Friday, 5 August 2016

Acar Timun Masak Terengganu

Assalam semua , sapa tahu masak acar timun cara terengganu ? haa masakan dia senang je kan..  ni Husband request nak makan . orait kita sediakan :)




jom tengok resepinya .

Bahan-bahan dia :
-1/ 2 labu bawang besar / nak guna bawang merah pun boleh(*)
-3 ulas bwg putih(*)
-3 sudu cili boh
- ½ inci  halia(*)
-200 ml air
- 3 sudu cuka makan (ikut citarasa, kalau nak masam lagi tambah lagi)
-1 btg timun batang ( boleh potong bahagikan kepada 3 atau 4 , lepas tu potong memanjang)
-1 ulas bwg besar d potong 4
-2 bj cili hidup di potong memanjang
-serbuk perasa
blend bahan bertanda *
Cara Cara:
-tumiskan cili dan bahan blend hingga garing
-masukkan air dan cuka makan
Setelah air  mendidih,masukkan timun tadi
-masukkan serbuk perasa n bwg n cili potong
-biarkan seketika dan tutup

Alhamdulillah siap dah


Selamat mencuba

0 comments:

Post a Comment