Tuesday, 30 August 2016

Cara Buat Play Dough Guna Tepung Untuk Selamat Dan Jimat

Assalamualaikum , dah lama rasanya terpendam hasrat nak buat Play Dough  sendiri , yelah yang beli di kedai risau juga sebab bergetah , anak saya yang kedua ni suka masukkan ke dalam mulut , jadi husband tegur la kan risau masukkan ke dalam mulut . jadi lepas tu saya terus simpan set Play Dough  . ni anak kedua dah hampir 2 tahun , oklah ibu bukak balik bungkusan Play Dough  . heheh

sebab apa saya yakin dengan playdoh buat sendiri ? sebab bahan-bahan kita guna tu cuma bahan-bahan masakan yang kita guna di dapur je . selain menjimatkan .




Apa yang kita perlukan ialah :- 

3 cawan air panas 
6 sudu tartar cream ( kalau tak de takpe )
1 1/2 cawan garam halus ( letak banyak ni sebab tak nak bagi cepat rosak / basi) 
3 cawan tepung ( Aizah guna tepung gandum je)
3 sudu minyak sayuran ( Aizah guna minyak zaitun) 
Pewarna , tak kisah berapa color pun :) 



Cara untuk buat play dough :- 

1) tepung , tarter cream , garam halus , minyak  di letakkan ke dalam bekas / mangkuk 
gaul-gaul sampai sebati sikit . 

2) letak air panas tadi sikit demi sedikit , ini untuk pastikan adunan kita tak lembik . 
adunan yang betul , kita tak nak lembik , tak nak keras sangat . aizah bajet mcm ni , bila kita adun tu kan , adunan kita tak melekat kat tangan dah bila kita uli . jangan lebik sangat tau .. takut nanti susah kita nak bentukkan . 

3) Asingkan kepada beberapa bekas adunan tadi ikut berapa color kita ada

4) tuangkan color ke setiap adunan dan sehingga color sebati cantik .. 


haa ni dia dah siap ni :) 


haa sonok 2 beradik ni main playdough ibu buat .. bukan anak je sonok , ibu pulak tumpang sekaki hahaha ..  main masak-masak , jual-jual . erhmm masa bersama anak-anak kan ..  yang rasa yakin selamat la kalau tetiba si adik tu buat macam makanan betul .. tapi sure dia muntah balik sebab masin tu .. heheh 

selain tu , kita pun merangsang minda anak-anak kita , supaya berfikir untuk buat pelbagai bentuk dan sebagainya . 

ni dia nuha dan hana .. dapur main-main tu ibu buat guna kotak-kotak je , kotak shaklee melambak guna je .. jimatt .. hihi yang penting anak happy .. 



SELAMAT MENCUBA :) 


2 comments:

  1. wahh terima kasih..nanti saya cuba :)

    jom jalan2 blog saya www.story2u4health.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ebby , boleh try buat untuk nanti , mesti best derang main.
      orait ebby :)

      Delete