Bila bersembang mengenai nak bersalin ni rasanya takkan habis, dan selepas bersalin pun masih bercerita mengenai tanda-tanda hampir nak bersalin dan bersambung pula pengalaman bersalin betul tak? Tanda-tanda nak bersalin ini ada yang berlainan setiap kelahiran.Jadi isteri dan suami wajib tahu kesemua tanda-tanda bersalin ini supaya ia lebih mudah dan tidak cemas mahupun kelam-kabut. lagi-lagi jika kelahiran ini adalah anak pertama.

Kebiasaanya apabila kandungan masuk usia 36 minggu, ibu-ibu dah boleh bersedia untuk menyambut kelahiran ahli keluarga baru. Ada yang mungkin bersalin awal daripada due date , ada juga yang lambat beberapa hari daripada due date dan ada bebrapa percent sahaja bersalin mengiikut tepat pada due date.
Setiap kali nak bersalin walaupun anak dah ramai pun , masih lagi aka nrasa berdebar dab takut , yelahkan bertarung nyawa untuk melahirkan anugerah terindah ini.

Jom take note tanda-tanda kita semakin hampir nak bersalin ni :-
1) Keluar Lendir bercampur darah
Jika keluar darah , anda perlu ke hospital segera untuk cek berapa cm telah bukaan, turun darah memang buatkan kita gelabah dan takut dah, tapi cuba tarik nafas dan bertenang supaya tidak cemas.

2) Pecah air ketuban
air ketuban akan turun bila semakin hampir nak bersalin. Macam mana nak tahu itu air ketuban ? ia jernih . ada yang keluar banyak terus dan ada yang keluar sedikit-sedikit. jadi bila anda sudah ada tanda air ketuban cepat-cepat kehospital ya.

3) Sakit perut rasa kerap nak buang air besar

4) Sakit perut berterusan dan berpanjangan (kontraksi)
kalau boleh kita catat berapa minit sekali sakit perut datang menyerang. Bila kekerapan itu semakin kerap, semakin dekat lah tu nka bersalin. sekarang ni dah mudah , dah ada application yang boleh kita install, kita boleh tick sahaja untuk monitor berapa minit sakit menyerang . jika 10 minit secara konsisten dan seterusnya 5 secara konsisten , memang dah dekat sangat dah tu.

5) Sakit pinggang dan sakit belakang

6) Ada juga sesetengahnya baby kurang bergerak. Jadi sebab tulah pentingnya kita catat betul-betul carta pergerakan bayi kita . bukan catat seminggu sekali itu salah.


Jadi inilah antara tanda-tanda yang memang dah ahmpir sangat dah kita nak bersalin.

satu tips nanti bila sudah ada bukaan nak bersalin, boleh la baring dan mengiring ke kiri dan zikir ya fattah ya ibu-ibu. in shaa Allah ia membantu pembukaan jalan nanti.

Saya doakan ibu-ibu kuat dan selamat bersalin . In Shaa Allah bila kita lihat wajah comel yang kita kandungkan selama 9 bulan itu, sakit itu rasa melayang seketika.

Untuk para suami, kalau boleh bila isteri semakin hampir nak bersalin , temanilah isteri, tenangkan perasaannya, bagi kata-kata semangat . Boleh juga suami bantu urutkan belakang isteri, ia boleh legakan sedikit kesakitan yang amat dasyat nak bersalin ni. Bila suami ada di sebelah,perasaan isteri rasa sedikit lega dan kurang rasa takut. Isteri dah boleh la mintak maaf dengan mak ayah dan suami. hahhh part ni memang sedih dan syadu.. memang nangis tau..

Ok ibu dan ayah, selamat menyambut kelahiran baru nanti. semoga dipermudahkan . Amin .

semoga artikel ini memberi manfaat pada semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.