Sunday, 6 December 2015

Di Jemput Ke Alam Koma

Di Jemput Ke Alam Koma
Cerita asal :: MUD-Maghfirah




ALHAMDULILLAH ZIARAH 49 (90)
*****************************************************************
Tarikh: 3/4 Disembe 2015 (Khamis/Jumaat)
Pesakit: 20P + 25L + 8K
5.15pm - 7.15pm
--------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah Ziarah kali ini kami bawa sebuah pengalaman
seseorang yang baru pulang dari alam koma...hampir 3 minggu
********************************************************************
Wad4Timur | 7:o8pm
"Saya di bawa oleh cahaya itu ke satu tempat; agak gelap,
ianya sebuah bangunan yang sangat tinggi dan besar pintunya..
Ramai orang di dalamnya.. Mereka semuanya berdiri dan sedang menyanyi, tapi patah perkataannya, langsung tidak saya fahami..
Saya dibawa berjalan lagi ke satu tempat yg agak gelap juga, sekitarnya agak berkabus.., terasa sukar untuk bernafas..
Di sana ada sebuah binaan tersergam besar kekuningan
berbalam dari kejauhan..
Kami menuju menuruti suara2 yang berkecamuk seolah gerombolan lalat atau lebah bunyinya..
Semakin hampir semakin kuat menikam telinga ku...
Lalu kami memasuki sebuah pintu besar yang ditepinya bergantungan akar serta dedaunan.. lalu tiba ke sebuah ruang
yang besar tapi agak suram cuma bercahaya kekunigan..
Sekumpulan manusia berkelilingan sambil duduk mengikut barisan sedang meliuk-liuk badannya ke kiri kanan depan dan belakang dengan seruan atau bacaan yang tak juga saya fahami..
Saya dibawa berjalan lagi..Rentangan sebuah padang pasir
tiada penghujungnya.. Bentangan langit yg kekuningan sama
dengan hamparan pasir sukar utk dibezakan..Terasa sangat lama berjalan.. Tapi tetap begitu juga pandangannya.. Tiada penghujung dan tiada sesuatu yang dapat membantu..
Tiba-tiba satu ...
Kelipan cahaya kecil ..di depan dalam kejauhan
"Kutujui arah cahaya berkelip.. Semakin lama semakin terang
dan besar cahayanya..
Langit terbentang kebiruan, sedang hamparannya kehijaun rerumput bagai permaidani.. Aku menuruti kaki hingga memasuki satu kawasan yang banyak tiang2nya besar tinggi menjulang : Terasa tenang dan damai menyusupi, segar serta nyaman..
Di depanku ramai manusia, antara tiang2 besar kiri kanan semuanya berpakaian putih sayuppp ..
tiada penghujung mata memandang ..dan
Mereka semua dalam keadaan sujud pada satu arah..
Sesekali terasa dingin yang nyaman..
serta kerinduan entah pada apa atau siapa..
AllahuAkbar...... ALLAHUAKBAR.....Suara azan ...
Merdu dan meresap mengegar jantungku
Tersedu-sedu aku dilena iring gemersik seruan itu..
Aku menangis Semahunya.., terasa khilaf masa lalu memukul-mukul mukaku..,aku cuba berulangkali membuka mata namun hampa..Sambil mengelak pukulan2 itu aku cuba berusaha membuka mata berulangkali...
Alhamdulillah..Akhirnya dapat jua kubuka mata..
Tapi...😱
😭Segalanya sudah berubah ..!
Dingin yang tadi menjadi sejuk teramat,
sakit menyengat2 seluruh badanku,
tiada lagi biru nyaman langit ,
cuma Dua orang wanita yang tak kukenali sedang
memegang tangan dan kaki ku yg terikat ..
Terasa dahaga yg sangat.. Tiba-tiba kuterpandang satu wajah yang amat kukenali..., aku merenungnya..
Ada titis2 airmata di pipinya yang tua....
...ibuuuuuu...,!!
.......ibuuu...
aku meraung dan meronta ..tapi tak terdaya..
Malah suaraku semakin menghilang...
Ibu mendekatku dan berbisik.....
ALHAMDULILLAH... Tie,
Alhamdulillahhh...
Allah dah kembalikan anak ibuu...
😭😭😭😭
 ________________________

Daripada kisah di atas , kisah ini adalah benar , pengalaman team MUD-Maghfirah sendiri.
Mud Maghfirah ini berkonsepkan ziarah dan doa . kumpulan Mud Magfirah ini akan ke hospital ke wad-wad yang kritikal untuk menziarah pesakit , sambil mendoakan mereka . selain itu , apa yang difahamkan,  mud magfirah juga sedekahkan air zam-zam kepada pesakit . 

Alhamdulillah, mud maghfirah telah di berikan kelulusan untuk menjalankan aktiviti di hospital.
MUD-Maghfirah juga mendapat sambutan daripada orang ramai.  Bersyukur kehadrat illahi , ramai juga yang menyalurkan bantuan dan sedekah untuk melancarkan lagi aktiviti sosial ini . 

Apabila baca pengalaman-pengalaman yang di postkan ke halaman facebook MUD-Maghfirah . 
Terlalu banyak kisah-kisah yang menyentuh hati dan membawa keinsafan pada diri sendiri . Ya Allah betapa besar berkat sebuah keikhlasan doa itu untuk menyembuhkan penyakit. 



Syabas dan tahniah Mud Maghfirah , semoga aktiviti mulia ini berterusan , dan semoga Allah permudahkan segalanya . 

Untuk menyertai aktiviti atau menyumbang dan membaca pengalaman-pengalaman daripada kumpulan
Mud-Maghfirah ini (banyak cerita dan pengalaman yang menginsafkan kita )

 boleh juga kita like page Mud-Maghfirah  

https://www.facebook.com/MUD-Maghfirah-1394517134177610/?fref=ts
Ataupun page GEMA 

https://www.facebook.com/GEMA-708627645911427/?fref=ts



 MAGHFIRAH untuk DHAIF
........................................
ziarah&doa
Ya ALLAH PadaMU Ku Mohon KEAMPUNAN&KESEMBUHAN


Nantikan kisah-kisah seterusnya yang menyentap jiwa kita. 

0 comments:

Post a Comment