Thursday, 12 January 2017

Rancang kewangan kita dengan bijak dengan system 7 jars

pernah tak dengar dengan system 7 jars ni sahabat-sahabat?
yang pernah dengar dan tahu? sudahkah kita laksanakan? 
yang belum tahu meh aizah nak share . in shaa Allah. :)
.
7 jars adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yg diasakan oleh T Harv Eker. Ia adalah satu cara utk menabung.
Dlm 6 jars, ada 6 tabung,
NEC (necessity) - kita buat untuk tabung utk benda2 keperluan dan belanja harian kita contohnya, bil, keperluan anak
EDU (education) - tabung ini adalah utk duit pembelajaran kita contohnya kita nak beli buku cara berbisnes , cara berblog, buku anak-anak , duit pergi ke kelas , pembayaran kelas berbisnes .
LTSS (long term saving for spending) - tabung ni pulak adalah untuk sesuatu benda yg nk pakai duit banyak duit . contohnya kita nak beli kereta . simpan duit ni dalam tabung LTSS .
FFA (financial freedom) - tabungan utk hari tua bila dah xmampu cari duit , kita tak mampu nak bekerja lagi . kita boleh la guna duit ni tau .
PLAY (leisure) - tabung playadalah utk buat apa yg kita suka, kita suka shoping ? kita suka travel ? gunalah dalam tabung ni . bestkan sangat klu dah capai duit kita target ni . contohnya target berapa ribu nak ergi umrah . kita simpan-simpan dah cukup. mahu tak happy kan .
GIVE (charity) - tabung ni adalah utk kebajikan , sedekah , membantu insan-insan lain . wajib jugak tabung ni .
Dan kita tambah satu lagi jar,
PARENTS (ibu bapa) - wang bulanan utk ibu bapa walaupun mereka dah kaya. Kalau ibu bapa dh meninggal dunia, gunakan utk urusan2 mrk yg belum selesai dan kalau semua dh selesai, bersedekahlah on behalf of diorang.
Macamana nak start buat 7 jars ni?
Setiap bulan, duit bonus/gaji kita bahagikan ikut percentage,
NEC 50%
EDU 5%
LTSS 10%
FFA 5%
PLAY 10%
GIVE 10%
PARENTS 10%
Jadi kalau bonus RM10,000,
RM5000 utk NEC, keperluan harian
RM500 utk EDU, buat beli buku, bayar workshop, tambang pi kelas, etc
RM1000 utk LTSS, kumpul duit nak beli rumah
RM500 utk FFA, ni long term jd boleh lah beli saham ke emas ke
RM1000 utk PLAY, tabung travel!
RM1000 utk GIVE, sedekah, zakat semua
RM1000 utk parents.
Percentage boleh ubah2 ikut situasi masing2 tapi mesti strict tiap2 bulan duit mesti pergi ke tempat2 tu. Masuk tabung jgn korek2 dah. kena disiplin tau
Walaupun bonus / untung jualan baru RM50 pun kena buat juga macam ni. Takpe bagi 50 sen kat parents pun, takde 50 sen takdela 5000 kan.
.
kalau kita rasa , perlu lagi tambah jars kita tu.. tambah je ikut la apa yang kita nak simpan duit ni untuk apa...
.
haaa macam mana nampak bestkan.biar kita nampak mana duit kita pergi. jangan setiap bulan kita tanya diri kita balik. eyh cepat nya gaji abis ni. aku beli apa? pernah alami tak?
.
jom sama sama kita start buat system jars ni Encik Arlimnye

2 comments: