Friday, 16 June 2017

Panduan Bayar Zakat, Fidyah dan Cara Kiraan Melalui Online

Assalamualaikum semua, di penghujung ramadhan ini aizah percaya ramai yang ingin bayar zakat dan fidyah. Ada juga sesetengah orang ingin membuat pembayaran awal disebabkan kekangan tertentu ia tertangguh. Jadi kat sini aizah ingin share cara mudah dan cepat hanya melalui online sahaja .




Sebelum itu saya ingin terangkan sedikit berbezaan apakah itu zakat dan apakah itu fidyah semoga kita tidak keliru akan hal ini .



Apakah Itu Zakat 

Zakat ialah jumlah harta tertentu wajib dikeluarkan bagi orang yang beragama islam kemudian diserahkan kepada golongan yang berhak menerima zakat seperti kafir miskin dan sebagainya.Pembahagian menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh syariah. 

Zakat Fitrah 


Zakat firtah ini yang kita wajib keluarkan sekarang menjelang aidilfitri pada bulan ramadhan. Harga bayaran zakat fitrah ada yang mengikut negeri . 



Apa Itu fidyah ?

Bayaran denda yang dikenakan terhadap individu islam yang tidak dapat mengantikan puasanya dibulan ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba ramadhan tahun berikutnya,bayaran fidyah boleh dibayar /diserahkan pada fakir miskin atau dimana-mana jabatan Agama Islam Negeri yang menyedikan perkhidmatan bayaran denda fidyah. Hukumnya wajib


Cara Pengiraan Fidyah 

1) kita boleh pergi ke Laman page zakat selangor ( http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/kalkulator-fidyah/ ) , dekat sini zakat selangor sudah sediakan cara pengiraan auto seperti gambar di bawah . masukkan jumlah hari kita tinggalkan puasa akan auto keluar berapa kita yang kita perlu keluarkan fidyah




2) Aizah sertakan cara pembayaran zakat dan fidyah melalui maybank2u . sangat mudah .

1) boleh login ke maybank2u 
2) pilih accounts & banking


3) Pilih bill payment
4) seterusnya kita pilih make a-one-off payment
5) pilih zakat & charity





6) Pilih Pusat Pungutan zakat majlis agama islam WP ( mungkin boleh pilih ikut pusat zakat negeri masing-masing)

7) Pilih 09-fidyah ( kat gamabr ni saya tersalah select tu) pilih fidyah ye 



Lafaz niat semasa mengeluarkan fidyah :- 

1. LAFADZ NIAT FIDYAH ORANG YANG HAMIL
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ فِدْيَةَالْحَمْلِ فَرْضًاشَرْعًا لِلّٰهِ تَعَالٰى
"Sahajaku mengeluarkan fidyah bagi orang yang hamil fardhu pada hukum syara' karena Allah Ta'ala"

2. LAFADZ NIAT FIDYAH ORANG YANG MENYUSUI
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ فِدْيَةَالْمُرْضِعِ فَرْضًاشَرْعًا لِلّٰهِ تَعَالٰى
"Sahajaku mengeluarkan fidyah bagi orang yang menyusui fardhu pada hukum syara' karena Allah Ta'ala"

3. LAFADZ NIAT FIDYAH ORANG YANG SAKIT YANG TIDAK DIHARAP SEMBUH

نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ فِدْيَةَالْمَرَضِ الَّذِيْ لاَ يُرْجٰى بَرَؤُهُ فَرْضًاشَرْعًا لِلّٰهِ تَعَالٰى
"Sahajaku mengeluarkan fidyah bagi orang yang menyusui fardhu pada hukum syara' karena Allah Ta'ala"

4. LAFADZ NIAT FIDYAH ORANG YANG MENYUSUI
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ فِدْيَةَالشَّيْخِ الْكَبِيْرِ فَرْضًاشَرْعًا لِلّٰهِ تَعَالٰى
"Sahajaku mengeluarkan fidyah bagi orang tua renta fardhu pada hukum syara' karena Allah Ta'ala"

(kredit niat fidyah to : duniakitabicara )



Pembayaran zakat online terus dari website zakat pun boleh iaitu

1) http://www.zakatselangor.com.my/

2) isi kan ini nanti dibawah ada pilihan untuk pilih zakat fitrah ( mungkin boleh masuk ke zakat negeri masing-masing)
Niat mengeluarkan zakat fitrah :-


Bacaan Doa Niat Zakat Fitrah untuk diri sendiri dan keluarga
  • Bacaan Doa Niat Zakat Fitrah untuk diri sendiri dan keluarga : "Nawaitu an uhrija zakat fitri anna wa 'an jami'i maa yalzamuni nafqu tuhun syiar a'an far dzolillahi ta'ala". 
  • Artinya : " Saya niat mengeluarkan zakat atas diri saya dan atas sekalian yang saya wajibkan memberi nafkah pada mereka secara syari'at, fardhu karena Allah ta'ala". 
2. Bacaan Doa Niat Zakat Fitrah untuk diri sendiri 

Bacaan Doa Niat Zakat Fitrah untuk diri sendiri
  • Bacaan Doa Niat Zakat Fitrah untuk diri sendiri : "Nawaitu an ahroja zakat fitri annafsi fardholillahi ta'ala"
  • Artinya : "saya berniat mengeluarkan zakat fitrah atas diri sendiri saya sendiri, fardhu karna Allah Ta'ala. 
3. Bacaan Doa Niat Zakat Fitrah untuk istri 


acaan Doa Niat Zakat Fitrah untuk istri
  • Bacaan Doa Niat Zakat Fitrah untuk istri : "Nawaitu an-uhrizakat fitri an zaw jati fardzolillahita 'ala". 
  • Artinya : "Saya berniat mengeluarkan zakat fitrah atas istri saya, fardhu karena Allah Ta'ala.

Kredit niat zakat fitrah : artikelsiana


Alhamdulillah , semoga kita dipermudahkan untuk mengeluarkan fidyah dan zakat walau dimana pun kita berada . 

selamat berpuasa dan selamat hari raya daripada saya aizah azlem (butiksihatcomel.com)

0 comments:

Post a Comment