Satu jam pertama selepas serangan jantung adalah masa yang cukup penting

Kisah ini adalah kisah benar seorang pesakit jantung.
Mungkin situasi ummi sekarang ni, maka ummi suka berkongsi cerita, meluahkan apa yang ummi lalui. Moga dengan doa dari semua pembaca dapat menyalurkan sedikit sebanyak semangat kepada ummi untuk melalui hidup dan kehidupan ini dengan lebih tabah, ceria dan semestinya sabar serta berserah kepada Allah.
Ingin ummi kongsikan pengalaman pertama yang ummi lalui ketika serangan jantung terjadi. Memang ummi tidak pun sedar akan simpton2 serangan jantung sehingga ummi mendapat serangan jantung itu pada pertengah tahun ini.




Sebenarnya sebelum ummi mendapat serangan jantung, ada dua pengamal perubatan telah memaklumkan ummi,bahawa ummi ada masalah jantung.Pengamal perubatan pertama,Pada bulan Februari 2009,melalui seorang pengamal perubatan alternatif, masa ummi buat pemeriksaan dan ujian menggunakan rambut dan darah dan dianalisa melalui alat khas berteknologi tinggi dan canggih, laporan yang dikeluarkan menyatakan status kesihatan jantung agak terganggu. Jantung ada masalah, tahap kesihatan hati kronik...
Pengamal perubatan kedua yang memaklumkan ummi ialah semasa ummi tinggal di wad HSAJB untuk jalani rawatan orthopedik pada bulan Mac 2009, sewaktu doktor itu mahu mengambil darah dari urat-urat tangan ummi. Doktor tu tegur, "kakak, dari kuku kakak ni, kakak macam ada masalah jantung, nanti dah keluar wad, kakak jalani pemeriksaan jantung, ya."

Namun, selepas sahaja balik rumah, ummi tidak pun ambik kisah dan buat tak kisah. Tak ada langsung masa tu ummi cuba nak cari maklumat atau info simpton-simpton serangan jantung, hinggalah ummi merasainya. Setelah melalui pengalaman serangan jantung, barulah ummi mencari maklumat, dan apa yang tertulis di bawah ini, sama dengan apa yang ummi rasai...
Bagaimana mengesan serangan jantung?

Kebanyakan serangan jantung terjadi secara perlahan-lahan. Ia menyebabkan ada pesakit yang tidak pasti, adakah mereka patut mendapatkan pertolongan atau tidak?
Namun umumnya, jika anda merasakan ketidakselesaan di bahagian dada (rasa tertekan, senak atau dipicit) yang berlangsung beberapa minit dan kerap berulang, dapatkan rawatan segera.
Selain itu anda mungkin merasa sakit di bahagian atas badan misalnya lengan, bahagian belakang, rahang atau perut. Ada kala rasa sakit itu disertai nafas pendek dan sakit dada.
Jika anda berhadapan dengan mereka yang diserang sakit jantung tiba-tiba, satu jam pertama selepas serangan jantung adalah masa yang cukup penting. Membantu mangsa dalam masa itu boleh menyelamatkan nyawa.

Terdapat pelbagai simptom masalah jantung. Justeru serangan jantung yang dialami oleh individu mungkin berbeza. Misalnya di kalangan pesakit wanita, mungkin mengalami rasa sakit di bahu berbanding lelaki yang rasa dada seakan remuk.
Ada kala, serangan jantung kali pertama boleh anda harungi. Namun, ada yang tidak bernasib baik, serangan jantung kali pertama menyebabkan kematian.
Justeru, jalani pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui situasi semasa kesihatan anda dan mengamalkan gaya hidup sihat.

FAKTA: Simptom awal serangan jantung

# Rasa sakit di dada (senak, seakan dipicit/ditekan) selama dua minit atau lebih.
# Sakit di bahu, tengkuk, rahang, lengan atau bahagian belakang
# Pening, berpeluh, muntah, nafas pendek atau lemah.

Apa puncanya? Selalunya apabila seseorang itu terkena serangan jantung, mereka akan dikaitkan dengan amalan hidup seharian.
“Faktor risiko paling biasa adalah diabetes dan tekanan darah tinggi. Tetapi di kalangan orang muda, faktor atau punca masalah pembunuh senyap ini adalah disebabkan merokok, kolesterol yang tinggi, bekerja dalam suasana yang tertekan serta diet yang tidak seimbang,” katanya.
Adakah ummi berada di dalam lingkungan begini? Ummi bukan perokok atau hidup dilingkungi orang merokok, bukan pesakit diabetes, malah ummi selalu mengalami kurang gula dalam darah hingga menyebabkan 'hypo', bukan juga selalu mengalami tekanan darah tinggi. Ummi lebih kerap diserang tekanan darah rendah, hingga kadang-kadang selalu pitam kerana masalah tekanan darah rendah. Bila ujian darah menguji tahap kolestrol dijalankan, julatnya berada di paras normal.
Mahu dikatakan bekerja dalam suasana tertekan, jauh sekali kerana kerjaya yang ummi ceburi adalah kerjaya yang sangat membahagiakan hati, jiwa dan perasaan. Diet tidak seimbang? Tahun lepas sahaja, ummi berusaha mengurang berat badan dan berjaya mengurangkan hingga 15 kg dengan diet seimbangan. Namum serangan jantung tu nak kena, kenalha juga.

Jadi kesimpulannya, bila kita didatangi penyakit, tak payah kaji puncanya, anggap sahaja itu anugerah Allah untuk menguji keimanan kita, tanda kita dalam perhatianNYA dan kerana Kasih SayangNYA. Banyakkan doa, mohon jadi hamba yang redha di atas segala takdirNYA. Tak payah keluh kesah, ada usaha dan ikhtiar untuk mencari penawar dan rawatan. Semasa menajalni rawatan , perlu banyak bersabar...
Betapa banyak rahmat Allah, menahan sakit dalam kasih sayangNYA, berusaha mencari penawar, ada hikmahNYA,bersabar, berdoa dan bertawakal, ini semua adalah jalan-jalan untuk hampir kepadaNYA. Jadi jangan risau dan bimbang jika kita diberikan sakit dan kesakitan...
Dan ujian itu bukan untuk yang sakit sahaja, untuk orang yang bersama pesakit itu juga...
Tidak mengapa, ini hanya sekadar ujian Allah sahaja untuk melihat sejauh mana keimanan ku dan sesabar mana hati menghadapinya. Moga aku terus diberikan ketabahan , kekuatan dan kesabaran dalam melalui kehidupan ini. Ingat anak-anak ummi, bahawa hep B yang ada di dalam tubuh ummi bukan penyakit keturunan atau genetik. Usah merasa takut dan gentar akan penyakit ini.
Semoga kita semua di dalam Rahmat, kasih sayang dan lindungan Allah yang Maha Pengampun.

Diceritakan : Ummi Munaliza
kredit : MUD-Maghfirah


waktu emas bagi pesakit jantung : 
Di petik daripada utusan online . 

* Waktu Emas:

Ramai orang yang mati akibat serangan jantung boleh diselamatkan. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya dan bertindak segera kerana kebanyakan serangan jantung tidak membawa maut. Jika anda tahu kenapa serangan jantung berlaku, anda akan lebih bersedia dan dapat mengelakkan kematian.

Masa adalah faktor paling penting dalam serangan jantung dan tahap kerosakan otot jantung yang berlaku dalam jangka masa empat jam selepas serangan disenaraikan di bawah.

* Jam 1 Ñ Waktu Emas: Nyata anda boleh diselamatkan jika anda bertindak dalam masa satu jam pertama, yang disifatkan sebagai Waktu emas, selepas serangan jantung. Matlamat anda ialah untuk sampai ke hospital dalam Waktu emas, untuk mengurangkan kerosakan kekal kepada jantung ke tahap minimum kerana otot jantung akan mula mati beberapa minit selepas serangan jantung. Jantung tidak menerima oksigen dan aliran darah kurang (iskemia) disebabkan oleh darah beku. Ini akan menyebabkan kerosakan otot jantung.

* Jam 2 Ñ Kerosakan Ringan: Dalam kawasan iskemia di mana otot jantung mati dari arah dalam ke luar.

* Jam 3 Ñ Kerosakan Sederhana: Jumlah kerosakan semakin bertambah.

* Jam 4 Ñ Kerosakan Terbesar: Otot yang mati memenuhi kawasan iskemia.


Kebanyakan orang menunggu lebih tiga jam sebelum meminta bantuan kerana mereka menyangka gejala-gejala yang dialami adalah disebabkan oleh masalah lain seperti tidak hadam, atau mungkin mereka tidak menyedarinya sama sekali, atau tidak mahu menerima kemungkinan serangan jantung, atau tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Kesimpulannya , prihatinlah pada diri sendiri dan orang sekeliling kita apabila terkena serangan jantung , jangan abaikan setiap minit yang ada untuk menyelamatkan nyawa . Apabila ada diantara kita terkena serangan jantung bawalah bejumpa doktor segera.

Apa yang boleh di ikhtiarkan untuk pesakit jantung ialah VIVIX shaklee . Alhamdulillah sudah ramai yang ambil untuk ikhtiar .


Jom dengar apa kata Asyraf Muslim ni :) 



HANYA DENGAN SEBOTOL VIVIX INI, KITA MAMPU MENGUBAH MASA DEPAN KITA KEMBALI SIHAT .

Saya ingin membantu anda , hubungi sahaja saya di :- 


atau boleh membuat pembelian online dengan hanya satu klik di bawah :- 


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=909356f33e0f20f0bc5737c086ed9234


 Jika pembelian online , sila hubungi saya untuk dapatkan pakej konsultasi dan tips menarik.




Anda mungkin meminati artikel
: Tanda-tanda Awal Sakit Jantung dan Cara Atasinya
; Set Jantung Shaklee





CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

- See more at: http://www.butiksihatcomel.com/2015/09/ashraf-muslim-mendedahkan-tips-tampil.html#sthash.sg5ebXho.dpuf

2 comments:

  1. Article yang sangat menarik dan very informative. Thanks for sharing Aizah. Saya pon ada share
    Tips Untuk Mengurangkan Risiko Serangan Strok penyakit yang sama bahaya dengan sakit jantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sis Sulhana :) , terima kaish kerana datang berkunjung . bagus tips awak untuk kurangkan serangan strok :)

      Delete

PALING LARIS

PALING LARIS

PALING SUKA INI

PALING SUKA INI

FIRST AID DI RUMAH

FIRST AID DI RUMAH

Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra

Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra, Pengedar Shaklee Bukit Mahkota, Pengedar Shaklee Nilai, Pengedar Shaklee Bangi Lama, Pengedar Shaklee Teras Jernang , Pengedar Shaklee Malaysia, Stokis Shaklee

Terima kasih datang lagi

Aizah Azlem. Powered by Blogger.

Google+ Followers

Find Us On Facebook

Pengedar Shaklee Malaysia

Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra, Bangi, Pengedar Shaklee Bukit Mahkota,Bangi, Pengedar Shaklee Impian Putra,Bangi, Pengedar Shaklee Bangi Lama, Pengedar Shaklee Bangi, Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi, Pengedar Shaklee kajang, & Pengedar Shaklee Nilai Impian,Nilai, Pengedar Shaklee Kampung Bahagia, Bangi , Pengedar Shaklee Nilai , Pengedar Shaklee Nilai Impian , Pengedar Shaklee Nilai 3 , Pengedar Shaklee Seksyen 7, Bangi, Pengedar Shaklee Seksyen 2, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 1, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 8, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 3, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 4, Bangi , Pengedar Shaklee Seksyen 5, Bangi , Pengedar Shaklee Bangi Avenue . Pengedar Shaklee Banyan Close , Pengedar Shaklee KUIS . Pengedar Shaklee Putra Hills Residency , Pengedar Bangi Desaria Nilai , Pengedar Shaklee bandar Puteri Bangi , Pengedar Shaklee Rinching Hilir Bangi , Pengedar Shaklee Bangi Indah , Pengedar Shaklee Kampung Bangi , Pengedar Shaklee Taman Bangi Villa , Pengedar Shaklee Komuter Bangi , Pengedar Shaklee Kampung Sungai Buah , Pengedar Shaklee Anjung Suasana , Pengedar Shaklee Southville City ,

Contact Form

Name

Email *

Message *

Ad Banner

Ad Banner
Breaking News

300x250 AD TOP

Gallery

Ewy!

http://picasion.com/

Facebook