Sunday, 7 August 2016

5 Langkah Awal Ibu Bapa Perlu Lakukan Bila Anak Terjatuh

5 Langkah Awal Ibu Bapa Perlu Lakukan Bila Anak Terjatuh

Assalamualaikum semua , semalam anak saya terjatuh semasa bermain-main , terus terhantuk dahi di meja kecil ABC yang ditepi dinding . Allah masa tu berderau darah tengok anak . dahi anak serta merta bengkak , lebam dan ada garisan tapi tidak berdarah . Kami risau sebab kepala kan , kami terus sahaja bawa anak ke klinik berhampiran , Alhamdulillah selepas di cek , doktor kata everything ok puan , nampak dia pun ada tindak balas cepat . Alhamdulillah legakan . syukur pada Allah .

Dan hari ni , saya membuat satu entry , langkah-langkah awal apa yang perlu kita lakukan semasa anak terjatuh . sebagai panduan untuk saya dan semua ibu bapa . semoga bermanfaat , In Shaa Allah.




Kebiasaanya , anak-anak kecil mudah terjatuh , tersadung kerusi , terlanggar meja , terjatuh basikal dan sebagainya . jadi di antara langkah-langkah awal yang boleh kita lakukan ialah :-

1) Segera angkat anak kita , peluk dan tenangkan , kerana kebiasaanya anak-anak kita akan menangis.

2) Buat pemeriksaan di seluruh badan anak , anak kita tercedera atau tidak , ada pendarahan ? bengkak ? benjol ? patah ? dan sebagainya . perhatikan juga anak aktif atau tidak , boleh lakukan ujian pergerakan mata , jika kecedaraannya di kepala , seperti kita minta anak melihat mengikut tangan kita . lihat tindak balasnya.

- jika ada benjol , kita boleh tuam dengan air ais . pesan doktor semalam , bukan ambil ais terus letak tempat benjol, tapi ambil kain , tekapkan di ais dan tuam tempat benjol .

- Jika ada pendarahan , ambil kapas bersih dan tekap di tempat berdarah dalam masa 10 minit , jika pendarahan masih lagi ada , bawa jumpa doktor segera .

semalam dahi anak benjol betul, takut pula saya tangok , tuam dengan kain ais

3) Jika tiada apa-apa yang serius , telah pstikan anak tiada luka dan anak pun dah tenang dari menangis , bolehla kita bagi minum air atau susu .

4) Yang Harus Waspada ! bila anak kita jatuh , anak kita pengsan atau tidur , setelah itu susah di kejutkan ( sukar bangun dari tidur) , muntah, sensitif pada cahaya , kejang pada muka atau sebarang anggota badan .SILA SEGERA BAWA KE KLINIK BERDEKATAN / HOSPITAL . LAGI-LAGI BILA JATUH / TERHANTUK DI BAHAGIAN KEPALA.

Semalam pun memang doktor ada tanya , anak ada pengsan ? anak tertidur terus? anak muntah ? aktif tak ?

Dan saya tanya doktor .. berapa jam yang perlu saya ambil untuk tengok langkah-langkah berwaspada ni ? doktor sarankan dalam masa 24 jam.  ok take note ya .

Saya tanya doktor lagi , jika muntah , adakah muntah secara tiba-tiba atau bagaimana ? ya , muntah secara tiba-tiba dan banyak memancut . take note lagi ya .

Step ke 4 ini sangat penting sebab untuk pastikan tiada kecederaan serius pada anak kita seperti gegaran otak .nauzubillah , mintak jauh la kan .

Gegeran otak adalah kecedaraan pada fungsi otak dan tengkorak,
 tanda-tanda alami masalah ini pada aktiviti mereka :-

  • rasa pening 
  • tidak memberi tumpuan pada permainan
  • mudah lupa
  • tidak berjalan dengan betul ,seperti  berjalan tidak seimbang , macam mahu jatuh semasa berjalan atau bangun 
  • sawan
  • muka jadi senget .
  • darah atau cecair keluar melalui hidung atau telinga
  • tidak dapat bercakap dengan betul .
BAWA KE KLINIK / HOSPITAL SEGERA . 

5) Tapi agak sukar kalau kita nak kesan jika anak kita masih bayi , jadi kita perhatikan anak kita beraktiviti , anak kita ceria atau tidak selepas itu ? dan aktif bermain atau tidak . jika tidak terus sahaja ke klinik untuk membuat pemeriksaan . 


saya masih ingat dulu seorang anak terjatuh dan terpaksa membuat pembedahan . itu yang sangat merisaukan saya bila ank-anak terjatuh kan . Ya Allah .  

Ok habis mengenai 5 langkah di atas , kat sini saya ingin juga share maklumat penting bila anak-anak kita terjatuh dan terhentak di kepala . maklumat ini saya membuat pembacaan di web   . 

Bila anak-anak terjatuh dan terdapat hentakan di kepala , tidak semestinya ia terus mengalami pendarahan. lapisan kepala terbahagi kepada kulit , tengkorak dan otak. jadi apabila anak terhentak , kemungkinan ia hanya alami cedera di kulit, mungkin di tengkorak atau otak.



‘Scalp’ = Kulit Kepala ‘Periosteum’ dan ‘Skull bone’ = Tengkorak ‘Dura mater’, ‘Subdural space’, ‘Subarachnoid space’ dan ‘Brain’ = sebahagian dari struktur-struktur Otak   ( Kredit : Doktorbudak) 


                                      head10

Bila kepala anak kita terhentak , kulit mungkin terkoyak dan boleh berlaku pendarahan , bergantung juga pada salur darah besar atau kecil , jika terkena pada salur darah besar, mungkin pendarahan besar dan kemungkinan akan alami pendarahan yang serius . apa yang perlu lakukan ialah seperti langkah ke 2 di atas ,

head11

Selain luka seperti kat atas ni , ada juga kecederaan pada kulit dan disusuli benjolan , haa ni macam anak saya la ni . benjol ni boleh akibatkan bengkak atau pendarahan dibawah kulit di mana darah berkumpul di antara kulit kepala dan tengkorak , jadi pendarahan ini hanya di luar otak dan tidak terkena otak kerana terhalang oleh tengkorak. haa betul la ni doktor cerita semalam kat kami .

ni anak saya :) 


TETAPI , walaupun pendarahan ini luar tengkorak , ia masih perlu dperhatikan dalam masa 24 jam juga , kerana risau menunjukan tanda-tanda seperti No 4 . 
benjolan ini biasanya akan hilang dalam masa 1 ke  2 minggu jugak la . untuk bantuan hilangkannya boleh guna langkah ke 2 dengan menggunakan tuam  kain ais tadi . 

Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi . In Shaa Allah . 

baca, take note dan share kan pada semua kerana ini amat penting . 

Semoga ia bermanfaat pada kita ibu bapa. 

0 comments:

Post a Comment