit walaupun gas. Alhamdulillah berjaya menahan dengan penuh rasa kesakitan yang amat dasyat. rasa contraction yang selang 10 minit- 10 minit , 5 minit - 5 minit. kadang-kadang rasa nak pitam pun ada. 

9 Malam
Seharian menunggu , Sakit semakin cepat dan tersangat sakit. orang kata boleh ambil ubat tahan sakit , tapi saya cuba bertahan . dengan sakit tulang belakang haritu lagi . sakit kedua-dua ini bergabung . rasa tak terdaya dan tak mampu . jam 11 malam cek jalan baru 4 cm , air anugerah dalam botol cuma tinggal 2 inci. saya baca ayatul qursi , alfatihah , 3 qul , 3 kali selawat dan berdoa " Ya Allah , aku dah tak berdaya , Kau percepatkan lah bukaan ini " Alhamdulillah setelah minum . jam 11.45 saya menjerit panggil doktor , sebab terasa ada air panas keluar . ingat anak dah keluar!! hohohohoho...
doktor cek " nurse fully . 10 cm " cepat ! labor room please. berlari la nurse tolak .

Masih ingat , labor room bilik no 17, saya tanya jururawat , mana suami saya ? rasa nak nangis dah masa tu sebab tak nampak pun suami. dan salah satu saya pilih hospital serdang, bilik bersalin sebilik seorang dan suami dibenarkan masuk. Bila lihat suami ada , rasa dihembus sejuta semangat , rasa selamat ,rasa di sayangi dan rasa kuat untuk push. Jururawat sangat baik dan banyak tolong, doktor pon baik. bila kelam kabut, dah lupa step nak push, Doktor dan jururawat ajar. suami sentiasa disisi.
12.23 tengah malam , 21.12.2012, jumaat
Alhamdulillah, saya selamat lahirkan bayi perempuan, seberat 2.34g, kecil je, tapi Alhamdulillah , bebas jaundis. 2 Hari juga di hospital serdang sebab monitor baby kecil nasib baik tak payah masuk NICU. untuk jahitan bersalin pula, memang la sakitkan tetapi doktor bius half :)

                              Buku rekod ni pun masih tersimpan rapi juga :)

                      Ini lah dia puteri sulung saya , memang copy paste muka abah :)

Jadi untuk sesiapa nak berslain di hospital kerajaan, jangan takut :) , saya rasa bersalin di hospital swasta ataupun di hospital kerajaan memang berbeza daripada layanan hospital.tetapi jika layanan daripada jururawat dan doktor, hakikatnya bergantung kepada perangai masing-masing. berdoalah semoga kita mendapat layanan yang baik-baik :)

Selamat bersalin dan selamat berpantang semua .

Ekslusif Video Tips Berpantang :-

                                        CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

5 comments:

  1. Rasa dihembus sejuta semangat ye. Hebak incik suami nih. Walau pun duk tepi je. Hehe.
    Btw, semoga puan aizah menjadi ibu dan isteri yang hebat dunia akhirat. Aamiinn.

    ReplyDelete
  2. Ya betul...rasa di hembus sejuta semangat bila dapat lihat wajah, suara, hangat tangan suami...
    Tapi kalau suami tak dapat temankan pun...yakin la doa nya sentiasa mengiringi proses bersalin kita.

    Kadangkala ada sebab kenapa suami tak dapat masuk ke labour room pada waktu itu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu farah , ada je suami yang tak masuk dan mmg tak dapat masuk. kadang-kadang suami outstation ke kan ... ada jugak yang jenis takut darah :)

      Delete
  3. Itulah besarnya pengorbanan isteri. Hargailah mereka.

    ReplyDelete