Assalamualaikum semua, anak-anak nak sekolah biasanya ibu bapa yang berdebar dan resah, yelah kan banyak persediaan yang perlu dilakukan.Lagi-lagi macam saya anak pertama baru nak daftar darjah satu,memang rasa berdebar dan tertanya-tanya juga apa yang perlu di buat kelengkapan semua. Jadi dah aizah mencari dan kumpulkan senarai kelengkapan yang perlu di sediakan, aizah kongsi juga pada semua untuk kemudahan kita nanti.

jom kita cek Persediaan yang penting kita lakukan.

  1. Ajar anak mengenali wang – haa bab ni memang aizah alert juga ni. tapi alhamdulillah masa sekolah 6 tahun, ada bab mengenal wang ni kan. jadi memudahkan lagi kita untuk kita ajar anak-anak menggunakan wang ketika buat pembelian di sekolah nanti. Ajar juga anak menunggu wang baki jika ada ketika membeli. Ingatkan pada anak-anak, beritahu pada cikgu jika anak kawan-kawan lain meminta wang dari pada anak kita. saya rasa masih ramai anak-anak yang baru nak mulakan darjah satu , tidak tahu penggunaan wang.
  2. Bimbingan daripada rumah – Dari rumah kita(ibubapa) boleh bimbing anak-anak , ceritakan bagaimana nanti di sekolah, ada cikgu-cikgu yang ramai , ada kawan yang ramai, tatatertib di sekolah nanti. cara ini boleh membantu anak-anak kita tidak terkejut bila hari pertama persekolahan nanti.
  3. Cikgu Garang– Kalau boleh jangan menakutkan anak-anak dengan cerita cikgu garang , ini boleh melunturkan semangat dan juga anak-anak kemungkinan akan takut ke sekolah
  4. Ajar anak menggunakan tandas – yang ini sangat penting , masa orentasi hari itu pun cikgu ada pesan perlu ajar anak mengenai ini. Bagi anak perempuan , ajar anak guna tandas dan bagaimana masuk tanda bila pakai kain sekolah dan bagi lelaki pula ingatkan pakai seluar dalam. ini kerana ada pelajar yang membuka kain dan seluar diluar tandas atau dilantai yang kotor. saya pun risau juga . sama-sama kita ajar anak kita nanti.\

Mengenai persediaan kelengkapan pula :-

boleh check di checklist kat bawah yang aizah dah buat ni.

cuba cek, ada lagi atau tak persiapan dan kelengkapan yang belum kita sediakan? aizah ada lagi yang belum settle ni.

semoga kita dapat berikan yang terbaik untuk anak-anak kita kan .

salam sayang

aizah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.