Wednesday, 7 September 2016

Resepi Cendawan Sisir Ringkas Tapi Sedap

Sebelum ni Aizah tak pernah pun makan cendawan sisir, atau kulat sisir . tapi bila kawan aizah iklan dia jual, teringin pula nak rasa . tak salah kita mencuba ye tak :)

Bila nak masak ni pun memang tanya kat kawan-kawan juga macam mana nak masak , macam mana cara basuh . yelah takut tersalah lain pula jadinya.

Alhamdulillah bila dah masak makan dengan nasi panas oishh memang sedap rupanya. suami pun kata sedap .



jadi ini la resepi ringkas sangat ni :- 

Bahan-bahan :- 
1) cendawan sisir 
2) bawang besar , aizah suka banyak bawang jadi aizah letak 2 labu bawang besar 
3) 2 ulas bawang putih di ketuk 
4) petai  (saya tanya kawan dia tak letak pun petai tu , dah petai ada dalam peti kita gaulkan sekali. )
5) Chili padi / chili besar , dihiris 
6) minyak untuk mengoreng 
7) garam / secukup rasa

Cara- caranya :- 

1) cendawan sisir di rendam dahulu , saya rendam dalam 30 minit macam tu . biar dia kembang sikit
2) goreng dahulu bawang besar dan bawang putih , biar nampak kekuningan 
3) masukkan cendawan sisir , chili dan petai , goreng biar lama tau - kawan saya pesan ni . 
saya goreng lama , tambah air sikit sebab nak goreng lama tu . goreng biar nampak dah kering . 
4) masukkan garam atau secukup rasa 
5) dah siap dah boleh makan ,

Selamat mencuba . 

0 comments:

Post a Comment